Satu Rumah Satu Kain Kafan

Satu Rumah Satu Kain Kafan, itulah sebaiknya sebagai persediaan untuk kita bahkan untuk seisi ahli keluarga menghadapi saat pengurusan kematian.


Alhamdulullah dengan adanya pelancaran Set Kain Kafan Edisi Dato' Kazim Elias ini sekaligus menjadi satu keperluan untuk setiap rumah.

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati tetapi sejauh mana persediaan kita untuk menghadapi kematian itu. Adakah kita cukup bersiap sedia dalam menguruskan jenazah samada kita sendiri atau orang yang kita sayang.


Menyedari bahawa kurangnya pendedahan tentang kepentingan penyediaan awal set pengurusan jenazah di setiap rumah mencetus inspirasi KAF Digital Media  untuk memperluaskan produk jualannya.

Menggunakan tagline “satu rumah, satu keperluan", KAF Digital Media komited memupuk inisiatif masyarakat terutamanya yang beragama islam supaya menyediakan set kelengkapan pengurusan jenazah di setiap rumah. 


Hanya sebanyak 1,500 Set Lengkap Pengurusan Jenazah edisi Dato' Mohammad Kazim Elias dikeluarkan dan berada di pasaran tidak lama lagi. Edisi esklusif menampilkan pendakwah bebas, Dato' Kazim Elias sebagai jurucakap untuk set pengurusan jenazah ini.

Menariknya, set ini didatangi lengkap dengan 22 jenis item antaranya jubah, telekung, sabun bidara, kain kafan, kapur barus dan pelbagai lagi. la juga boleh digunakan untuk jenazah lelaki dan perempuan. 


Harga bagi setiap set hanya RM249 dan pembelian hanya boleh dibuat secara dalam talian di www.kafanmalaysia.com. 


 Oh ya! Esklusif untuk 1,500  Set Lengkap Pengurusan Jenazah edisi Dato' Mohammad Kazim Elias ini turut menawarkan hadiah pakej umrah dan emas menerusi cabutan bertuah kepada 6 pembeli set ini.

Selain itu KAF Digital juga turut berkalobarasi dengan beberapa syarkat serta NGO lain bagi tujuan untuk meluaskan pemasaran dan strategi merealisasikan kempen “Satu Rumah, Satu Kain Kapan”.
Satu Rumah Satu Kain Kafan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 22, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.