All Stars Gegar Vaganza (Musim ke 10) Akhir

Pertama kali sebenarnya saya menghadiri konsert akhir Gegar Vaganza. Jika sebelum ini saya hanya menontonnya dari kaca televisyen tapi kali ini dari persembahan LIVE. Memang sangat jauh perbezaannya. jika dilihat dari segi persembahan dan juga vibes didalam Axiata Arena itu sendiri.


Untuk All Stars Gegar Vaganza musim ke 10 ini kita dapat menyaksikan ke semua peserta adalah samada pernah menjuarai mahupun peserta pilihan (hot seat) Gegar Vaganza sebelum ini. Boleh dikatakan persaingan di Gegar Vaganza ini adalah antara penyanyi yang hebat di atas satu pentas.

Setelah 11 minggu bersaing dan akhirnya 8 finalist mara ke peringkat akhir. Antaranya 8 finalist adalah seperti berikut:-
  • Siti Nordiana
  • Tomok
  • Azharina
  • Nikki Palikat
  • Naqiu
  • Hady Mirza
  • Jaclyn Victor
  • Liza Hanim
Jaclyn Victor telah dinibatkan sebagai juara Gegar Vaganza 10 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000 sumbangan Astro, pakej percutian ke Switzerland sumbangan Kaki Jalan, pakej penginapan di Royale Chulan Hotel London sumbangan Royale Chulan Hotels & Resorts, baucer dekorasi ruangan sumbangan Ritz Reka dan trofi.

Namun begitu untuk semua finalist mereka turut membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 sumbangan Astro, pakej percutian sumbangan Kaki Jalan dan trofi emas ASGV.

Anugerah Lain di All Stars Gegar Vaganza 10
Antara anugerah lain yang turut diberikan kepada peserta:-
Anugerah pilihan Bos Susu : Naqiu (Pemenang akan membawa pulang RM10,000)
Anugerah bintang paling power meow (Markah tertinggi dari juri) : Jaclyn Victor
Bintang Cuckoo paling gempak (Undian peminat) : Naqiu
Anugerah gegaran generasi Juara (Undian peminat) : Siti Nordiana

Carta Kedudukan Keseluruhan
Carta kedudukan dan keputusan markah keseluruhan peserta Juara :
Jaclyn Victor - 80.10%
Naib juara : Hady Mirza - 75.74%
Tempat ketiga - Nikki Palikat - 73.18%
Tempat keempat - Liza Hanim - 72.34%
Tempat kelima - Naqiu - 72.18%
Tempat keenam - Tomok - 71.46%
Tempat ketujuh - Azharina Azhar - 69.64%
Tempat kelapan - Siti Nordiana - 61.14%

Kesemua peserta akhir perlu menyelesaikan tiga tugasan iaitu nyanyian solo, duet bersama artis undangan dan juga pusingan battle antara mereka (terdapat 2 kumpulan, 4 peserta dalam setiap kumpulan).
Persembahan solo - Hady Mirza

Persembahan solo : Azharina

Persembahan solo : Nikki Palilkat

Persembahan solo : Jaclyn Victor

Persembahan Solo : Tomok

Persembahan solo : Liza Hanim

Persembahan Solo : Liza Hanim

Persembahan duet : Hady Mirza dan Dayang Nurfaizah

Persembahan duet : : Siti Nordiana dan Irfan Seventeen


Gegaran Battle Vaganza : Hady Mirza, Naqiu, Nikki Palikat & Azharina 
– Sorry, Sorry (Super Junior)

Gegaran Battle Vaganza : Jaclyn Victor, Siti Nordiana, Tomok & Liza Hanim
 – Kill This Love (Blackpink) 

Setiap persembahan telah dinilai oleh juri tetap iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat. Manakala juri jemputan  untuk GV 10 (akhir) adalah ratu rock negara, Ella.


Kreadibiliti  Nabil Ahmad bersama Jihan Muse sebagai pengacara memang tetap mantap. Spontan dan cukup menghiburkan.Acara yang berlansung 3 jam lebih memang tidka membosankan apabila diserikan dengan celoteh dari dua pengacara yang cukup serasi ini.

Komen peribadi : Seronok juga sebenarnya dapat hadir dan mendengar sendiri artis-artis yang berentap secara lansung. Jika ikutkan rasanya semua penyanyi memang bagus penyampaiannya. Peserta favourite saya pada malam tersebut tentulah Jaclyn Victor, Azaharina dan Liza Hanim.

Dikatakan ramai juga penyokong dari Singapura hadir memberi sokongan kepada Hady Mirza. Kebanyakan daripada mereka memang mendapatkan tiket paling mahal sekali. Hebat betul penangan Hady di GV10.
All Stars Gegar Vaganza (Musim ke 10) Akhir Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 13, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.