Acara Akhir Eat, Scratch & Win Serta Pengenalan Set Hidangan Fortune Chicken Chop Kenny Rogers Roasters (KRR) Malaysia

Satu acara akhir yang melibatkan 4 peserta pemenang bertuah dalam Peraduan Eat, Scratch & Win telah diadakan di outlet Kenny Rogers Roasters (KRR) One Utama Petaling Jaya. Turut hadir ke majlis adalah VIP jemputan serta para media yang turut sama meraikan pemenang peraduan. Jumlah nilaian hadiah yang ditawarkan cukup menarik mencecah nilaian lebih RM1,500,000.00


Setiap peserta mempunyai 5 kali peluang untuk membuka kotak misteri bagi medapatkan mata-mata yang terdapat di sebalik kotak tersebut. Setiap mata yang diperolehi akan dihimpunkan nilainya bagi mengetahui kedudukan hadiah pemenang.


Untuk Hadiah Utama dimenangi oleh Lee Hiang Yeaw yang telah memenangi Pakej Percutian 2 orang 3 Hari 2 Malam bersama tiket kapal terbang ke The Taaras Beach & Spa Resort.


Pemenang kedua ialah Encik Muhammahd Hafizi bin Hairul Nizam yang membawa pulang hadiah Pakej percutian 3 hari 2 Malam untuk 2 orang ke Berjaya Langkawi Resort. Manakala tempat ketiga adalah Jolene Lim Chu Yong yang juga memenangi Pakej Percutian untuk 2 orang ke Berjaya Tioman Resort. Manakala tempat keempat Encik Khairuyusnizam bin Abdul Rahim yang membawa pulang kad KRR dengan nilaian RM1000.

Cukup bertuah! Pemenang bukan sahaja dapat menikamti hidangan sihat dari KRR bahkan diberi ganjaran kerana menikmati hidangan restoran ini.


Bersempena dengan musim perrayaan, KRR Malaysia juga ada memperkenalkan menu sihat terbaru iaitu ayam tanpa tulang diperap istimewa - Fortune Chicken Chop. Dihidangkan bersama dengan sos istimewa lagenda KRR - sos blackpepper. Hidangan ini mula ditawarkan dari 5 Januari

Ong - lai Muffin

2pcs crispy fish fillet

Selain itu terdapat juga Corn on the Cob, biji jagung yang distim dan saluti bersama mentega herba. Paling yang digemari tentulah Ong-lai muffin iaitu muffin berperisa nenas. Serius sedap!

Antara set hidangan Fortune Chicken Chop yang ditawarkan adalah:-

Fortune Chicken Chop Soup Meal

Fortune Chicken Chop Meal
  • Fortune Chicken Chop Trio Meal
  • Fortune Chicken Chop Soup Meal
  • Fortune Chicken Chop Meal
  • Fortune Chicken Lite Meal
  • Fortune Chicken Rice Meal

Honey-Glazed Spring Rolls

Sweet & Spicy Spring Rolls

KRR Malaysia turut memperkenalkan Sweet & Spicy Spring Rolls dan Honey-Glazed Spring Rolls yang boleh dicuba oleh pelanggan esklusif bersempena dengan manu istimewa Tahun Baru.

Jom nikmati makan sihat di KRR Malaysia!  



Acara Akhir Eat, Scratch & Win Serta Pengenalan Set Hidangan Fortune Chicken Chop Kenny Rogers Roasters (KRR) Malaysia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 06, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.