Pesta Malam Tahun Baru (NYE) CITTA Mall, Mengakhiri Tahun 2022 Dengan Cara Cukup Bermakna

 Tahun 2022 merupakan tahun yang cukup mencabar buat masyarakat Malaysia. Dalam dua belas bulan yang lalu, menyaksikan pelbagai perkara yang berlaku. Antaranaya seperti berlakunya wabak Covid, perubahan dalam kepimpinan negara, Argentina akhirnya memenangi Piala Dunia dan terkini kisah tanah runtuh di Batang Kali yang meragut 31 nyawa.

Banyak yang kita perlu belajar dari setiap insiden yang berlaku. Apa yang penting tahun baru kita mulakan dengan sesuatu yang baru. Kita raikan dengan cara sederhana tapi cukup bermakna, bersama harapan tahun 2023 lebih banyak kisah-kisah manis yang hebat dan cemerlang buat negara kita.


Pada tahun ini, CITTA Mall juga telah berkaloborasi bersama Lions Club of Sunway Damansara Metro bagi mendapat kutipan dalam membantu mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur. Selain itu setiap kutipan derma dari pengunjung di Pesta Malam Tahun Baru (NYE) CITTA Mall akan terus disalurkan kepada Tabung Bantuan Bencana Negara.


Pesta Malam Tahun Baru (NYE) CITTA Mall
Setelah 2 tahun, tiada pesta tahun baru diadakan di Citta Mall. Kini bagi membuka lembaran baru. Pesta Malam Tahun Baru (NYE) CITTA Mall bakal dianjurkan pada hari Sabtu 31 Disember 2022. Walaupun tahun ini tidak diadakan persembahan bunga api. Namun terdapat ramai artis Malaysia yang hadir membuat persembahan. 

Antara yang hadir kumpulan underground Lost Radio serta selebriti hebat yang lain seperti Hazami, Dina Nadzir, 6ixth Sense dan Baki Zainal. Sepanjang acara akan diselang-selikan dengan persembahan tarian K-street oleh kumpulan tarian K-Pop tempatan. Nak tahu siapa, kena datanglah ke Pesta Malam Tahun Baru (NYE) CITTA Mall.
\
Hazami

Selain itu, penonton yang hadir juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah dan ini termasuklah tiga TV Android yang  ditaja oleh penaja utama Parti NYE, iaitu Viu Malaysia. Untuk info hadiah yang ditawarkan bernilai sehingga RM15,000  tajaan dari kedai-kedai di CITTA Mall, antaranya seperti Sofana Hearing Care Centre, The Chicken Rice Shop, Chilli's, Happy Lemon dan pelbagai lagi.

Baki Zainal

Dina Nazir
Ini sebagai tanda terima kasih kami kepada orang ramai yang telah menyokong CITTA Mall dalam melaui masa yang terbaik dan juga ketika masa paling teruk,
John Tam, Pengurus Besar untuk CITTA Mall.


Pesta NYE CITTA Mall bermula pada 8:00 malam, namun begitu pengunjung digalakkan untuk tiba awal bagi mendapatkan tempat menonton yang lebih hebat iatu berdekatan dengan pentas.Beberapa kedai F&B CITTA Mall juga akan dibuka sehingga lewat malam bagi memenuhi keperluan orang ramai mungkin kelaparan selepas persembahan.

Meraikan tahun baru di CITTA Mall adalah satu alternatif terbaik terutama buat penduduk kejiranan tanpa mereka perlu untuk keluar meraikannya di kawasan yang jauh dan mengambil masa untuk ke tempat tersebut. Pastinya Pesta Malam Tahun Baru (NYE) CITTA Mall dapat memberi rasa kegembiraan dan keselesaan.

Untuk maklumat lanjut  boleh lawati halaman Facebook CITTA Mall di https://www.facebook.com/CITTMall.

Pesta Malam Tahun Baru (NYE) CITTA Mall, Mengakhiri Tahun 2022 Dengan Cara Cukup Bermakna Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 30, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.