Kempen Pertama Danone Specialised Nutrition bersama Shopee memberi inspirasi untuk pilihan lebih sihat

Danone, syarikat makanan dan minuman multilokal yang khusus d alam produk makanan berkhasiat dan kategori yang berkembang pesat, bakal bekerjasama dengan platform e-dagang terkemuka Asia Tenggara dan Taiwan, iaitu Shopee.


Menerusi acara pertama Hari Super Brand di Malaysia, Danone bergabung dengan Shopee Mall untuk melancarkan kempen ‘Our Health, My Choice’ (Kesihatan Bersama, PilihanKu). Melalui kempen ini, pelanggan boleh mengakses portfolio produk Danone Specialised Nutrition. Portfolio Danone
Specialised Nutrition di Malaysia memberi tumpuan kepada produk susu formula tumbesaran kanak-kanak. Dengan situasi semasa ketika ramai berbelanja dalam talian membeli produk kesihatan, kerjasama pintar ini bertujuan menyokong seisi keluarga dalam membuat pilihan berkhasiat serta memperoleh maklumat tentang keperluan khasiat yang bersesuaian. Sejajar dengan misi membawa kesihatan menerusi makanan kepada seramai yang mungkin, Danone memastikan portfolio produknya menyediakan zat makanan dan khasiat yang sesuai dengan setiap peringkat umur menerusi pengambilan nutrien yang terbukti secara kajian.

Deborah Chong, Ketua E-Dagang, Danone Specialised Nutrition Global berkata, “Kita telah menyaksikan pertumbuhan dalam talian yang menakjubkan, termasuk peningkatan 20 kali ganda di Asia Tenggara semasa kempen Shopee 12.12 Birthday Sale tahun lepas. Semakin lebih ramai
beralih kepada platform e-dagang seperti Shopee bagi mendapatkan produk pilihan yang boleh dipercayai dengan cara lebih selesa, kami yakin kerjasama ini mampu meningkatkan tumbuhan
dalam pasaran di rantau ini. Kesihatan pengguna adalah keutamaan kami, dan Kempen Hari Super Brand yang mengutamkan kepada tema “Kesihatan Bersama, PilihanKu” adalah cara kami
menunjukkan penghargaan kepada pelanggan, iaitu dengan memberikan akses maklumat secara mudah tentang produk yang menyumbang kepada kesihatan dan keperluan zat pemakanan masing-masing.

Danone bakal menerbit dan mengedar Panduan Membeli-belah Pilihan Pembeli (Shopper’s Choice Shopping Guide) bagi membantu pengguna membuat pilihan tepat terhadap produk yang sesuai untuk keperluan kesihatan, dengan mengguna alat ‘engagement’ Shopee. Panduan lengkap ini akan mengetengahkan produk terlaris Danone dengan ulasan pengguna, menerusi isi kandungan yang menarik, merangkumi pengetahuan tentang zat pemakanan dan khasiat bersesuaian untuk setiap peringkat umur dan pelbagai keperluan kesihatan.

Benoit Delater, Pengarah Pembangunan Komersial Danone menambah, 
Danone bangga dapat berganding dengan Shopee bagi mencapai misi dalam memberi pilihan yang lengkap lagi mudah terhadap zat pemakanan dan khasiat kepada para pengguna yang lebih prihatin.
Sememangnya portofolio produk kami mampu menyempurnakan keperluan zat pemakanan terkhusus di samping menggalakkan pengambilan khasiat makro dan mikro yang diperlukan, ke arah imbangan pemakanan terbaik lagi menyihatkan. Kami sangat teruja mengguna kelebihan Shopee yang semakin diterima ramai merentas perantauan luas serta memapar alat ‘engagement’ seperti Brand Membership yang berhubungan tinggi serta menyediakan nilai terbaik kepada pelanggan sepanjang tahun. Pengguna juga boleh berjimat dan mendapat ganjaran hebat dari kedai rasmi kami setelah menyertai keahlian secara percuma dengan Danone.


Ian Ho, Pengarah Urusan Regional Shopee, turut menambah, 
Dengan pertumbuhan sebanyak 2.5 kali ganda dalam kadar tontonan berbanding dengan tahun lepas, siaran langsung telah menjadi elemen utama pengalaman membeli-belah dalam talian di rantau ini. Shopee Live, saluran siaran langsung Shopee telah berkembang menjadi kaedah efektif bagi pihak jenamameraih dan menghubungi pelanggan, mempamerkan produk dan mengalakkan pembelian secara spontan. Kini, kami bekerjasama rapat dengan jenama berlainan menerusi kempen seperti 8.8 Brands Festival yang membolehkan jenama peserta mengguna kelebihan alat ‘engagement’ interaktif bagi mendapat perhatian rakyat Malaysia. Kami amat teruja melihat lebih banyakjenama seperti Danone menggabungkan isi hiburan dan pendidikan dalam kempen mereka.

Bermula 15 Julai, para pembeli bakal menikmati pelbagai tawaran eksklusif di Shopee Mall, termasuk: 
● Hadiah Menarik dengan Belian: Dapatkan hadiah menarik dengan pembelian produk
Danone Specialised Nutrition dari Dugro, Mamil & AptaGro 
● Pakej / tawaran istimewa untuk penjimatan lebih: Dapatkan tawaran karton eksklusif dan jimat sehingga 30%. Rebut baucar diskaun masa terhad yang bernilai sehingga RM40 
● Dapatkan mata ganjaran kesetiaan dengan keahlian Jenama Dugro: Dapatkan mata
ganjaran dengan setiap pembelian Dugro dengan tebus produk atau hadiah eksklusif di laman ‘Brand Membership’

Untuk maklumat lanjut mengenai Hari Jenama Danone, sila kunjung
Dugro - https://shopee.com.my/dugro.os
Mamil - https://shopee.com.my/mamil.os
AptaGro - https://shopee.com.my/aptagro.os
Milnutri - https://shopee.com.my/milnutri.os
Muat turun aplikasi Shopee secara percuma di App Store atau Google Play.

Kempen Pertama Danone Specialised Nutrition bersama Shopee memberi inspirasi untuk pilihan lebih sihat Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 14, 2021 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.