‘Hari Nasi Lemak MB’ Kini Kembali Lagi!

‘Hari Nasi Lemak MB’  Kini Kembali Lagi!
"Tell me you're Malaysian, without telling me you're Malaysian".
Ahah! Salah satunya tentulah Nasi Lemak! Hidangan yang biasanya menjadi pilihan ketika sarapan, lewat malam atau bila-bila masa sahaja. Percayalah! Jika kita pergi ke negara mana sahaja, tetap akan merindui hidangan autentik di Malaysia iaitu nasi lemak :-)

Nasi lemak digambarkan sebagai simbol pepaduan. Bayangkan didalam satu pinggan kebahagiaan adanya nasi lemak (dimasak santan), sambal ikan bilis, telur dan timun. Dan apabila pelbagai bahan dan ramuan ini digabung menjadi satu rasa yang cukup harmoni ternyata memberi kebahagiaan perut yang cukup luar biasa. Seperti kita masyarakat Malaysia, kerukunan dan  keharmonian menjadi asas wujudnya perpaduan.


Tapi untuk Nasi Lemak MB dapat menggandakan lagi kebahagiaan. Bayangkan didalam satu set hidangan adanya 1 ketul Marrybrown's Crispy Chicken, nasi lemak (yang dimasak bersama santan dan daun pandan), sambal autentik MB, kacang ranggup, ikan bilis, hirisan timun dan papadom. Waduh!! Macam-macam ada.  Bertambah bahagia, lebih berselera, hidangan memikat jiwa :-)



Dan tahun 2021 merupakan tahun kedua Marrybrown menganjurkan Hari Nasi Lemak MB. Nah! Sebagai jenama lokal rangkaian restoran makanan segera halal terbesar di Malaysia selama 40 tahun lamanya ternyata Marrybrown begitu komited untuk menyemarakkan lagi kedatangan bulan kemerdekaan Malaysia pada bulan Ogos ini dengan menganjurkan Hari Nasi Lemak MB. 

Yerp! Bersempena dengan Hari Nasi Lemak MB, kita boleh dapatkan tawaran hebat Promosi Beli 1 Percuma 1 Nasi Lemak MB menerusi aplikasi membeli-belah atas talian -Shopee. Hanya 10,000 pek Nasi Lemak MB ditawarkan untuk Promosi Beli 1 Percuma 1 ni tau. Jadi ianya memang tawaran esklusif dan terhad.


Secara ringkas keterangan pembelian Promosi Beli 1 Percuma 1 Nasi Lemak MB adalah seperti berikut:-

Tarikh       :  Ahad, 1 Ogos 2021
Masa        :  Bermula jam 12 tengah malam dan seterusnya
Platform   : Shopee Rasmi Kedai Marrybrown (Pautan web hanya berfungsi di telefon bimbit) https://shopee.com.my/universal-link/localservice/brands/158923?deep_and_deferred=1&dp_from_source=XX

Untuk info, 1 Ogos adalah merupakan Simbolik “Hari Nasi Lemak MB” di Marrybrown, akan tetapi korang  juga boleh mendapatkan tawaran menarik di setiap 1 hari bulan di bulan berikutnya. Untuk keterangan lanjut mengenai promosi Hari Nasi Lemak MB boleh layari:-

Jom! Ajak kawan, keluarga, jiran tertangga untuk dapatkan promos nasi lemak MB di Shopee. bersempena dengan Hari Nasi Lemak MB. Serius tidak rugi,!


#HariNasiLemakMB
#HidanganKebanggaanKita
#Marrybrown #MarrybrownMY
#SomethingDifferent #MB40thAnniversary
#MBxShopee
#ShopeeMY

‘Hari Nasi Lemak MB’ Kini Kembali Lagi! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 30, 2021 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.