Penapis Air Clearliving Pilihan Saya dan Keluarga

Pengambilan air yang bersih dalam kehidupan seharian adalah sangat penting. Ini bagi memastikan air yang kita nikmati setiap hari tidak mempunyai kuman atau bakteria yang boleh menyebabkan punca pelbagai penyakit.


Untuk info air yang bertakung/disimpan dari tangki dan juga paip yang mungkin berkarat memang sangat merbahaya kepada kesihatan badan untuk jangka masa yang panjang. Kebiasaannya air yang disimpan didalam tangki juga mengandungi klorin bagi mengelakkan pembiakan bakteria. Walau bagaimanapun, ianya sangat berbahaya kepada kesihatan kita kerana ianya boleh menyebabkan masalah imun badan, jantung, dan sistem pernafasan seperti asma serta sakit jantung. Air yang tinggi klorin juga boleh menyebabkan masalah kulit seperti kulit kering, kedutan awal dan ruam merah.

Bukan itu sahaja, kehadiran klorin sebernarnya boleh mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak. Ia boleh menyebabkan mata merah dan kerengsaan kulit. Selain Klorin, air juga boleh mengandungi bahan berbahaya lain seperti  fluorida, plumbum, kuprum, lumpur dan pasir.

Seperti saya dan keluarga mendiami rumah yang agak berusia, paip rumah memang sudah lama dan berkarat. Kebarangkalian air tercemar dengan karat dan logam berat memang sangat tinggi.

Diperkenalkan Dengan Penapis Air Clearliving
Penapis Air Clearliving CL-99  direkabentuk untuk membantu mengurangkan bahan cemar yang tidak dapat ditapis oleh penapis luar dan pra-penapis, seperti plumbum, klorin, logam berat, VOC, kekeruhan, bau dan rasa yang tidak enak tetapi masih meninggalkan semua mineral penting dalam kandungan air.

Terdapat 2 jenis model iaitu Model K dan Model P. Kita boleh pilih yang sesuai dan menjadi keperkuan keluarga.

Model K ianya datang bersama dengan hos 1/2 inci, sesuai untuk dipasangkan di bahagian berikut:-
– Di bawah sinki dapur untuk penyediaan makanan harian
– Besen bilik air untuk mencuci muka dan memberus gigi
– Stesen air untuk mencuci dan membersihkan


Model P ianya datang dengan tiub 1/4 inci, sesuai untuk tujuan penggunaan minuman harian. Ianya bersambung terus dengan paip minuman, mempunyai paip dispenser dan terdapat dua hala injap.


Penapis Air Clearliving Model P Pilihan Saya dan Keluarga
Disebabkan saya tidak mempunyai penapis di bahagian luar jadinya saya telah memilih penapis air Clearliving Model P. Apatah lagi kehidupan saya sebagai seorang ibu yang akan memasak hampir setiap hari. Jadi dalam memastikan setiap penggunaan air dalam masakan itu benar-benar bersih saya perlu memilih penapis air yang terbaik.


Selain itu dengan adanya penapis air Clearliving ini memudahkan anak-anak saya untuk mendapatkan air yang benar-benar ditapis bersih. Ini kerana anak-anak saya memang didik untuk mengambil air putih minuman setiap hari sekurang-kurangnya 1-liter setiap hari.  Dengan kartrij 2 dalam 1, memberi 2 kali penyaringan yang lebih bersih sekaligus dapat memastikan kecekapan penapisan, konsistensi serta kapasiti penahan kotoran yang lebih baik. 


Cara pemasangan boleh dilakukan sendiri tidak perlu kepakaran khas untuk memasangnya. Bersama bantuan manual yang mudah difahami, suami saya dapat memasangnya tidak sampai 15 minit. Sangat mudah dan praktikal.
 

Hanya pastikan ianya diletakkan berdekatan dengan kawasan sinki bagi memudahkan kita mengambil air untuk tujuan memasak dan minum.

Air putih yang cukup bersih

Memang saya rekomen jenama Clearliving bagi mereka yang mencari penapis air yang terbaik. Ditawarkan pada harga cukup menarik dan paling penting keupayaannya untuk menapis sangat cemerlang.

Ternyata penapis air Clearliving menyokong gaya hidup sihat saya sekeluarga!

Untuk info lanjut boleh layari https://clearliving.my/cl-99-water-filter

Penapis Air Clearliving Pilihan Saya dan Keluarga Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 19, 2022 Rating: 5

8 comments:

  1. Betul tu. Sekarang memang wajib dah ada penapis air di rumah agar seisi keluarga lebih sihat dan terjaga.

    ReplyDelete
  2. Boleh di katakan hampir semua orang faham akan kebersihan air minuman dan semua dah banyak guna penapis air ;) boleh la nak cuba penapis air dari clearliving pula lepas ni

    ReplyDelete
  3. Zaman sekarang memang kena minum air yang telah ditapis baru yakin akan kebersihan airnya. First time dengar pasal Clearliving ini.. Office pun nak pasang penapis air. boleh la rekomen produk ini pada Boss

    ReplyDelete
  4. penapis air camni dah jadi wajib ada dirumah. especially selangor..thanks sharing brand ni.

    ReplyDelete
  5. Betul kan kak! Nell pun ada concern yang sama la, boleh consider go for this untuk pastikan water supply kat rumah betul2 bersih untuk kegunaan harian...

    ReplyDelete
  6. Every home must have a unit of this for clean & safe drinking water, help thanks 👍🏻 for sharing your own experience with this brand. Will check out for more info. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  7. Penting air yang kita consume ni bersih. Sebab ia untuk seisi keluarga. Penapis air mcm ni tak perlu bayar bulanan lagi bagus. Boleh berjimat. Hanya tukar filter bila dah sampai waktu.

    ReplyDelete
  8. Agree, clean water is important for our overall health and well-being

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.