Yes Sir Lagu Nyanyian Zamani dan Ariff Peter Merupakan Lagu Tema Filem Coast Guard : Ops Helang

Yes Sir Lagu Nyanyian Zamani dan Ariff Peter Merupakan Lagu Tema Filem Coast Guard : Ops Helang- Pertama kali saya diperdengarkan dengan lagu Yes Sir! memang terikut-ikut rentaknya. Muzik yang rancak dengan lirik yang begitu catchy mudah diingati. 


Satu majlis pelancaran lagu YES SiR yang merupakan lagu tema untuk filem COAST GUARD telah diadakan di Stesen Udara APMM Subang Selangor. Selain penyanyi Zamani dan Aliff, pelakon, penerbit setta media, turut hadir sama ke majlis ini ialah Laksamana (M) Dato' Mohd Zubil Bin Mat Som, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. 

Majlis yang cukup meriah ini ditaja sepenuhnya oleh UNION COFFEE by INCITE FOODTECH yang merupakan penaja utama.


Pelancaran dengan gimik serta  pelbagai aksi telah disempurnakan oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR TEAM) dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).


Lagu 'YES SIR' terbitan COF MUSIC menampilkan ZAMANI sebagai penyanyi utama dan gabungan penyanyi rap iaitu ARIFF PETER yang juga merupakan penulis lirik bersama HASRIL, OTROMEN, dan NASS. 

Menariknya, lirik lagu 'YES SIR' ini diinspirasikan khusus untuk filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang yang memaparkan kisah kehidupan seorang Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) iaitu Leftenan Maritim Hafiz yang terpaksa berhadapan dengan sekumpulan penjenayah di perairan negara apabila ahli keluarganya menjadi tebusan.

Berikut merupakan info berkenaan lagu tema filem aksi hebat ini :
Penyanyi : Zamani Ft. Ariff Peter 
Durasi :3.02 minit
Music Arrangement : Pown Hasril & Jack Jafni 
Mixing: Jack Jafni
Master : Jack Jafni
Publishing Produced: Cof 
Music Publishing : Cof Music

Sebagai makluman, filem in telah mendapat kerjasama penuh daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Meneruai filem ini, penonton akan dapat melihat sendiri realiti bagaimana Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebagai sebuah badan coast guard negara yang menjalankan tanggungjawab untuk memelihara keselamatan dan keamanan Zon Maritim Malaysia.


LIRIK: YES SIR
(Chorus)
Yes Sir,
Hidup kena steady,
Apa-apa jadi, hidup ini kena ready,
Yes sir,
Lawan sampai mati.
Dah habis senjata, mash ada tangan kaki, Yes Sir,
Hidup kena steady,
Apa-apa jadi, hidup ini kena ready,
Yes sir,
Lawan sampai mati.
Dah habis senjata, mash ada tangan kaki,
Lautan luas, bahtera aku markas, Jaga setiap sudut tiada m u s h yang
terlepas,
Bukan soal berani ataupun siapa buas,
Yang cari nahas, aku bagi jumpa ruas,
Habis peluru aku guna buku lima, Lautan tenang tapijangan main gila,
Biar putih tulang daripada putih mata, Rela berkorban nyawa demi anak bangsa,
(Pre-Chorus)
Ku tak peduli, apa yang menanti, Selagi kaki berpijak di bumi,
Jangan dicabar bila dah berbudi, Lautan sunvi pun boleh berbunyi,
(Chorus)
Yes Sir,
Hidup kena steady,
Apa-apa jadi, hidup ini kena ready, Yes sir,
Lawan sampai mati,
Dah habis senjata, mash ada tangan kaki, Yes Sir,
Hidup kena steady,
Apa-apa jadi, hidup ini kena ready, Yes sir,
Lawan sampai mati.
Salut,
Panggilan perang aku sahut,
Roger dalam radar mana-mana area laut, Hidup berpantang ajal sebelum jumpa maut,
Jadi kau boleh tengok siapa karam, siapa
Dah habis senjata,mash ada tangan kaki,
2
hanyut,
Ini amaran,
Kita m a s h aman
sempadan,
asal tak langgar
Selagi ku bernyawa tak bagi siapa tawan, Tak peduli berapa kuatnya pihak lawan, Kalau perlu ku lawan,
(Pre-Chorus)
Ku tak peduli, apa yang menanti, Selagi kaki berpijak di bumi, Jangan dicabar bila dah berbudi, Lautan sunyi pun boleh berbunyi,
(Chorus)
Yes Sir,
Hidup kena steady,
Apa-apa jadi, hidup ini kena ready,
Yes sir,
Lawan sampai mati,
Dah habis senjata, mash ada tangan kaki, Yes Sir,
Hidup kena steady,
Apa-apa jadi, hidup ini kena ready,
Yes sir,
Lawan sampai mati,
Dah habis senjata, mash ada tangan kaki,


Filem COAST GUARD: OPS HELANG ini
merupakan terbitan FLYING DEALS SDN.BHD & ARIE ZAHARIE PRODUCTION ini yang mendapat kerjasama dengan METROWEALTH PICTURES.


So korang jangan lupa untuk tonton Coast Guard  : Ope Helang bermula dari 2.2.2023

Yes Sir Lagu Nyanyian Zamani dan Ariff Peter Merupakan Lagu Tema Filem Coast Guard : Ops Helang Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 18, 2023 Rating: 5

4 comments:

  1. Rawlins dok perati Zamani. Alhamdulilah nampak beliau makin better. Menarik gak lirik dia kan

    ReplyDelete
  2. lagu ni memang catchy, sesuai denngan filem ni. tak sabar pulak nak tunggu filem ni tayang dkt pawagam :)

    ReplyDelete
  3. Wahhh akak pergi event ni. Meriah tengok abam abam tu semua ye. Hahaha. Ariff Peter tu memang berbakat. Campur dengan Zamani lagi lah bertambah seri lagu tu. All the best utk filem tu.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.