Koleksi Tudung Turki Cotton Raya 2022 Wany Hasrita x Bidadari House | Rekaan Esklusif, Cantik Digaya, Senang Dibentuk dan Selesa

Koleksi Tudung Turki Cotton Raya 2022  Wany Hasrita x Bidadari House | Rekaan Esklusif, Cantik Digaya, Senang Dibentuk dan Selesa- Nama penyanyi muda Wany Hasrita bukanlah asing dikalangan masyarakat Malaysia. Figura  yang popular dengan lagu Menahan Rindu ini, kini mengorak satu langkah lagi dengan berkolaborasi bersama dengan jenama Bidadari House dengan memperkenalkan koleksi pertama Tudung Turki Cotton Raya 2022.


Koleksi Tudung Turki Cotton Raya 2022 telah dilancarkan pada hari ini 7 April 2022 dan kita boleh mendapatkannya samada membeli di butik ataupun menerusi pembelian di atas talian. 


Keistimewaan Tudung Turki Cotton Raya 2022
Untuk koleksi Tudung Turki Cotton Raya 2022 ditawarkan 30 jenis rekaan plain (kosong) dan 5 jenis bercorak (terdapat 6 warna untuk setiap rekaan tudung bercorak). Tudung yang sememangnya sangat berkualiti, cantik terletak jika dipakai. Rentetan daripada koleksi tudung ini menggunakan fabrik cotton istimewa Turki yang dibawa khas daripada negara Turki itu sendiri.



Terdapat bidang 50' dan 55' sekaligus memberi lebih kelebihan kepada hijabi untuk memilih saiz yang mana mereka lebih gemari,  Ini terutama bagi mereka yang ingin memakai tudung yang lebih labuh ataupun memilih mengikut keselesaan serta kesesuaian mengikut saiz badan.  Dan Tudung Turki Cotton Raya 2022 ini ditawarkan pada harga cukup berpatutan iaitu RM89 sahaja untuk setiap satu.


Koleksi Tudung Cantik dan Esklusif
Melihat kepada koleksi rekaan bercorak Tudung Turki Cotton Raya 2022 memang kita boleh jadi rambang mata. Sangat cantik dan coraknya memang unik tampil begitu esklusif. Ke semua rekaan Tudung Turki Cotton Raya 2022 adalah inspirasi daripada keunggulan kerajaan Uthmaniyyah. Terdapat 5 jenis tudung bercorak dari koleksi Tudung Turki Cotton Raya 2022, iaitu:-
  • Bursa Blossom
  • Marmaris Bold
  • Enes Luxs
  • Istanbul Spring
  • Izmir Vintage
Setiap satu rekaan adalah unik dan punyai konsepnya yang tersendiri. Warnanya juga didatangkan secara esklusif untuk setiap rekaan. Sesuai dengan warna yang sentiasa menjadi pilihan masyarakat Malaysia


Bursa Blossom

Ditawarkan 6 warna pilihan. Fabrik tidak jarang dan labuh. Mudah digosong dan dibentuk. Awning memang on point, sesuai untuk semua jenis bentuk muka.


Rekaan tudung adalah inspirasi bunga-bungaan semasa musim bunga di Istanbul. Simbolik di sebalik rekaan, adalah untuk mengingatkan kita agar sentiasa menghargai apa yang kita miliki sebelum ia hilang. Selain itu rekaan ini juga melambangkan keamanan dan ketenangan yang diberikan oleh alam semula jadi kepada kita.


Marmaris Bold


Tudang yang tidak melekap dan mudah digosok. Fabrik yang 'breathable serta senang dibentuk. Memakai tudung ini biarpun seharian tetap memberi keselesaan. 


Marmaris adalah tempat peranginan yang indah di pantai Aegean di Turki, Tempat pelancongan di Turki yang sentiasa mencuri perhatian pelancong. Ini kerana di sini terdapatnya taman yang indah dengan bunga dan burung merak yang cantik, sebuah muzium kecil dengan barang antik. Peminat seni antik pasti suka akan koleksi rekaan Marmaris Bold :-)


Enex Luxs


Fabriknya sejuk dan selesa dipakai. Ianya juga senang digosok serta senang dibentuk dan juga tidak melekap. Coraknya ada campuran bungaan dan grafik.


Jika kita melihat nama Enes mengingatkan kita kepada pemain bola sepak dan juga pemain bola keranjang yang popular dan keduanya dari Turki. Rekaan koleksi ini mengambil inpirasi kejayaan dan pencapaian 2 bintang sukan di Turki.


Istanbul Spring

Fabrik istimewa di Turki ini memang senang dibentuk dan digayakan. Saya sendiri suka dengan semua warna yang ditawrkan dari koleksi ini. Sesuai dengan nama koleksi Istanbul Spring, fabriknya sejuk menjadikan kita rasa selesa memakai biarpun seharian.


Musim bunga tulip di Istanbul berlakunya setiap tahun dari 9 April hingga 30 April. Untuk info walaupun sering dianggap bunga tulip berasal dari Belanda, tetapi sebenarnya ianya diimport oleh orang Turki yang berada di Eropah pada zaman Empayar Uthmaniyyah. Dan rekaan tudung ini juga inpirasi daripada lambang kesultanan.


