LARRIE Bawa Keceriaan Kepada Warga SMK Sungai Choh Menerusi Cat Baharu Dan Landskap Mural


Dalam usaha untuk menyokong program Jom Kembali Ke Sekolah, LARRIE Corporation Sdn Bhd berbesar hati berganding bahu bersama SMK Sungai Choh, Rawang bagi projek pengindahan semula dan keceriaan dua blok SMK Sungai Choh yang kini berwajah baharu. Memperluas inisiatif komunitinya, LARRIE turut menaja tiga buah mural termasuk di laluan pejalan kaki utama, 



Laluan H.I.P (Highly Immersive Programme) LARRIE, di bawah seliaan panitia Bahasa Inggeris SMK Sungai Choh.
Sebagai sebuah syarikat kasut terkenal, inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini selaras dengan matlamat LARRIE Corporation Sdn Bhd untuk bersama-sama Kementerian Pendidikan Malaysia memberi keceriaan dan menarik minat pelajar ke sekolah.

Tajaan yang LARRIE berikan pada hari ini adalah sebahagian daripada teras kami sebagai jenama tempatan yang ingin menjadi prihatin terhadap keperluan komuniti khususnya di negeri syarikat kami beroperasi.
Selain membolehkan kami bersama-sama meluangkan masa dengan masyarakat setempat, kami juga ingin mencipta lebih banyak saat-saat indah bersama orang ramai yang pelbagai termasuk pelajar-pelajar sekolah. Ini adalah masa untuk kami menampilkan penghargaan kepada mereka, seiring dengan sasaran kami untuk menghargai antara satu sama lain
kata Lenson Chong, Pengarah Pemasaran LARRIE Corporation Sdn Bhd.

Dalam Majlis Perasmian Keceriaan Blok SMK Sungai Choh yang disempurnakan oleh Mohd Suhaimi Bin Abdullah, Pengetua SMK Choh, menyaksikan LARRIE Corporation telah menyumbang sebanyak RM68,000 bagi menampung kos projek tersebut.


Menurut Lenson, mereka gembira dapat melihat senyuman yang terukir pada warga SMK Sungai Choh setelah dua blok bangunan sekolah itu kini berwajah baharu termasuk dihiasi dengan lukisan mural pelbagai mesej.
Kami mengucapkan terima kasih kepada SMK Sungai Choh kerana sudi menerima sumbangan dari pihak LARRIE bagi berkongsi ‘kegembiraan‘ kepada pelajar-pelajar di sekolah ini. Kami berharap sumbangan ini akan membawa keceriaan kepada mereka dan menanam sikap untuk rajin ke sekolah tambah Lenson
  Inisiatif terbaru oleh LARRIE Corporation Sdn Bhd itu merupakan sebahagian daripada aktiviti kemasyarakatan syarikat yang diusahakan sepanjang tahun. Bertujuan mewujudkan impak positif dalam komuniti-komuniti ia beroperasi, LARRIE Corporation menyasarkan untuk menjalankan lebih banyak aktiviti kemasyarakatan pada masa akan datang.

Pihak sekolah sangat menghargai sumbangan yang dilaksanakan oleh LARRIE Corporation Sdn Bhd. Ini merupakan satu penambahbaikan dan perubahan yang cukup penting bagi kami, terutamanya bagi menggalakkan murid hadir ke sekolah. Besar harapan saya agar keceriaan yang disumbangkan ini dapat dihargai oleh semua warga SMK Sungai Choh
kata Mohd Suhaimi Bin Abdullah, Pengetua, SMK Sungai Choh.

Mewakili persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Sungai Choh, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada LARRIE Corporation Sdn Bhd kerana sudi menaja sekolah ini. Saya percaya dengan perubahan ini pasti akan menyuntik semangat pelajar untuk ke sekolah sekaligus meluaskan lagi konsep Kementerian Pendidikan Malaysia, Anak Yang Baik Lagi Cerdik ABC)
 tambah Azli Bin Abd Razak, Yang Dipertua PIBG SMK Sungai Choh


Selain memberi wajah baharu kepada sekolah ini, mesej yang disampaikan menerusi mural yang disumbangkan oleh LARRIE Corporation turut menekankan amalan gaya hidup sihat, kepentingan ilmu serta menarik minat murid untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris. 

Mengenai LARRIE
Kasut LARRIE direka, dihasilkan, diedarkan dan dipasarkan oleh Larrie Corporation (M) Sdn Bhd. Diperbadankan pada tahun 1978, Larrie Corporation merupakan pengilang, pengedar dan pemasar kasut yang terkemuka serta berjaya di Malaysia. Syarikat ini mempunyai pengedaran rangkaian 80 peruncit kasut yang kukuh di seluruh negara. Pada masa ini, Larrie Corporation sedang memasarkan dan mengedarkan pelbagai jenama antarabangsa di Malaysia. Antaranya ialah The Flexx, Geox, Camel Active, dan Polo Haus
LARRIE Bawa Keceriaan Kepada Warga SMK Sungai Choh Menerusi Cat Baharu Dan Landskap Mural Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 14, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.