Review Movie di Netflix : Major Grom Plague Doctor


Katanya filem ini adalah adaptasi dari komik Rusia yang cukup popular iaitu Major Grom; by: Artyom Gabrelyanov; Evgeny Fedotov. Dan ianya di bawah arahan pengarah muda yang hensem (kahkah) iaitu Oleg Trofim.

Kisahnya mengenai Pegawai polis Rusia, Igor Grom (Tikhon Zhiznevskiy), seorang polis yang suka bekerja sendiri, membuat tindakan tanpa mengikut undang-undang tetapi kerap menyelesaikan masalah jenayah dengan caranya yang tersendiri. 

Setiap kali Igor nak menyelesaikan masalah beliau akan memikirkan kemungkinan apa yang akan terjadi sekiranya menikut cara A, B atau C. Agak unik jugalah cara penyampaian jalan cerita filem ini. Sungguhpun begitu Igor dikelilingi rakan kerja yang terbaik termasuklah bosnya, Fyodor (Aleksey Maklakov) yang merupakan sahabat baik ayahnya dan mentor Igor.

Satu perbicaraan meibatkan "budak kaya" Kirill Grechkin yang mana dia telah dituduh memukul sehingga mati seorang gadis dalam kereta. Walaupun ada bukti yang menyokong tindakannya tetapi Grechkin dibebaskan. Ini menyebabkan saudara lelaki si mati, Lyosha Makarov mengesyaki mahkamah mengambil rasuah. Jutawan IT Sergei Razumovsky, pengasas rangkaian sosial Vmeste, dan rakannya Oleg Volkov, yang dibesarkan di rumah anak yatim yang sama dengan gadis yang meninggal turut marah dengan keputusan mahkamah. Pada masa yang sama, video Plague Doctor muncul di internet dengan keadaan bertopeng, baju tempur, bersenjatakan bom dan senjata api telah berjanji untuk “membersihkan” kota Saint Petersburg dengan segala penipuan. 

Plague Doctor telah membunuh ramai orang kononnya  membunuh orang jahat dan ada juga melibatkan orang yang tidak bersalah. Keadaan semakin  tidak terkawal kerana berlaku begitu banyak pembunuhan.

Igor Grom berusaha menyelesaikan masalah pembunuhan yang semakin berluasa ini dan gigih mencari Plague Doctor yang kini dianggap sebilangan masyarakat sebagai wira. Pegawai FSB Evgeny Strelkov, yang tiba dari Moscow telah campur urusan polis dan dia juga mempunyai misi untuk menangkap Plague Doctor . Begitu juga dengan Igor dan pelatih barunya Dima Dubin sepatutnya menyelesaikan kes kecurian tetapi mereka berdua gigih menyiasat mengenai  Plague Doctor


Pelbagai cabaran yang mereka perlu tempuhi. Dan pada masa yang sama  Igor Grom telah bertemu dengan wartawan dan blogger Yulia Pchyolkina, yang sama-sama menjejaki Doktor Plague untuk cerita di blognya.

Igor Grom terperangkap dan menyebabkan beliau telah dituduh orang di sebalik Plague Doctor. Dalam keadaan bandar Saint Petersburg yang makin kelam kabut dengan pemberontakan dari penyokong Plague Doctor. Igor bersama Dima dan Yulia bersama-sama membuat misi terakhirnya memerangkap Plague Doctor yang sebenar.

Siapakah sebenar Plague Doctor?
Hah...

Jalan cerita best!  Ada part plot twist tapi bukan di pengakhiran cerita. Memang menghiburkan, filem aksi ada sedikit suntikan komedi dan saya rekomen untuk korang tengok. Macam biasa di Netflix :-)

Review Movie di Netflix : Major Grom Plague Doctor Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 15, 2021 Rating: 5

6 comments:

  1. Sekarang platform Netflix menjadi pilihan utama sekarang ini. Not bad cerita ini , lepas ini boleh Naim layan

    ReplyDelete
  2. Marsha dah tengok ni kak ayu 2 hari lepas...best! Lawak betul Igor ni. Ingat ke dia boleh undur masa. Banyak kali scene sama..kiki

    ReplyDelete
  3. Rasanya anak bujang tu tengok dah ni, nanti tanya dia, dia bab cite gini dia suka..

    ReplyDelete
  4. Malam tadi baru tengok sikit jer lepas tu mengantuk dan masuk tidur. Nanti9 nak sambung tengoklah lagipun movie ni masih dalam top 10 di Netflix

    ReplyDelete
  5. tak pernah dengar nama movie nie, pelakon pon x berapa nak familiar. genre dia macam tak berapa berkenan tp bolehlah give it a go nanti. kalau ada masa nk tonton jugak

    ReplyDelete
  6. Great post, and great website. Thanks for the information! Fumigacion

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.