Jom Tonton Animasi 3D Berkisarkan Ketamadunan Manusia (The Journey Of Humankind ) dan Siri Animasi Kisah 25 Rasul di Nurflix

Jom Tonton Animasi 3D Berkisarkan Ketamadunan Manusia (The Journey Of Humankind ) dan Siri Animasi Kisah 25 Rasul di Nurflix-Menonton kisah-kisah para nabi dan rasul dapat memberi begitu banyak pengajaran. 


Sepertimana yang diusulkan oleh Habib Ali Zeenal Abidin, Mushrif Nurflix yang mengingatkan kita untuk  hidup dengan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain. Didik hati untik melihat perkara kebaikan biarpun sekecil kuman. Jadinya kita perlu belajar dan ikuti karektor hebat para rasul bagi menjadikan kita muslim yang baik. Bagaimana pendekatan yang boleh dilakukan, selain daripada mebaca kita boleh juga menonton dokumentari, siri animasi islamik yang dibawa khas oleh Nurflix.
Dan hendaklah diantara kamu segolongan orang yang menyeru pada kebaikan, berbuat ma’ruf dan mencegah yang munkar. Dan mereka itu adalah orang yang beruntung
(Surah Ali ‘Imran ayat 104)

Habib Ali Zeenal Abidin, Mushrif Nurflix

Di mana yang terkini Nurflix telahpun memperkenalkan siri The Journey of Humankind dan kisah 25 Rasul dengan teknologi animasi 3D menggunakan Unreal Engine dan juga Virtual Actor.

Aplikasi Nurflix Dengan Konten Islamik
Nurflix mula diperkenalkan pada tahun 2020 dan sehingga hari ini aplikasi ini kekal komited bagi mencapai visi penubuhannya iaitu menjadi pusat kepada kandungan ilmu Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hiburan sopan yang boleh dicapai dari seluruh dunia. 


Merangkumi versatil kandungan islamik didalam katalog aplikasi antaranya seperti pembelajaran kitab-kitab tradisional Turath, Tausiyah dari guru-guru, pengajian Al-Quran, hadith dan banyak lagi. Bukan mudah bagi menghasilkan konten yang berkualiti, sahih dan terbaik. Bergelut dengan keadaan pandemik yang melanda satu dunia dan akhirnya setelah keadaan semuanya reda, pasukan Nurflix telah membuat lawatan bagi mewujudkan jalinan kerjasama pembangunan katalog dan kandungan dengan syarikat-syarikat penerbitan dari negara-negara Islam yang lain seperti Mesir, Turkey, Arab Saudi, Palestin dan Indonesia. 

Untuk info terdapat lebih 100 tajuk dan lebih 3000 episod sedang dan akan ditayangkan di platform Nurflix sepanjang tahun 2023 ini, gabungan dari Nurflix originals dan kandungan syndications. Nurflix juga telah mengadakan kerjasama dengan Universiti tempatan seperti Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Institut Teknologi Mara dan Universiti Putra Malaysia membolehkan penerbitan koleksi penyelidikan ilmiah seperti Al Quran dan Sains (USIM), Penyelidikan Produk Halal (UPM) dan banyak lagi. 

Pengenalan Siri The Journey Of Humankind 
Nurflix Productions Sdn Bhd telah membangunkan katalog penerbitan filem dan siri animasi 3D menggunakan teknologi Unreal Engine dan Virtual Actor. The Journey of Humankind yang akan memaparkan secara menyeluruh kisah ketamadunan manusia sejak bermula penciptaan Nabi Adam a.s berdasarkan rujukan daripada Al Quran, Hadith dan sumber-sumber Islam yang sahih.

kisah-kisah ini disampaikan daripada Allah swt kepada Rasulullah saw, telah ditafsir oleh ulama sejak ribuan tahun dahulu, jadi  kita fokuskan penyampaian kepada generasi hari ini dengan pendekatan terkini. Sasaran kami adalah untuk menyampaikan seluruh penceritaan ini di dalam dalam animasi 3D menggunakan teknologi Unreal Engine dan Virtual Actor. Insya Allah
CEO Nurflix, Syah Mohamed 

Penerbitan animasi ini adalah satu langkah besar untuk menguasai teknologi penerbitan virtual (virtual production). Membuka ruang penerokaan teknologi dan kepakaran baru kepada bakat tempatan untuk menghasilkan karya bertaraf dunia.

