TEDBOY Meraikan Ulangtahun Yang Ke 10

Tahun ini genap 10 tahun TEDBOY beroperasi di Malaysia. Mula beroperasi pada tahun 2012 TEDBOY sememangnya cukup popular dikalangan peminat roti dan pastri. Bagi meraikan ulangtahun ke 10, TEDBOY mengadakan "A Decade of Brand Promise" yang turut disertai rakan-rakan kerjasama yang lain.


Pemganjuran acara ini juga sebagai tanda komitmen TEDBOY terhadap ketelusan, akauntabiliti dan tumpuan pada penawaran makanan yang lebih baik kepada keluarga Malaysia. Ianya juga untuk mendidik orang ramai; terutamanya generasi muda tentang masa depan yang mampan di dalam
industri makanan, 

Acara A Decade of Brand Promise" telah diadakan pada 26 November 2022 di The School, Jaya One (penaja lokasi) yang turut disertai  The Lost Food Project, Kechara Soup Kitchen, The Ground Control, Boom Grow, Cucuk Tanam, 3rd Day Blossom, Kloth Cares, Biji-biji Initiative, PALMY, Bungkus, Fuze Ecoteer, First Pick, Kuala Lumpur Sketch Nation, Ayayu, Xiapism dan Nestle.



Pengasas TEDBOY Edward Tan dan Patrina Tang telah merasmikan acara dan seterusnya disusuli dengan beberapa aktiviti yang disediakan khas untuk pengunjung, Antaranya seperti sesi bual bicara yang membincangkan topik seperti Composting Food Waste dan The Lost Food.

TEDBOY was founded on the principle that freshly baked goods should be safe for children. We do not just aim to spearhead the agenda of providing freshly baked goods that have ingredients that all of us recognize without any artificial flavours or preservatives, we also aim to reduce the environmental impact in the food industry by using recyclable packaging and reducing food waste in the supply chain
Edward Tan. Pengasas TEDBOY



Selain itu beberapa siri bengkel turut diadakan bersama rakan kongsi yang mengambil bahagian. Antaranya seperti bengkel Coffee Painting, Upcycling Plastic Pouch dan Kokedama.


Pengunjung juga berpeluang mendapatkan informasi daripada rakan-rakan kongsi yang membuka booth di situ. Ini termasuklah tentang kempen yang sedang dijalankan, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Boom Grow

Ground Control Dot My

Cucuk Tanam

Kl Sketch Nation

Kloth Cares

Ayayu Kids

Skpk Selangor


Dan saya sendiri berpeluang mengumpulkan 10 sticker dari antara 10 booth yang mengambil bahagian dan berpeluang memenangi hadiah misteri dari cabutan bertuah di meja urusetia. Penutup acara adalah cabutan bertuah hadiah utama pada 6.30 petang yang mana menawarkan hadiah vacuum wireles yang bernilai ribuan ringgit.

 TEDBOY sentiasa percaya untuk memberi kembali kepada masyarakat dengan melibatkan secara aktif memberikan pastri dan roti yang baru dibakar dan seterusnya diedarkan kepada rumah kebajikan di Lembah Klang dan Selangor. Ini juga dengan bantuan serta sokongan dari pelbagai organisasi seperti The Lost Food Project, Kechara Soup Dapur, The Living Hope dan banyak lagi.

Kechara Soup Dapur

The Lost Food Project

Untuk butiran lanjut tentang TEDBOY, boleh layari www.tedboy.com 

TEDBOY Meraikan Ulangtahun Yang Ke 10 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 01, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.