Gila Gadgets Sri Sedang Kedai Baiki Phone Murah Di Seri Kembangan


Gila Gadgets Sri Sedang Kedai Baiki Phone Murah Di Seri Kembangan- Zaman sekarang kita memang kena bijak memilih dan membuat keputusan terbaik dalam hidup. Bunyi macam serius tetapi hakikatnya begitulah. Dalam apa juga keputusan haruslah yang terbaik. Sepertinya jika kita mengalami kerosakan phone. Jangan terus ambil keputusan untuk tukar kepada baharu tetapi cuba kita hantar baiki terlebih dahulu. 

Pilihan kedai membaiki phone tentulah yang boleh dipercayai dan menawarkan caj servis yang murah serta berpatutan.  Pastinya semua ciri-ciri itu ada di Kedai Gila Gadgets. Melihat pada sambutan dari pelanggan setianya yang cukup luar biasa. Dan kini Gila Gadgets telah membuka cawangan keenam yang terletak di Seri Kembangan - Gila Gadgets Sri Serdang.


GILA GADGETS SRI SERDANG 
No. 3274, Jalan 18/36, Taman Sri Serdang, 
43300 Seri Kembangan, Selangor

⏰ Waktu Operasi:
Isnin-Ahad (setiap hari) 10.00am - 9.00pm
☎️ 013-650 0531
๐Ÿ“ฒ https://gilagadgetserdang.wasap.my/
๐Ÿ“ Waze - https://waze.com/ul/hw2834ec3b

Lokasinya yang terletak berhampiran dengan kawasan kejiranan serta  IPTA Universiti Putra Malaysia memudahkan penduduk setempat yang ingin membaiki phone ataupun membeli aksesori telefon untuk  datang ke sini.

Apatah lagi berhadapan dengan Gila Gadgets Sri Serdang ada kemudahan parkir. Jadi tidak ada masalah jika pelanggan datang dengan kenderaan biarpun rumah terletak berhampiran.


Kenapa Gila Gadgest Sri Serdang  Pilihan Terbaik Untuk Servis Phone
Gila Gadgets merupakan syarikat dibawah pemilikan bumiputera yang sentiasa menitik beratkan dari segi penawaran produk-produk berkualiti, originaliti, harga menarik serta servis terbaik. 


Juruteknik di Gila Gadgets Sri Serdang mempunyai pengalaman serta kemahiran didalam mebaiki phone. Pelanggan tidak perlu risau, ini kerana setiap kali servis membaik pulih phone dilakukan ianya adalah secara face-to-face. Ianya lebih telus dan pelanggan boleh melihat sendiri segala proses membaik pulih dari awal  hinggalah siap dibaiki.


Alat perati yang digunakan juga adalah original dan berkualiti. Ini bagi memastikan pelanggan mendapat yang terbaik dan berpuas hati dengan servis yang diberikan. Paling mengujakan caj servis phone di sini boleh dikatakan sangat berpatutan dan murah. 

Proses membaiki pulih juga agak pantas dan hanya mengambil masa dalam 30 minit sahaja . Namun ianya bergantung kepada jenis kerosakan yang dialami. Oh ya! Gila Gadgets Sri Serdang juga bukan sahaja boleh membaiki segala jenis phone Android bahkan mereka juga mempunyai kepakaran membaiki phone dari jenama Apple juga.


Kepelbagaian Aksesori Telefon Ditawarkan di Gila Gadgets Sri Serdang


Memang rambang mata apabila berada di sini. Bayangkan! Ada pelbagai aksesori telefon yang ditawarkan dibawah satu bumbung. Semuanya tersusun kemas di atas rak dan dikelaskan mengikut bahagian bagi memudahkan pelanggan memilih dan membuat pembelian.


Casing phone daripada pelbagai jenis jenama phone dan siri. Begitu juga dengan rekaan serta corak casing yang ditawarkan dari yang jenis simple sehinggalah yang berinovasi ada disini.


Ada headset, earphone dengan  pelbagai jenis, fungsi dan saiz. Bergantung kepada budget dan keinginan pembeli, semuanya ada ditawarkan.



Antara aksesori yang sentiasa mendapat permintaan tinggi tentulah cable phone. Di Gila Gadgets Sri Serdang ada pelbagai jenis dan juga saiz ya (pendek, panjang dll).


Saya suka mencari aksesori telefon di Gila Gadgets Sri Serdang sebab harganya cukup murah dan berbaloi. Paling penting, kebanyakan aksesori telefon memang sedia ada jual di sini. Jadi saya tidak perlu mencari di banyak kedai aksesori telefon. Dan ini sangat menjimatkan masa.


Gila Gadgets Sri Serdang ini turut mengadakan promosi bersempena dengan pembukaannya. iaitu Beli 2 Percuma 1 untuk pembelian casing dan phone cable. Walaubagaimanapun ianya adalah hanya untuk pembelian 7-9 Januari 2023 (hari ini last day ya!)



Untuk cawangan Gila Gadgets Sri Serdang ada juga aksesori untuk komputer. Namun hanya untuk aksesori tertentu sahaja, contohnya seperti speaker, mouse dan lain-lain.


Seronok bila dapat tahu Gila Gadgets Sri Serdang ada di kawasan kejiranan. Tidaklah kita perlu pergi ke pusat servis membaiki phone yang banyaknya terletak di kawasan bandar. Saya bila berada di Gila Gadgets Sri Serdang memang sukar nak buat pilihan barangan. Banyak sangat pilihan dan harganaya cukup murah.


Nak servis phone jangan lupa datang ke Gila Gadgets Sri Sedang, Seri Kembangan.  Murah dan berpatutan, jimat poket menggandakan kepuasan!

Tiktok: https://www.tiktok.com/@gilagadgets

#GilaGadgets #GilaGadgetsSriSerdang #GGSriSerdang #KedaiBaikiPhoneMurah

Gila Gadgets Sri Sedang Kedai Baiki Phone Murah Di Seri Kembangan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 09, 2023 Rating: 5

9 comments:

  1. Memang boleh menggila kalau masuk kedai ini. I suka mai sini untuk tengok casing dan pasang tempered glass - berbaloi dan servis elok

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya besar ye kedai gila gadgets di sri serdang ni. Banyak pilihan dan boleh rambang mata nak pilih casing phone hee

    ReplyDelete
  3. i love shops like this! the repair is quick and fast and the price is so affordable for all!

    ReplyDelete
  4. Pernah singgah Gila Gadjet Shah Alam, memang rambang mata padahal nak cari case iphone je pun haha.

    ReplyDelete
  5. macam tau-tau je saya sedang mencari barnag untuk phone. tak pernah lagi ke gila gadgets ni, nnti bolehlah singgah :)

    ReplyDelete
  6. So so many gadgets accessories available kat this shop, gonna dropping by for some shopping la. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  7. Good one ya! Boleh la Nell hantar phone for repair, taw dah where to go to and banyak juga produk lain yang menarik kan...

    ReplyDelete
  8. Bagus kedai ni ada servis baik tepon dan jual aksesori juga. Boleh la mencari time time emergency kan kak.

    ReplyDelete
  9. area sri serdang memang banyak option untuk repair phone. nanti boleh singgah sini betulkan skrin phone anak yang dah pecah

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.