Lotus's Memberi Kegembiraan Melalui Playful and Joyful Moments

Lotus's Memberi Kegembiraan  Melalui Playful and Joyful Moments - Bersenpena dengan cuti sekolah dan juga perayaan Hari Natal, Lotuss Stores Malaysia San Bhd (Lotus’s Malaysia) telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pelanggan-pelanggan Lotus's. 


Selain itu Lotus’s juga menganjurkan kempen #kitakanjiran dengan memberi peluang kepada pelanggannya untuk sama-sama membantu mereaalisasikan impian rumah-rumah kebajikan yang terpilih.


Untuk info, #KitakanJiran pelanggan diberi peluang menjadi Secret Santa di lapan Lotus's Malls terpilih sepanjang bulan Disember. 

Lotus's Playful and Joyful Moments
Bertemakan Lotus's Playful and Joyful Moments, dengan menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak yang melibatkan jenama seperti Hot Wheels, Polly Pocket, Matchbox, Thomas and Friends, Scrabble dan pelbagai lagi. 


Acara Lotus's Playful and Joyful Moments di Lotus's Malls yang tepilih seperti berikut:-
  • 1 Disember 2023 - 1 Januari 2024: Lotus's Mutiara Damansara 
  • 1 Disember - 14 Disember 2023: Lotus's Puchong, Lotus's Ampang, Lotus's Cheras 
  • 16 Disember 2023 - 1 Januari 2024: Lotus's Selayang, Lotus's Klang, Lotus's Rawang and Lotus's Kepong. 

Lotus's Playful and Joyful Moments adalah peluang untuk keluarga mencipta kenangan yang berkekalan, berhubung antara satu sama lain, dan mengalami kegembiraan musim ini dengan cara baharu dengan siri bengkel dan aktiviti mesra keluarga sepanjang bulan Disember. Hal ini selaras dengan matlamat kami untuk menjadikan Lotus's destinasi yang lebih mengutamakan keluarga dan kanak-kanak untuk membeli-belah dan berkumpul
kata Melissa Wong, Ketua Pusat Beli-belah, Lotus's Malaysia. 


Pelanggan boleh merujuk halaman Facebook rasmi Lotus’s untuk aktiviti dan bengkel hujung minggu yang menarik. 


Kempen #KitakanJiran
Bagi menyemarakkan semangat #KitakanJiran, Lotus's membawa kegembiraan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik dari lapan rumah kebajikan bersempena dengan  musim perayaan ini. 


Pelanggan  boleh mengambil bahagian dalam Inisiatif Secret Santa untuk memenuhi hasrat Hari Natal kanak-kanak dengan memilih hajat daripada pokok krismas, membeli hadiah itu dan meletakkannya di pokok di kedai Lotus's yang sama.

Jadual Secret Santa di Lotus's Malls yang mengambil bahagian adalah seperti di bawah:
  • 1 Disember - 14 Disember 2023: Lotus's Mutiara Damansara, Lotus's Puchong, Lotus's Ampang dan Lotus's Cheras 
  • 16 Disember 2023 - 1 Januari 2024: Lotus's Selayang, Lotus's Klang, Lotus's Rawang dan Lotus's Kepong. 

"Play date' di Lotus's Puchong
Acara "Play date' di Lotus's Puchong pada 9 Disember 2023 telah disertai parenting blogger yang dijemput bersama kanak-kanak dari Tender Touch Pediatric Rehab dan Gabungan Anak-Anak Palsi Serebrum Malaysia (GAPS Malaysia) yang merupakan program yang menyokong perkembangan kanak-kanak kelainan upaya.


Memang meriah dan seronok. Pelbagai aktiviti disediakan untuk anak-anak yang hadir dan juga di akhir acara turut disediakan jamuan dan beg cenderahati.


Untuk mendapat butiran lanjut mengenai Lotus's Playful and Joyful Moments, lawati laman web: https://corp.lotuss.com.my/campaigns/playfull-joyful-moments-with-lotuss-mattel



Lotus's Memberi Kegembiraan Melalui Playful and Joyful Moments Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 10, 2023 Rating: 5

1 comment:

  1. i suka shopping kat lotus sbb boleh collect points dan biasanya selalu ada contest yg best jugak

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.