Inisiatif #KitakanJiran Secret Santa Lotus’s Memberi Keriangan kepada Kanak-Kanak pada Hari Natal

Warga kerja Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) bersama-sama pelanggan dan rakan niagapusat beli-belahnya menyediakan perayaan Hari Natal yang lebih istimewa untuk 300 kanak-kanak dari Lembah Klang.



Sambutan yang diterima untuk Lotus’s Playful and Joyful Moments Secret Santa pada tahun ini sangat menggalakkan dengan ratusan hajat anak-anak yang kurang bernasib baik dapat ditunaikan sempenamusim perayaan yang bakal tiba. Ada di kalangan mereka yang berkemungkinan tidak pernah menerima hadiah.

Pengarah Eksekutif Khidmat Korporat Lotus’s Malaysia, Azliza Azmel, berkata, “Terdapat ramai yang bernasib baik dan mendapatmenyambut musim perayaan pada hujung tahun ini bersama keluargadan orang tersayang mereka. Tetapi, bagi beberapa individu, ia agak susah kerana mereka tidak berpeluang untuk menyambut musim perayaan tersebut.



Oleh kerana itu, semangat #KitakanJiran kami mendorong kami untuk menyebarkan keceriaan kepada kanak-kanak yang berkemungkinan tidak mendapat hadiah pada musim perayaan sebegini. Kami amat berterima kasih kepada rakan-rakan sekerja di Lotus’s, pelanggankami, dan juga rakan niaga pusat beli-belah kami yang telahberganding bahu dalam menjayakan program ini.”

Kedatangan kanak-kanak dari Rumah Kebajikan Karunai Illam Kepong, House of Joy Puchong, Yayasan Sunbeams Ampang, Praise Emmanuel Children's Home Petaling Jaya, Rainbow Home Cheras, Pertubuhan Kebajikan Kanak Kanak Kepong Kuala Lumpur dan Persatuan Kebajikan Warga Tua Wilayah Persekutuan, Pertubuhan Kebajikan Ephratha Rawang, Sweet Care Home Selayang, dan Good Samaritan Home Klang telah disambut dengan secara sepenuh hati di Lotus’s Selayang hari ini.

 

Selain daripada menerima hadiah, kanak-kanak tersebut turut disambut dengan kemunculan Santa dan dialu-alukan untukmenikmati playdate Lotus’s Playful and Joyful Moments. Kanak-kanak tersebut dapat bermain riang dengan pelbagai jenama terkenaldi bawah Mattel seperti Hot Wheels, Matchbox, Polly Pocket, dan Scrabble.

 


Melissa Wong, Ketua Pusat Membeli-Belah Lotus’s turut berkata, “Kami amat teruja dengan kejayaan usaha kami untuk membentuk sebuah pusat membeli-belah Lotus’s yang lebih bertumpu kepada seisikeluarga dan kanak-kanak. Saya ingin berterima kasih kepada semuapihak yang telah menyokong usaha kami untuk berjaya memberi keriangan pada kanak-kanak tersebut pada Hari Natal tahun ini.”

Aktiviti Lotus’s Playful and Joyful Moments akan berlangsungsehingga 1 Januari 2024 di Lotus’s Mutiara Damansara, Lotus’s Selayang, Lotus’s Klang, Lotus’s Rawang, dan Lotus’s Kepong.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti dan bengkel hujungminggu yang menarik yang dijadualkan, pelanggan boleh merujukkepada saluran sosial rasmi peruncit tersebut:

 

Facebook: https://www.facebook.com/LotussMalaysia
Instagram: https://www.instagram.com/lotussmalaysia/

Layari laman web khas Lotus’s untuk membaca lebih lanjut tentangkempen ini: https://corp.lotuss.com.my/campaigns/playfull-joyful-moments-with-lotuss-mattel
Inisiatif #KitakanJiran Secret Santa Lotus’s Memberi Keriangan kepada Kanak-Kanak pada Hari Natal Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 22, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.