Juara Travel & Tours Sdn Bhd Konsisten Menawarkan Pekej Umrah dan Haji Terbaik

Juara Travel & Tours Sdn Bhd (Juara), penyedia perkhidmatan haji dan umrah terkenal telah mengambil pendekatan strategik dalam usaha mengukuhkan lagi kedudukannya dalam industri pelancongan di Malaysia.


Pengarah Urusannya, Hajjah Rosnah Wagino berkeyakinan melalui perancangan yang rapi dan usaha konsisten dapat memacu perkembangan syarikat yang kini semakin berkembang dan di dikenali di seluruh negara.


Anak kelahiran Felda Jengka 1 itu berkata, syarikatnya yang lebih 20 tahun beroperasi itu kekal komited dan optimis segala perancangan yang dilaksanakan bertepatan dengan slogan ‘Juara Pilihan Kami’ akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada bakal jemaah umrah dan haji pada masa akan datang.

Pada musim haji tahun ini, Juara akan membawa seramai 220 jemaah dan menyediakan persiapan yang rapi dengan menambah baik mutu perkhidmatan yang akan diberikan kepada bakal-bakal haji yang memilih kami sebagai agensi pengelola haji mereka.
Kami adalah agensi yang menjalankan kursus dengan simulasi lengkap selama 2 hari agar para jemaah dapat merasai sekurang-kurangnya keadaan sebenar yang bakal dihadapi di Mekah nanti

Juara Menganjurkan Kursus Haji Perdana 1445H 
Cukup dikenali sebagai agensi yang cekap dalam pengurusan jemaah umrah dan haji, Juara Travel & Tours Sdn Bhd telah menganjurkan Kursus Haji Perdana 1445H  bertempat di Port Dickson. Sambutan yang diterima cukup baik dan rata-rata peserta cukup berpuas hati dapat menyertai kursus yang dianjurkan itu. Untuk info, Juara Travel & Tours adalah antara syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) menyediakan tawaran Pakej Rahmah dengan harga bawah RM50,000 bagi musim haji tahun ini.

Juara juga syarikat pengendali pakej umrah dengan servis terbaik, kami tidak menolak apa sahaja keadaan jemaah, ada yang perlu jalani dialisis namun ingin ke tanah suci juga tetap kami terima kerana kerjasama dengan pihak hospital disana untuk menguruskan jemaah ini.

 

Dengan pakej bermula RM6990, kami menyediakan khidmat pembimbing untuk menyantuni para jemaah sebelum, ketika dan selepas mengerjakan ibadah umrah

Juara Menawarkan Pakej Pelancangon
Syarikat Juara juga turut menyediakan perkhidmatan pelancongan luar negara dengan pakej-pakej yang cukup berpatutan.  Antara negara pakej pelancongan yang ditawarkan seperti Turki, Korea Selatan, Vietnam, Indonesia, India dan banyak lagi.



Dengan 28 cawangan seluruh Malaysia dan ibu pejabatnya terletak Taman Nirwana, Ampang, Juara sentiasa melakukan penambahbaikan dalam memastikan operasi syarikat terus cemerlang dan menjadi pilihan utama jemaah umrah dan haji.
Juara Travel & Tours Sdn Bhd Konsisten Menawarkan Pekej Umrah dan Haji Terbaik Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 19, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.