Izmir Vintage

Corak yang sangat cantik. Fabrik lembut dan senang dibentuk.


Koleksi adalah inpirasi bandar İzmir juga dikenali sebagai Smyrna merupakan bandar ketiga paling ramai penduduk di Turki dan mempunyai pelabuhan kedua terbesar selepas Istanbul. Bandar ini terletak di Teluk İzmir, berhampiran Laut Aegean. 

30 jenis rekaan plain (kosong)


Terdapat juga tudung plain yang tidak bercorak dengan 30 warna menarik dibawah koleksi Tudung Turki Cotton Raya 2022. Dan untuk sehelai tudung plain (BCT), harga ditawarkan adalah RM49 sahaja.


Pembelian Kombo Lebih Berbaloi


Dengan setiap pembelian sehelai tudng dari koleksi Enes Luxs, Istanbul Spring dan Izmir Vintage anda diberikan hadiah istitimewa iaitu Ziplock bag dan juga 5 keping sampul raya esklusif Bidadari House. Lebih berbaloi lagi jika anda membeli 3 tudung dengan hanya RM229, anda akan menadapat 1 lagi tudung PERCUMA serta kotak raya esklusif Wany Hasrita, 3 sampul duit raya esklusif, 5 sampul duit raya Bidadari House dan penghantaran PERCUMA.  



Manakala untuk Marmaris Bold dan j uga Bursa Blossom ditawarkan pada 3 harga istimewa samada pembelian individu mahupun secara kombo. Anda boleh pilih samada pembelian sehelai RM89, Kombo 3 helai RM229 dan juga kombo 3 helai tudung bawal plain + 3 tudung dengan rekaan turki pada harga RM329 sahaja. Semua pembelian akan ada hadiah yang diberikan dan ini sangat berbaloi ya!


Jom Dapatkan RM10 Diskaun
Istimewa untuk Tudung Turki Cotton Raya 2022 anda boleh dapatkan diskaun RM10 untuk setiap pembelian dengan mengisi maklumat di talian ini  : https://www.bdr.house/BHRM10Raya

Bagi yang ingin mendapatkan koleksi Tudung Turki Cotton Raya 2022, boleh layari :-
👉https://www.bidadarihouse.com 

Bidadarihouse (walk-in)
58-3, Petaling Utama Avenue, Jalan PJS 1/50, 46150 Petaling Jaya, Selangor,

Keterangan lanjut boleh layari : https://www.bidadarihouse.com

Koleksi Wany Hasrita x Bidadari House begitu istimewa,
Tudung turki esklusif dibawa ke Malaysia,
Rekaan esklusif, senang dibentuk, cantik digaya,
Tampil pesona aura menyerlah di pagi raya :-)

#TudungCottonTurkibyWanyHasrita #TudungCottonTurki #WanyHasrita #Raya2022
Koleksi Tudung Turki Cotton Raya 2022 Wany Hasrita x Bidadari House | Rekaan Esklusif, Cantik Digaya, Senang Dibentuk dan Selesa Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 07, 2022 Rating: 5

14 comments:

  1. Memang menarik. Boleh lah belikan untuk yang tersayang

    ReplyDelete
  2. Manis la pulak design Wany Hasrita x Bidadari House ni. Memang tengah mencari tudung raya I dan Dania ni nak matching dengan baju raya.

    ReplyDelete
  3. Rawlins seriously fell in love dengan tudung nie - design cantik, warna lembut. Memang sesuai dipakai di apa jua acara

    ReplyDelete
  4. kita sukaaa, kita da beli satuuu hihihihih

    ReplyDelete
  5. Bidang besar memang ramai yang mencarinya, Sis pun suka design dia, banyak gak pilihan tu, beli combo lagi jimat kannnn..

    ReplyDelete
  6. Banyak pilihan, semua kenan...aduhhhh kuat betul dia racunnn...rambang mata.. macam maana ni hehehe

    ReplyDelete
  7. Cantik dan juga design exclusive sangat memang perlu lah semua wanita kena ada koleksi ni terbaikkkk...

    ReplyDelete
  8. Koleksi Enes Luxs memang menarik perhatian betul la...dah la warna soft, corak pun tak berat sgt...ishh!

    ReplyDelete
  9. Murah dan cantik2 ye koleksi tudung ni.. sgt mampu milik juga kan.. boleh beli as a gift la macam ni since birthday kawan2 dah around the corner..

    ReplyDelete
  10. Ala lawanya koleksi dia! Dah la material fav saya. Boleh buat tudung raya ni.

    ReplyDelete
  11. Cantik nyer this collection of tudung, be it the colors, designs, and material look so so elegant.

    ReplyDelete
  12. Cantik nya design turki tuuu .. kita dah tergoda dibuatnya. Material pun nampak selesa dan berkualiti. Nanti nak grab laa selai dua

    ReplyDelete
  13. Berkenan betul dgn tudung ni..sure ayu je kalau sis pakai kan

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.