Majlis Anugerah Graduasi 2021 Sekolah Menengah Setiabudi

Satu majlis meraikan para graduasi Sekolah Menengah Seribudi di Dewan Merdeka World Trade Centre Kuala Lumpur telah diadakan pada malam 1 April 2022.


Majlis Anugerah Graduasi ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Sekolah Menengah Seribudi bagi meraikan para pelajar Tingkatan 5 yang baru sahaja menamatkan pengajian mereka. Seramai 99 orang pelajar yang dirai terdiri daripada pelajar Aliran Sains Tulen, Perakaunan dan Perniagaan.



Di majlis malam penuh gemilang ini juga turut diadakan pemberian penganugerahan kepada pelajar tingkatan 5 yang telah mencapai pencapaian yang membanggakan samada akademik mahupun ko-kurikulum.


Turut hadir menyempurnakan majlis, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Senator Dato’ Dr. Ahmad Masrizal Muhammad. Yang Berhormat telah berbesar hati merasmikan majlis dan beliau turut berasa bangga dengan pencapaian Sekolah Menengah Seribudi yang dulu pernah memberi didikan kepada dua anak beliau.


Moga Majlis Anugerah Graduasi ini dapat menjadi pemangkin dalam merealisasikan segala hasrat dan harapan sepertimana yang terkandung dalam visi serta misi sekolah.


Suntikan semangat dan pengiktirafan yang telah diberikan kepada graduasi secara tidak langsung dapat
menyemai motivasi intrinsik dalam diri mereka agar
lebih cemerlang dan progresif.
Majlis Anugerah Graduasi 2021 Sekolah Menengah Setiabudi Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 02, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.