Huggies Malaysia Meraikan Ibu dan Memperkenalkan Lampin Bayi Baharu Mereka Dengan Fun Run

Alam Damai Fun Run, sebuah anjuran bersama Huggies Malaysia bertujuan memberi peluang untuk para keluarga meraikan Hari Ibu 2024 bersama-sama sambil kekal aktif . Serentak dengan program ini juga merupakan pelancaran Huggies Dry Pants yang dipertingkatkan dengan teknologi Baharu. Jenama lampin bayi terkemuka itu turut komited untuk membantu komuniti tempatan dengan sumbangan kepada 100 isi rumah B40.


“Kami di Huggies memahami kepentingan melibatkan diri dalam aktiviti fizikal bersama-sama untuk mengukuhkan lagi ikatan antara ibu bapa dan anak selain memupuk komunikasi, kepercayaan sertamencipta kenangan yang berkekalan. Selain daripada menyatukan keluarga bersama-sama pada Hari Ibu ini, kami mendapati bahawa idea Fun Run ini dan Huggies Dry Pants berkongsi persamaan yang rapat iaitu mempromosikan gaya hidup yang aktif dan sihat,” kata Mona Shamili, Pengurus Pemasaran Huggies Malaysia.

Melalui peningkatan baharu produk ini, Huggies Dry Pants kini menawarkan kelembutan yang dipertingkatkan terutama sekali pada bahagian celahkaki sambil menghalang sebarang kebocoran air kencing. “Kami sangat sensitif kepada elemen keselesaan untuk anak kesayangan dalam perkembangan mereka dan oleh demikian,memperkenalkan ciri kelembutan baharu ini kepada lampin kami . Bayi yang pantas dan aktif kini boleh bergerak dengan lebih bebas dalam Huggies Dry Pantstanpa kerengsaan pada kulit mereka,” tambah Mona.
Mona juga berkata bahawa komitmen jenama itu adalah untuk membantu warga Malaysia mengharungi perjalanan keibubapaan. “Kami sentiasa meletakkan diri kami sebagai rakan karib yang menyokong bayi dan ibu bapa. Slogan kami iaitu “We Got You, Baby” atau“Jangan risau sayang, kami kan ada” juga mencerminkan dedikasi kami untuk mencipta produk yang berkesan dan selesa untuk anak-anak kami."
Huggies Dry Pants ialah Lampin Serapan Terpantas di Malaysia melalui teknologi yang dipatenkan – Fast Absorb X-Channel. Ciri unik ini membantu menyebarkanair kencing dengan cepat dan seragam melalui saluran berbentuk X sekaligus mengekalkan kulit bayi kering dan selesa sehingga 10 jam.

Bertempat di Taman Rekreasi Alam Damai, Kuala Lumpur, Fun Run ini dimeriahkan lagi dengan kehadiranYBhg. Datuk Azman Bin Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri. 


Huggies Malaysia sebagai pejuang kepada komuniti tempatan menderma lampin bayinya kepada 100 keluarga dari isi rumah B40 di Lembah Klang menerusi Persatuan Kebajikan Sayangi Rakyat Kuala Lumpur.“Kami percaya bahawa semua ibu berhak mendapat sokongan yang mereka perlukan untuk memupuk anak-anak mereka. Memandangkan lampin adalah keperluan asas untuk bayi, kami berharap dapat meringankansedikit sebanyak beban para keluarga yang memerlukan dan membantu mereka meraikan kegembiraan seorang ibu,” kata Mona.
Huggies Malaysia Meraikan Ibu dan Memperkenalkan Lampin Bayi Baharu Mereka Dengan Fun Run Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 24, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.