Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® Bersempena Sambutan Ulang Tahun Little Caliphs® yang ke-20

Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® BersempenaSambutan Ulang Tahun Little Caliphs® yang ke-20 - Seperti yang kita maklum, Litte Caliphs® International Sdn Bhd (LCISB) merupakan peneraju dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Ianya terus konsisten selama 20 tahun dan sehingga kni masih meneruskan komitmen untuk melahirkan kanak-kanak prasekolah yang cemerlang secara menyeluruh melalui modul The Little Caliphs® Program (TLCP).


Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs®
Buat julung kalinya, Little Caliphs® menganjurkan Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® bersempena sambutan ulang tahun yang ke-20. Karnival yang cukup meriah ini telah berlansung pada pada 2 Disember 2023 bertempat di Astaka Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Acara ini bermula dari jam 9 pagi sehingga 9 malam.


Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Puan Anfaal binti Saari, Exco Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat, Kerajaan Negeri Selangor disaksikan oleh Datuk Haji Roslan bin Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LCISB dan juga Datin Dr. Hh Sabariah Faridah binti Haji Jamaluddin, Ketua Pegawai Akademik (CAO) LCISB. 


Didalam ucapan perasmian YB Puan Anfaal binti Saari turut menyampaikan rasa bangga dan gembiranya terhadap pencapaian Tadika  Little Caliphs® yang giat berusaha memberi pendidikan kepada anak-anak pra-sekolah yang seimbang dunia dan akhirat.

Pelbagai Aktiviti Menarik Sepanjang Karnival 
Terdapat lebih 30 reruai menampilkan karnival makanan dan reruai pameran serta pelbagai aktiviti kanak-kanak yang menyeronokkan seperti inflatable castle, face painting, Jenga gergasi, cabutan bertuah dan banyak lagi.

Pengunjung juga dapat menelusuri perjalanan 20 tahun yang menakjubkan oleh LCISB menerusi history timeline wall yang dipamerkan. Kita boleh lihat bagaimana pencapaian  Little Caliphs® yang berkembang selama 20 tahun.


Persembahan oleh Aniq Muhai bersama kanak-kanak dari tadika Little Caliphs juga antara tarikan. Begitu juga dengan Parenting Talk oleh Datin Hajjah Sabariah Faridah binti Jamaluddin, Pengasas Little Caliphs® bersama Ustaz Adnin bin Roslan, Pempengaruh Media Sosial, dan penampilan istimewa maskot Amir dan Amirah antara aktiviti yang menjadi tarikan pengunjung di karnival ini. 


Maskot yang diberi nama Amir dan Amirah ini adalah hasil idea namanya dari Datin Dr. Hh Sabariah Faridah binti Haji Jamaluddin, Ketua Pegawai Akademik (CAO) LCISB. Mempunyai maksudnya yang tersendiri sesuai dengan Little Caliphs® yang gah terus menjadi pilihan ibubapa yang mahu anak-anak mereka mendapat penididikan awalan terbaik.

Maskot Amir dan Amirah Pasti Menjadi Tarikan


Dan maskot Amir dan Amirah ini akan menjelajah ke semua cawangan Little Caliphs® di Malaysia dan mungkin uga akan ke luar negara seperti Indonesia.
Alhamdulillah, sepanjang tempoh 20 tahun ini, LCISB mempunyai hampir 500 buah rangkaian tadika di seluruh Malaysia dan 3 buah di Indonesia dengan sejumlah hampir 40,000 orang pelajar keseluruhannya 


kata Datuk Haji Roslan bin Nordin, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)  LCISB.


Tahniah The Little Caliphs® untuk kecemerlangan 20 tahun! Moga terus sukses menjadi pra-sekolah kanak-kanak prasekolah agar mereka cemerlang bukan sahaja akademik, bahkan sahsiah dan emosi.
Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® Bersempena Sambutan Ulang Tahun Little Caliphs® yang ke-20 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 02, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.