Siri Animasi Nabi Musa A.S Kalimullah Edisi Bahasa Melayu
Inisiatif pertama adalah penerbitan Kisah-kisah 25 Rasul yang berdasarkan rujukan utama Kitab Qisas Al Anbiya’ karya Ibnu Katsir. Siri pertama yang akan ditayangkan adalah Kisah Nabi Musa a.s Kalimullah yang akan berada di platform Nurflix bermula 27 Januari 2023. 


Sebagai langkah awal, Nurflix bekerjasama dengan ATA Animation, sebuah penerbit animasi dari Mesir dengan melakukan suntingan untuk menambah baik dan melakukan proses alih bahasa. Sebanyak 13 episod untuk musim pertama diterbitkan menggunakan Bahasa Melayu agar dapat memenuhi kehendak pasaran di Malaysia. Ini akan dapat memberikan kefahaman jalan cerita yang jelas serta sesuai untuk ditonton oleh semua peringkat umur. 

Istimewanya siri ini menampilkan Rawi Al Hakim, watak pelakon maya (virtual actor) selaku penyampai cerita dan pengembara (lakon suara oleh Alwi Mustafa) yang dicipta untuk menyampaikan kisah-kisah dari dalam kitab Qisas Al Anbiya. Pembinaan dan penciptaan watak pelakon maya Rawi Al Hakim ini diusahakan sepenuhnya oleh pasukan animasi Nurflix sendiri.

Saya bersama selebriti yang terlibat didalam animasi ini

Antara pelakon lain seperti:-
Dato Tuan Asmawi - Firaun Seth
Dai Syed - Firaun Musa Muda
Amran Asmuni - Panglima Tentera
Hana Ismail -  Permaisuri Asiah
Ustazah Asni Mansor - Yukabid
Farihin Abdul Fattah - Imran
Heliza Helmi - Maryam
Irma Hasmi - Safura
Hazwani Helmi - Permaisuri Neferteri
Anas Tahir - Qarun
Maswi - Firaun Muda
Sheikh Ammar Kamal Ithman - Qari 

Kuiz Dan Tadabbur 
Bersempena dengan tayangan siri animasi  Siri Animasi Nabi Musa A.S Kalimullah Edisi Bahasa Melayu, Nurflix telah mendapat kerjasama dari syarikat Simply Umrah untuk menaja hadiah peraduan kuiz sepanjang 13 minggu tayangan Siri Animasi Nabi Musa a.s Kaimullah. Sejumlah 3 orang pelanggan yang berjaya menjawab kuiz mudah yang disediakan di setiap episod secara terkumpul sepanjang 13 episod akan menerima hadiah utama pakej umrah. 

Manakala pemenang kuiz mingguan pula akan menerima hadiah seperti mini goldbar tajaan KAB Gold Sdn Bhd dan Al Quran edisi Al Ghufran tajaan Telaga Biru Sdn Bhd serta set buku Kembara Mahsyar tajaa Mahsyar Group. Dengan penyertaan kuiz ini penonton akan dapat mengukuhkan lagi kefahaman terhadap kisah dan melalui proses tadabbur Al Quran. 

Menurut Pengarah Kandungan Nurflix, Ustaz Raja Ahmad Mukhlis: 
sekurang-kurangnya terdapat 5 surah yang terdapat di dalam siri ini dan ianya dapat membantu proses tadabbur kepada penonton”. Ini kerana dalam setiap babak bacaan dan terjemahan Al Quran akan dipaparkan sebagai rujukan dan amat bermanfaat untuk tontonan sekeluarga. Langganan Nurflix ini mempunyai nilai penerapan ilmu , dakwah dan akhlak yang diperlukan oleh masyarakat. 

Jom Sertai Nurflix 

Menyingkap tirai tahun 2023 Nurflix berusaha untuk memupuk menjadi sebuah komuniti yang dapat menyokong dan memperkuatkan pencapaian misi menjadi aplikasi konten islamik berkualit dan terbaik. Oleh yang demikian Nurflix membuka seluas-luasnya pintu untuk menjemput dan mengalu-alukan pakar-pakar dari bidang penerbitan, sejarah, IT, animasi serta para dermawan untuk sama-sama menyumbang kejayaan projek ini. Setiap individu yang melangganan Nurflix Tv juga membantu kejayaan projek The Journey of Humankind serta penghasilan lebih banyak kandungan sopanstream untuk generasi masa depan. 

Jom muat turun Nurflix
Jom Tonton Animasi 3D Berkisarkan Ketamadunan Manusia (The Journey Of Humankind ) dan Siri Animasi Kisah 25 Rasul di Nurflix Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 27, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.