Majlis Iftar NOIR Yang Cukup Meriah

Majlis Iftar NOIR Yang Cukup Meriah- Kemeriahan majlis iftar di bulan ramadhan memang pasti meninggalkan kenangan yang cukup manis. Apatah lagi jika kita dapat raikan dengan golongan yang terpilih sekaligus dapat berkongsi rezeki serta kegembiraan bersama mereka.


NOIR Health & Beauty Sdn. Bhd. juga tidak ketinggalan untuk meraikan anak-anak yatim pada tahun ini. Seramai 31 orang anak-anak yatim dan 7 orang penjaga dari Pusat Jagaan Telaga Kasih Nur Muhammad, Kota Damansara telah dijemput khas bagi menerima sumbangan Aidilfitri berupa sepasang baju melayu dan baju kurung beserta duit raya setiap seorang.


Keseronokan anak-anak terpancar di wajah masing-masing. Apabila diraikan dalam satu majlis iftar yang cukup meriah.


Peraduan Cantik & Menang
Majlis iftar NOIR diserikan lagi dengan penyampaian hadiah bagi Peraduan Cantik & Menang kepada Puan Normah Binti Mohd Yaman dari Kuantan, Pahang yang telah terpilih sebagai pemenang sulung bagi peraduan ini. Puan Normah yang ditemani suami dan anak lelakinya telah membawa pulang hadiah RM 10,000.00 tunai pada malam tersebut.

Rezeki Puan Normah

Untuk pengetahuan semua, Peraduan Cantik & Menang telah dilancarkan bersempena dengan Anugerah Juara Lagu ke-36 yang menyaksikan NOIR sebagai penaja utama program hiburan berprestij tersebut yang menawarkan hadiah berjumlah RM 100,000.00. 

Peraduan tersebut boleh disertai dengan membeli mana-mana produk NOIR sekurang-kurangnya RM 50.00 dalam satu resit pembelian dan pemilihan pemenang akan dibuat pada setiap bulan dan pemenang berpeluang membawa pulang hadiah RM 10,000.00 tunai.   

Program CSR NOIR
Selain Majlis Iftar bersama anak yatim, NOIR juga telah melakukan beberapa siri kebajikan sempena Ramadhan dengan memberi juadah berbuka puasa secara percuma kepada orang ramai di beberapa bazaar Ramadhan terpilih di sekitar Lembah Klang.

Madammu pengasas NOIR yang turut hadir mengimarahkan majlis

NOIR merupakan syarikat Bumiputera yang mengeluarkan produk penjagaan kulit dan kosmetik berkualiti tinggi, halal dan premium yang diasaskan oleh Eriyca Baiduri atau lebih sinonim dengan panggilan Madammu yang juga merupakan penaja utama AJL36 yang lalu.

Terima kasih NOIR atas jemputan :-)

Nota kaki: Satu inisiatif program CSR terbaik daripada NOIR menyatuni insan-insan yang terpilih. Moga segala infaq yang dilakukan sepanjang bulan ramadhan sedikit sebanyak menceriakan kehidupan mereka yang memerlukan.


Majlis Iftar NOIR Yang Cukup Meriah Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 28, 2022 Rating: 5

2 comments:

  1. Thanks so much for sharing this meaningful initiative to contribute back to communities this Raya, wish more local corporates will initiate this kind of CSR related activities. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  2. Good job NOIR. Teruskan memberi kepada yang memerlukan dan insyaAllah makin banyak yang akan dikembalikan

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.