Movie Review : M3GAN

Filem aksi thriller M3GAN yang berdurasi 102 minit ini memang sangat direkomen untuk ditonton. Serius, tidak membosankan. M3GAN (singkatan dari Model 3 Generative Android), merupakan anak patung tetapi kelihatan seperti kanak-kanak yang diprogramkan untuk menjadi teman terbaik pada kanak-kanak dan dapat membantu ibu bapa mengendalikan anak mereka.

TQ UIP for the tixs!

M3GAN merupakan idea daripada Gemma yang merupakan pereka alat permainan di Funki. Ianya bermula apabila Gemma yang secara tiba-tiba dipertanggungjawab untuk menjaga anak saudaranya Cady yang baru sahaja kehilangan kedua ibubapa dalam kemalangan kereta (ketika dalam perjalanan pergi bercuti).


Struggle dengan tuntutan daripada boss di syarikat yang mahukan permainan yang hebat dan diterima pasaran dan pada masa yang sama perlu menguruskan Cady yang masih trauma dengan kejadian yang menimpa dirinya, menyebabkan Gemma tekad untuk membangunkan prototaip M3GAN dengan pertolongan 2 rakan kerjanya.


Pada awalnya semua kelihatan sempurna sehinggalah Gemma menyedari kehadiran M3GAN didalam keluarganya, banyak perkara menggerikan telah berlaku. Ini kerana M3GAN sebuah projek robotik AI boleh memanupulasi manusia sehingga sanggup membunuh demi melindungi tuannya Cady.


Masa inilah kita akan nampak betapa hebat M3GAN dalam memasang strategi membunuh mereka yang memberi ancaman kepada Cady. Banyak babak yang menggerunkan terutama bila berlakunya pembunuhan. Cara bunuh dan mimik wajah M3GAN memang cukup menakutkan.


Dalam seram ada banyak pengajaran yang cuba disampaikan terutama dalam membina perhubungan antara ibubapa.penjaga bersama anak. Bagaimana kehadiran  dan sokongan emosi perlu dalam kehidupan anak yang sedang membesar.

Filem hebat ini adalah dibawah arahan Gerard Johnstone dan dibintangi Allison Williams, Violet McGraw, Ronny Chieng, Brian Jordan Alvarez serta ramai lagi. Untuk watak M3GAN dilakonkan oleh Amie Donald tetapi pemilik suara M3GAN adalah Jenna Davis.

Jalan cerita tidak membosankan walaupun kemunculan M3GAN tidaklah dari awal-awal cerita. So korang jangan  lupa utk tonton filem M3GAN di pawagam berdekatan okiee.




Movie Review : M3GAN Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 05, 2023 Rating: 5

6 comments:

  1. Fafa dah tengok. Last² tu lain macam dia punya obses kat Cady. Menarik. Memang nice lah

    ReplyDelete
  2. Wow....so exciting to be there kan, all dress up so cosplay looking, surely a nice movie storyline to enjoy. Thanks for sharing this. cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  3. Menarik ni! Ni lah genre yg saya suka! Tak sabar nak tengok! ❤️

    ReplyDelete
  4. this movie looks freakishly interesting. i cannot wait to catch it in the cinema soon!

    ReplyDelete
  5. Filem Megan ini nampak menarik.. tak sabar nak tgk movie hujung mggu ini dgn member2 kaki jerit.. hahahhaa

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.