YAB Dato' Seri Anwar Hadir Merasmikan Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 (HPPK2022)

Bertemakan “Kesepaduan Penjaja dan Peniaga Kecil Penjana Ekonomi Negara”, Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 (HPPK2022) telah diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada hari Khamis 22 Disember 2022. Acara lebih meriah dengan kehadiran Perdana Menteri YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim,  bagi merasmikan hari yang penuh istimewa ini.


Untuk info, HPPK disambut pada 18 November setiap tahun dan tahun ini merupakan tahun kesepuluh sambutan di peringkat kebangsaan. 


Konvensyen HPPK2022 kali ini turut disertai rakan strategik KUSKOP seperti Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM), Gabungan Persatuan dan Penjaja Malaysia (G3PM), Yayasan Peniaga Kecil dan Penjaja Malaysia serta Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil India di negeri Selangor.

Seramai 2,500 penjaja dan peniaga kecil dari seluruh negara hadir ke HPPK2022 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Pengisian program menarik telah disediakan sepanjang konvensyen, antaranya seperti:-
👉 Rakan Strategik
- Pameran agensi-agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan
👉Klinik Usahawan HPPK 2022
- Sesi konsultansi agensi keusahawanan
👉 Gerak Usahawan Nasional
- Pameran dan jualan produk usahawan
👉 Bicara Program Caknan Bantu Peniaga Kecil
- Peranan agensi KUSKOP membangunkan penjaja dan peniaga kecil)
👉Sesi Perkongsian Peserta Program KUSKOP
👉Bicara Usahawan Berjaya
- Kisah kejayaan perserta program KUSKOP

Selain hadir merasmikan acara, Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Peserta Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil kepada 16 orang penerima yang berjaya menunjukkan kemajuan memberangsangkan dalam perniagaan setelah mengikuti latihan melalui program keusahawanan anjuran KUSKOP.

Para VIP bergambar bersama penerima Anugerah Kecemerlangan Peserta Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil 

Manakala Anugerah Khas Jasamu Dikenang diberikan kepada Allahyarham Dato’ Haji Ramli bin Norani iaitu mantan Presiden GPPPKMM dan juga ahli Majlis Perundingan Penjaja dan Peniaga Kecil (M3PK) sebagai mengiktiraf sumbangan beliau dalam memperjuangkan nasib komuniti penjaja dan peniaga kecil di Malaysia sejak tahun 2012.

Balu  dan anak perempuan Allahyarham Dato’ Hj Ramli hadir bagi menerima Anugerah Khas Jasamu Dikenang

Terlebih dahulu Perdana Menteri di dalam ucapan perasmiannya mengucapkan syabas kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil yang memberi sumbangan secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi negara.

YAB Dato’ Anwar Ibrahim

Beliau turut menyatakan pendirian Kerajaan Perpaduan untuk terus komited menyediakan sebuah ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif kepada komuniti ini serta menzahirkan keyakinan terhadap KUSKOP untuk menerajui agenda keusahawanan negara selaras Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Ewon Benedick dalam majlis yang sama menyatakan komitmen KUSKOP untuk terus membantu memperkasa golongan penjaja dan peniaga kecil selaku penyumbang utama kepada pengukuhan dan kestabilan ekonomi negara.


Hadir bersama di majlis perasmian adalah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami dan YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KUSKOP.

Moga dengan adanya acara tahunan konvensyen seperti ini dapat membantu  memperkasa penjaja dan peniaga kecil di negara ini agar lebih yakin dan terus berusaha untuk memperkembang perniagaan mereka.

Terima kasih diatas jemputan 

Selain daripada majlis penghargaan kepada kumpulan sasar iaitu Penjaja dan Peniaga Kecil. Acara peringkat kebangsaan ini juga sebenarnya dapat memberi peluang kepada penjaja dan peniaga kecil dari seluruh negara untuk bertemu dan bertukar pandangan. 

YAB Dato' Seri Anwar Hadir Merasmikan Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 (HPPK2022) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 23, 2022 Rating: 5

7 comments:

  1. Bestnya dapat bersua dengan PMX Malaysia hee bagus sangat inisiatif macam ni bagi membantu penjaja dan peniaga kecil. Loveee

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ini adalah satu inisiatif yang bagus ^^ Peniaga-peniaga kecil memang ramai memerlukan benda macam ni. Kipidap dongibab kerajaan baru.

    ReplyDelete
  3. Terbaik konvensyen yg diadakan utk penjaja2

    ReplyDelete
  4. Meriah nyer konvensyen ni, so many small traders and hawkers being recognized

    ReplyDelete
  5. Absolutely a good happening event to gather all small business owners and hawkers to share good initiatives . Bravo & good to continue on. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  6. Program yang bagus untuk menaikkan semangat penjaja dan usahawan. Tahniah buat semua penerima anugerah.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.