MENTHOLATUM THERAPY LIP BALM KINI DENGAN CORAK KITTY KAT EDISI TERHAD

Pemakaian penutup muka di tempat awam adalah wajib untuk kita terus memerangi jangkitan Covid-19. Walaupun kita semua tahu bahawa ini akan membantu mencegah jangkitan virus, penggunaan topeng yang berpanjangan terutamanya di bawah cuaca panas dan lembap boleh menyebabkan bibir kering dan pecah. Oleh itu, bawalah balsam bibir bersama anda untuk memastikan bibir kekal lembap dan terlindung.


Therapy Lip Balm BAHARU Mentholatum ini datang dengan pelbagai ciri menarik dan kini juga dilengkapi dengan corak Kitty Cat Edisi Terhad untuk menawarkan penampilan yang lebih muda dan menarik untuk anda!


Tidak seperti balsam bibir lain di pasaran, Kitty Cat Lip Balm terbaharu dirumus khas untuk membantu memperbaiki dan melembapkan bibir kering dan pecah-pecah. Ia mengandungi Minyak Daun Eucalyptus Globulus dan Minyak daun Pinus Sylvestris yang mempunyai sifat rawatan antiseptik dan anti-radang yang berkesan. Ia juga mengandungi Camphor untuk penyembuhan bibir kering, dan pecah-pecah dengan berkesan.


Selain manfaat perawatan yang berkesan, ia juga diformulasikan dengan Lanolin sebagai bahan pelembap utama yang berfungsi sebagai emolien untuk melegakan dan melembapkan bibir.


Balsam bibir ini juga menawarkan sensasi sejuk segar semasa anda mengoleskannya ke bibir. Oleh itu, jangan sekali-kali keluar rumah tanpa menggunakan Kitty Cat Therapy Lip Balm terutamanya dalam cuaca panas ini kerana ia juga menawarkan perlindungan UV dengan SPF 15. Tidur dengan penyaman udara? Pakai Kitty Cat Therapy Lip Balm sebelum tidur untuk memastikan bibir anda sentiasa lembap!



Anda hanya perlu pulas sahaja sekarang untuk melembapkan dan menyembuhkan
bibir anda! Pastikan anda membeli Kitty Cat Therapy Lip Balm edisi terhad ketika
mengunjungi farmasi nanti, dan gunalah balsam bibir ini di mana sahaja, bila-bila
masa dan bila diperlukan untuk memastikan bibir anda lembap! Mentholatum Kitty
Cat Therapy Lip Balm dijual pada harga RM14.90 (3.5g).

MENTHOLATUM THERAPY LIP BALM KINI DENGAN CORAK KITTY KAT EDISI TERHAD Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 17, 2021 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.