Pelancaran SAFI YOUTH GOLD RETINOL

Pelancaran SAFI YOUTH GOLD RETINOL - Tidak dinafikan wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Kulit yang sihat berseri adalah sebahagian daripada kunci keyakinan diri. Semakin meningkat usia semakin mencabar untuk mengekalkan "keremajaan" raut wajah. 


Setiap wanita akan melalui proses penuaan kulit yang berbeza. Kesibukan gaya hidup dan faktor persekitaran wanita masa kini tidak kira sama ada sibuk menggalas tuntutan kerjaya atau peranan sebagai seorang suri rumah membuatkan mereka mencari solusi yang efektif, cepat dan selamat untuk masalah penuaan kulit mereka.

SAFI YOUTH GOLD RETINOL
SAFI jenama nombor 1 penjagaan kulit Halal Malaysia hari ini mengorak evolusi baharu penjagaan kulit dengan melancarkan SAFI YOUTH GOLD RETINOL - Iaitu rangkaian penjagaan kulit yang dapat memulihkan masalah penuaan dan diperhebat dengan kombinasi bahan terunggul.

Formulasinya melibatkan 3x Kuasa Retinol, 98% Peptida Emas dan Squalane terbukti secara klinikal dapat memperbaharui, mengembalikan keanjalan dan mengurangkan tanda penuaan kulit dalam masa 14 hari.

Manfaat formulasi bahan terunggul SAFI YOUTH GOLD RETINOL adalah seperti berikut:

3x Kuasa Retino - Memperbaharui sel kulit dengan cepat. Mencerahkan kulit. Mengurangkan pigmentasi, kedutan dna garis halus.

Squalane - Menjadikan kulit lembap dan semulajadi . Memperbaiki dsn menghaluskan tekstur kulit.

98% Peptida Emas - Menganjalkan kulit, memperbaiki tekstur kulit. Menguatkan lapisan kulit dan menghasilkan kalogen.


Antara produk dalam siri SAFI YOUTH GOLD RETINOL seperti:-
  • SAFI YOUTH GOLD RETINOL Pembersih Wajah Skin Renewing Radiance (100g / RM 19.90) untuk membersihkan kulit hingga dalam.
  • SAFI YOUTH GOLD RETINOL Esen Skin Refining Light Miracle (100ml / RM49.90) untuk meningkatkan kecerahan kulit.
  • SAFI YOUTH GOLD RETINOL Serum Ampoule Skin Regenerate (15ml / RM30.90) untuk memperbaharui kulit,  
  • SAFI YOUTH GOLD RETINOL Pelembap Serum Skin Repairing (40g / RM39.90).
  • SAFI YOUTH GOLD RETINOL 3x Perlindungan Matahari SPF50+ PA++++ (25g, RM25.90) untuk melindungi kulit dari sinaran UV.

Pelancaran SAFI YOUTH GOLD RETINOL

Di majlis pelancaran SAFI YOUTH GOLD RETINOL turut menjemput Dr Syairah Nadia Mohamad, Pakar Estetik dan Anti Penuan yang telah berkongsi secara ringkas tentang faktor penuan kulit serta menyangkal mitos tentang retinol.
Jika masalah penuaan kulit tidak diatasi dari awal, kita mungkin akan mula melihat garis halus, hiperpigmentasi, kedutan, dan bintik-bintik penuaan yang dalam. Retinol adalah penyelesaiannya.
Bahan unggul Retinol di dalanmnya diformulasikan dengan tepat untuk semua jenis kulit. Ia selamat digunakan setiap hari, baik waktu siang mahupun malam, dan tidak akan menyebabkan kesan sampingan pada kulit.

Apa hasilnya?100% bersetuju bahawa kulit lebih cerah, kedutan lebih kurang dalam 14 hari.
  • 92% melihat kulit lebih tegang dan anjal.
  • 75% kulit kelihatan lebih cerah serta berseri dengan cepat.
  • 72% garis halus dan kedutan berkurang.
  • 71% setuju bahawa kulit lebih lembut dan licin dalam 7 hari.
  • Tona kulit menjadi lebih cerah dalam hanya 1 minggu.
  • Hiperpigmentasi berkurangan dalam 3 hari
Semua ini telah dibuktikan secara klinikal dan saintifik


Siti Nordiana Dilantik Sebagai Duta SAFI YOUTH GOLD RETINOL
Di majlis yang sama turut diperkenalkan selebriti tanahair Siti Nordiana sebagai duta SAFI YOUTH GOLD RETINOL  dan wakil unggul sebagai “Wanita Safi”, 


Figura yang cukup dikenalu ini mempunyai keanggunan dan keyakinan tersendiri sekaligus memberi inspirasi kepada wanita di semua peringkat kehidupan.
Bagi saya, ini adalah satu kehormatan besar untuk dipilih sebagai wakil SAFI, sebuah jenama penjagaan kulit yang dipercayai oleh ramai. Perjalanan kecantikan saya membawa saya kepada rangkaian ini.
Dengan usia yang meningkat, kesibukan kerjaya dan minat dalam penjagaan kulit, saya menghadapi cabaran penuaan kulit. Saya sangat bersemangat untuk berkongsi pengalaman saya dengan wanita lain tentang keberkesanannya dalam mengatasi masalah penuaan kulit. Ini penting bagi saya kerana ia membantu menjaga kesegaran wajah kita, tidak kira umur kita.
Siti Nordiana turut berkongsikan pengalaman beliau bersama dengan SAFI YOUTH GOLD RETINOL selama 14 hari. Untuk tempoh 2 minggu beliau dapat melihat perubahan besar pada wajahnya. 


Kulitnya menjadi lebih lembut, garis halus dan bintik-bintik gelap berkurang, serta wajahnya kelihatan lebih cerah dan segar. Tambahan pula, kulitnya juga terasa lebih lembap.


Jom dapatkan  kelima-lima produk yang menakjubkan ini secara eksklusif di Watsons di seluruh negara. Jangan lepaskan peluang untuk memiliki kulit yang lebih muda dan cantik!

Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini, lawati laman web rasmi SAFI di www.safi.com.my, ikuti SAFI di Facebook di www.facebook.com/SAFI.MY, dan di Instagram di www.instagram.com/SAFIMalaysia. 
#SafiYouthGoldRetinol #SafiMalaysia!
Pelancaran SAFI YOUTH GOLD RETINOL Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 16, 2024 Rating: 5

1 comment:

  1. Cantik packaging Safi ni. Purple Gold. Xsabar nk cuba

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.