StarVendors Mega Raya Fest, Acara Berlangsung Selama 75 Jam Tanpa Henti


StarVendors Mega Raya Fest, Acara Berlangsung Selama 75 Jam Tanpa Henti- StarVendors jenama beli belah yang terbesar di tanah air kini kembali lagi bagi memeriahkan kedatangan syawal tidak lama lagi. Untuk tahun ini StarVendors Mega Raya Fest akan berlangsung selama 75 jam tanpa henti yang mana akan berakhir tepat jam 12 tengahari pada 25 April 2022.


Dan majlis perasmian acara festival ini telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), YB Tan Sri Noh bin Haji Omar di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur. 


Yang Berhormat dalam upacara perasmian StarVendors Mega Raya Fest 2022 menekankan bahawa Kerajaan sentiasa menyokong usaha untuk melahirkan usahawan-usahawan yang berdaya tahan dan berdaya saing. Tambah beliau lagi, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui SME Corp. Malaysia membantu para usahawan dengan membiayai sebahagian daripada kos penyertaan usahawan yang terlibat di festival ini. Usaha ini sekaligus dapat membantu merancakkan semula aktiviti perniagaan agar ekonomi terus berkembang.


Di majlis yang sama Yang Berhormat turut menerima cenderamata daripada beberapa usahawan yang terlibat didalam StarVendors Mega Raya Fest 2022 tahun ini. Antaranya potret istimewa YB dari Doktor Kayu.


Pengarah Urusan dan Pengasas StarVendors Event Sdn. Bhd., Puan Ifa Raziah yang cukup dedikasi dalam memastikan penganjuran festival ini benar-benar mencapai matlamat iaitu festival yang dapat dijadikan satu platform kepada usahawan tempatan khasnya untuk berniaga serta memasarkan produk mereka.


Menurut Puan Ifa Raziah lagi, StarVendors akan menjelajah di beberapa lokasi didalam negara antaranya seperti Kedah, Pahang, Sabah dan Sarawak. Ini membolehkan usahawan yang bersama StarVendors dapat berniaga bukan sahaja tertumpu pada di ibukota bahkan ke seluruh negara.


Selain itu para pengunjung yang berbelanja min RM50 dalam 1 resit dari mana-mana gerai jualan dan juga barangan esklusif StarVendors bernilai dari RM10 layak untuk menyertai Peraduan Shop & Win Havoc. Peraduan ini menawarkan hadiah-hadiah yang cukup lumayan antaranya seperti motor RXZ dan juga pakej menunaikan umrah.

Acara cabutan untuk Peraduan Shop & Win Havoc akan berlangsung pada malam 24 April 2022.  Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob.


Seramai 55 artis terbabit didalam StarVendors Mega Raya Fest 2022 yang turut sama membuka booth produk mereka di sini. Antaranya seperti Dato' Sri Siti Nurhaliza, Dato' AC Mizal, Dato' Sri Vida, Dato' Aliff Syukri, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Fazura, Fattah Amin, Shaheizy Sam, Syatilla Melvin, Dato' Fizz Fairuz, Dato' Jovian Mandagie, Fad dan Acey Bocey. Ke semua artis ini akan turut sama turun padang bukan sahaja datang untuk mempromosikan produk mereka bahkan untuk bertemu sendiri dengan pengunjung yang hadir menyokong perniagaan yang dijalankan.


Macam-macam produk ada antaranya seperti baju raya, kuih-muih raya, minuman, makanan, kerepek dan pelbagai lagi.


Syabas kepada pihak pengajuran terutama Puan Ifa Raziah yang berjaya mengumpulkan ramai usahawan tempatan di bawah satu platform. Tidak dilupa juga pemain-pemain industri yang turut berkaloborasi bersama StarVendors Mega Raya Fest seperti Serifa Beauty, Secret Desire, Origina, SugarBomb, Todak, Doktor Kayu, Semblance dan juga rakan media iaitu Suke.TV, Ideaktiv serta Suria FM.


Jom ke StarVendors Mega Raya Fest 2022 di WTC Kuala Lumpur!!


StarVendors Mega Raya Fest, Acara Berlangsung Selama 75 Jam Tanpa Henti Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 23, 2022 Rating: 5

12 comments:

  1. Bestnya shopping pelbagai, harga pun berbaloi kan. Rawlins sebab sejenis tak sanggup redah jam, maka tak pergi huhu

    ReplyDelete
  2. Seronoknya macam-macam ada di festival Starvendors nih. Senang nak cari baju atau kelengkapan raya satu tempat semuanya.

    ReplyDelete
  3. Sekarang ada banyak Ramadan bazaar do mana2. Saya rasa StarVendors Mega Raya Fest ini sgt bagus utk sekeluarga boleh shopping Dan dpt murah produk2

    ReplyDelete
  4. StarVendors Mega Raya Fest Menarik hehe klu kat dlm wtckl xyah risau hujan kan..
    aritu jalan kat jalan tunku abd rahman, hujan..tak dapat shopping haha

    ReplyDelete
  5. Wowwwww ni yang ramai tunggu kan. Jualan tanpa henti tak memang sakan lah raya tahun ni.

    ReplyDelete
  6. lama dah tak buat event raya macam ni kan. terasa best je nak raya

    ReplyDelete
  7. Perghh punyalah lama 75jam woooo.. ada tu Sis nampak jam 3am ko kat sana soping, memang sampai Subuh laaa ek.. perghhhh

    ReplyDelete
  8. Best tu dpt round kat StarVendors Mega Raya Fest, ramai Artis2 msg2 jual produk, xgi jumpa Kak KM ke😅

    ReplyDelete
  9. Bestnya dapat pergi pelancaran Starvendors. Mesti seronok bleh shopping sekali. Dulu tahun 2019, saya mesti terus beli barang keperluan suami dan anak-anak. Baju mak next round. Penat tau. Hahaha.

    ReplyDelete
  10. Sini pun meriah kan kak Ayu! Nell pergi sini dulu, dapat juga la few pasang baju raya kat sini with great deals.. pergi pagi2 sebelum sahur pun ramai giler orang..

    ReplyDelete
  11. Haritu sempat juga singgah, memang packed la ramai orang shopping kat sini.

    ReplyDelete
  12. wow an interesting concept to do it for 75 straight hours. mmg boleh shop till you drop here!

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.