Walimatul Urus Perdana 100 Pengantin Anjuran MAIWP

Satu Majlis Walimatul Urus Perdana telah berlangsung dengan cukup meriah di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada 29 Januari 2023.  Majlis yang melibatkan 100 pasangan pengantin ini merupakan anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).


Penganjuran acara ini jiga bersempena dengan Karnival MAIWP 2023 dan dihadiri dif-dif terhormat yang dijemput berserta ahli keluarga pengantin yang dirai.

Majlis Walimatul Urus Perdana Yang Cukup Meriah
Bertemakan ”Nostalgia Adat Istiadat Kegemilangan Melayu Islam”, Majlis Walimatul Urus Perdana ini meraikan pasangan pengantin yang terdiri daripada asnaf fakir, miskin dan mualaf . Selain itu setiap pasangan pengantin turut menerima sepersalinan pakaian pengantin berserta perhiasan.


Pastinya menjadi kenangan ini buat 100 pasangan pengantin ini kerana mereka telah diarak menaiki Hop on Hop Off KL mengelilingi Jalan Raja Laut sehingga ke tapak karnival di Dataran Merdeka. Di mana di kemuncak acara, semua pengantin akan duduk bersanding du atas pelamin yang disediakan. Pengantin turut menerima wang tunai RM2,000 setiap pasangan.


Dalam majlis yang sama,2 pasangan pengantin telah dinikahkan oleh Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib bin Ismail. Pasangan tersebut adalah MOHD SHAHRUL NIZAM BIN MOHD NAZARI & ZURIANA BINTI ZULKEFLI (wali nasab) serta AHMAD DANISH FAQIH BIN ABDULLAH & ROSASLINAH BINTI DATO (wali hakim, pasangan mualaf).


Turut hadir dalam majlis ini, YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YBhg. Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP, YBhg. Datuk Hajah Saraya binti Arbi, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, Encik Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.


Anjuran Bersama Naurah Care
Penganjuran Majlis Walimatul Urus Perdana anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan  (MAIWP) dijangka diteruskan dan dijadikan acara tahunan dalam membantu pasangan golongan asnaf serta mualaf bernikah.

Malah acara anjuran bersama MAIWP dan Pertubuhan Kemanusiaan Naurah Care itu secara tidak langsung menjadi tarikan pelbagai pihak termasuk pelancong asing bagi mengetengahkan budaya di negara ini pada masa akan datang.


Pengerusi Naurah Care, Sheikh Ahmad Fakhruddin Sh. Abd. Rahim berkata, acara seterusnya dijangka berlangsung pada Disember ini. Bagaimanapun, jumlah untuk sesi seterusnya kami tidak pasti. Bergantung kepada pihak MAIWP nanti.

Paling penting, acara seperti ini diadakan dengan pelbagai aktiviti lain untuk bersama-sama mengetengahkan budaya masyarakat ini di samping memberi peluang kepada ramai orang mengenai peranan MAIWP.

Sheikh Ahmad Fakhruddin berkata, pihaknya akan mempelbagaikan acara sampingan dalam penganjuran perkahwinan besar-besaran pada masa akan datang.

Skim Bantuan Perkahwinan
Skim bantuan perkahwinan merupakan salah satu skim bantuan zakat daripada 30 skim bantuan yang ditawarkan oleh MAIWP. Bantuan ini telah diperkenalkan sejak tahun 2006 ini bertujuan untuk meringankan beban bakal pengantin dalam mengadakan majlis walimatul urus. Bantuan yang disalurkan berjumlah antara RM3,000 sehingga RM5,000. Pada tahun 2022, MAIWP telah membantu sebanyak 412 penerima dengan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.08 juta.



MAIWP sehingga Disember 2022 telah mengagihkan sebanyak RM855.51 juta dana zakat kepada asnaf yang memerlukan. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM533.61 juta dibelanjakan melalui agihan zakat secara langsung menerusi skim bantuan-bantuan zakat dan zakat secara tidak langsung manakala RM30.86 juta diagihkan menerusi institusi pendidikan dibawah MAIWP.

Moga tahun 2023 menjadi tahun kompetensi MAIWP bagi pelaksanaan pelbagai insiatif dan program dalam membantu golongan asnaf, mualaf dan mereka yang memerlukan.

Walimatul Urus Perdana 100 Pengantin Anjuran MAIWP Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 30, 2023 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.