Wonka Christmas Tour di Aeon Mall Cheras Selatan

Wonka Christmas Tour di Aeon Mall Cheras Selatan - Colourful Wonka! Bersempena dengan pembukaan semula Aeon Mall Cheras Selatan dan juga sambutan Krismas tidak lama lagi, ada pelbagai aktiviti menarik telah diadakan untuk pengunjung.


Ini termasuklah acara menyantuni anak-anak yatim dari rumah kebajikan terpilih dengan memberi sumbangan dan juga menonton pra-tonton filem Wonka.



Acara diadakan pada 3 Disember 2023 dalam suasana yang cukup sederhana tetapi tetap meriah. Selain daripada anak-anak dari rumah kebajikan, majlis ini turut dihadiri wakil pihak Aeon, wakil dari rakan kongsi acara, media, pempengaruh dan juga ahli Aeon yang terpilih.




Ada persembahan tarian, pertunjukan silap mata. Selain itu tetamu acara turut dihidangkan dengan pelbagai snek ringkas yang bukan sahaja enak tetapi comel dan unik.



Pelbagai Aktiviti dan Penebusan Hadiah Menarik


Istimewa pengunjung Aeon boleh juga menyertai Count the Wonka Chocolate Bar Contest. Ada hadiah  yang lumayan menanti korang tau!


Dengan hanya berbelanja RM30 daripada mana-mana tenant Aeon Mall, kira berapa coklat bar Wonka di pokok krsmas gergasi. Scan barkod, isi butiran diri, masukkan jawapan dan sertakan salinan resit. Hantar dan mana tahu anda berpeluang untuk bercuti ke London.



Sekiranya korang berbelanja min RM100 (ahli Aeon) ataupun RM200 (bukan ahli Aeon), korang berpeluang untuk dapatkan hadiah misteri (melalui gashapon).


Bersempena dengan sambutan Krismas juga, pihak Aeon ada menawarkan wrapping secara PERCUMA kepada semua penginjung yang datang berbelanja di sini. Syaratnya untuk ahli Aein min perbelanja RM10, bukan ahli Aeon min adalah RM200. 


Dan ada banyak lagi aktiviti dan penebusan hadiah menarik.

Jom tonton Filem Muzikal Wonka
Jangan lupa untuk tonton filem Wonka yang bermula tayangannya pada 7 Dec 2023 nanti! Sedih, gembira, kelakar disatukan dalam sebuah naskhah yang cukup menghiburkan.


Every good thing started with a dream ✨

Wonka Christmas Tour di Aeon Mall Cheras Selatan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 04, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.