Berbelanja Di Lotus's Shop Online Memang Sangat Berbaloi

Zaman sekarang semuanya sangat mudah, hanya di hujung jari sahaja dapat menyelesaikan banyak perkara dalam satu masa. Sebagai contoh membeli-belah atas talian tanpa perlu kita keluar rumah dan mengambil masa yang lama, berdepan dengan kesesakan lalu-lintas dan sebagainya. Pilihan saya tentulah Lotus's Shop Online - portal membeli-belah yang kita boleh mendapatkan pelbagai barangan yang ada ditawarkan didalam hypermarket Lotus.

Ok korang ada berita yang hendak saya kongsikan di sini. Dengan hanya berbelanja di Lotus’s Shop Online korang akan diberikan voucher diskaun lagi. Bestkan!

Tapi sebelum itu. saya nak kongsikan pengalaman saya berbelanja di Lotus’s Shop Online. Pertamanya, saya dapati Lotus's Shop Online sememangnya mesra pengguna. Segala info di laman web sangat jelas dan terletak kemas memudahkan kita membuat carian barangan yang kita kehendaki. Terdapat juga promosi hebat dan menarik ditawarkan di Lotus's Shop Online sepertimana yang ada ditawarkan di hypermarket fizikal. Jadi kita tidak perlu risau, ini kerana harga barangan yang ditawarkan adalah sama.



Hanya pilih barangan yang kita mahukan. Masukkan didalam troli (cart) di Lotus's Shop Online dan kita boleh membuat perancangan perbelanjaan dari sini. Pengendalian yang sangat sistematik dan cara pembayaran juga sangat mudah.
Lebih menarik, selain daripada barangan kering kita juga boleh berbelanja barangan dapur segar seperti ayam, ikan dan sebagainya di Lotus's Shop Online. Bukan sahaja halal serta kesegaran terjamin bahkan proses penghantaran juga sangat efisien. Kita boleh memilih slot masa pilihan untuk penghantaran. Barangan segar yang  dipilih benar-benar segar dan dibungkus dengan kemas serta rapi.
Contohnya baru-baru ini saya ada membeli udang dan juga ubi kentang. Memang sangat puas hati, seumpama saya memilih sendiri udang yang sedang-sedang besar saiznya. Begitu juga dengan kentang, semuanya elok dan segar.

 Saya juga sering dapatkan produk-produk dari jenama Lotus itu sendiri. Pilihan barangan yang cukup banyak dan paling penting kualiti yang ditawarkan memang terbaik. Lebih menyeronokkan harga yang ditawarkan cukup berpatutan. Memang lebih murah, berbaloi dan jimat perbelanjaan.
Contohnya saya ada membeli susu pekat manis jenama Tesco dan juga pelembut pakaian yang juga dari jenama yang sama. Biarpun hanya jenama Lotus namun kialiti yang ditawarkan setanding dengan jenama hebat di pasaran.
Servis penghantaran adalah 7 hari seminggu. Kita boleh pilih slot penghantaran yang kita mahukan. Ataupun kita juga boleh pilih servis pengambilan sendiri dari Hypermarket Lotus yang dipilih.
Berbelanja menerusi Lotus's Shop Online juga  membolehkan saya mengumpul poin memandangkan saya juga ahli Lotus. dengan poin yang dikumpul membolehkan saya mendapatkan kupon dan penebusan voucher.

Oh ya! Berita baik untuk semua pembaca AYUARJUNA.COM. Hanya klik link ini terlebih dahulu : https://lotuss.pxf.io/AyuRafikah Masukkan kod di bawah:-

AYU10HD - Untuk penghantaran
AYU10PU - Untuk pengambilan di outlet (pick-up)

Untuk setiap perbelanjaan RM100 dari Lotus's Shop Online korang berpeluang mendapatkan diskaun RM10.

Sememangnya berbelanja dengan Lotus's Shop Online sangat memudahkan urusan harian saya. Platform membeli-belah yang sangat dipercayai dan membantu kita dapatkan barangan yang dikehendaki sampai ke pintu rumah.


Berbelanja Di Lotus's Shop Online Memang Sangat Berbaloi Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 15, 2022 Rating: 5

3 comments:

  1. Interesting blog! I always use Online shopping for different apps and is help me every time. when I need loan from Merchant Cash Advance Leads thy help me very much to start online business if you need Business loan do contact this, this is very professionals

    ReplyDelete
  2. dulu selalu jugak beli online. tapi slot delivery asyik penuh je. haha. nanti nak try yang pick up pulak

    ReplyDelete
  3. Ohh yes I'm lotus online shopper too, totally agree with you, gonna start using the pick up with scheduled delivery. Easy! Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.