Review Movie di Netflix : Keeping Up With The Joneses

Filem ini ditayangkan pada tahun 2016. Bukanlah jenis filem yang bertaraf Academy Award tapi serius ianya sangat menghiburkan. Saya boleh katakan ianya filem komedi, thriller (sikit) dan lebih kepada perhubungan kekeluargaan (suami isteri, jiran tertangga dll).

Tapi lakonan Isla (siapa yang pernah tengok cerita Confession of Shopaholic) dan Zach sebagai suami isteri memang tidak mengecewakan. Sempoi dan gila-gila.

Kisahnya mengenai Jeff dan Karen Gaffney (Zach Galifianakis dan Isla Fisher) hidup bahagia di pinggir bandar bersama anak-anak mereka. Jeff merupakan pengurus HR di syarikat teknologi, sementara Karen bekerja sambilan sebagai pereka dalaman. 

Sehinggalah pada suatu hari setelah anak-anak Jeff dan Karen dhantar menyertai program perkhemahan ada sepasang suami isteri baru berpindah di sebelah rumah mereka.  

Karen ni  ala-ala jiran prihatin (macam penyibuk) gigihlah skodeng dan nak tahu lebih lanjut tentang jiran yang baru berpindah. Jiran baru iaitu The Joneses merupakan pasangan suami isteri moden yang segak dan bergaya, si suami Tim (Jon Hamm) adalah seorang penulis pelancongan manakala isterinya Natalie (Gal Gadot) merupakan baker, blogger dan banyak terlibat dengan projek kebajikan.

Karen suspek The Joneses ini bukan pasangan biasa. Sepertinya pasangan ini menyembunyikan sesuatu. Apatah lagi gerak-geri Tim yang begitu mencurigakan seolahnya ingin mendapatkan sesuatu info daripada Jeff. Dan Karen sendiri mengikuti Natalie secara dekat untuk mengetahui apa yang sebenarnya aktiviti rahsia yang dijalankan oleh pasangan ini.

Jeff mula-mula malas nak layan karenah isteri dia. Last-last dia pun ikut sama sangsi dengan Tim. Pada masa yang sama dia dan Tim sudah berkawan baik.


Siapa sangka sebab menyibuk sangat Jeff dan Karen terjerat. Dan siapakah sebenarnya The Joneses ini? Memang kelakar, cukup menghiburkan. Terutama scene Karen yang ajak Jeff sama-sama menyibuk hal orang. Filem santai yang boleh ditonton untuk hilangkan rasa stress. Heheheh.

Say atonton di Netflix ya guys!!
Review Movie di Netflix : Keeping Up With The Joneses Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 06, 2021 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.