Review Filem Di Netflix : Fear Street Part One (1994), Part Two (1978) dan Part Three (1666)

Antara filem trilogi yang memang saya sangat rekomen untuk tontonan golongan dewasa di musim PKP ini. Jalan cerita memang mantap, kisah paranormal, epik dan agak seram. Bagaimana kisah seram ini menghantui dua bandar kecil bergenerasi lamanya. Filem ini adalah adaptasi daripada novel fiksyen Fear Street hasil tulisan R. L. Stine yang mula menulis pada tahun 1989.

Fear Street Part One 1994

Permulaan cerita pada tahun 1994 seorang pekerja kedai buku Heather Watkins telah dibunuh oleh rakannya Ryan. Dan media melaporkan pembunuhan itu adalah norma Shadyside, yang mereka sebut sebagaii Killer Capitol, U.S.A. Sementara itu, bandar bersebelahan Sunnyvale dianggap sebagai salah satu bandar terkaya dan paling selamat. Sebilangan besar remaja Shadyside percaya bahawa ini adalah hasil dari penyihir, Sarah Fier, yang telah sumpah kota tersebut sebelum beliau dihukum mati pada tahun 1666.

Sekumpulan remaja ditemukan kembali dalam satu tragedi yang tidak disangka iaitu Deean Johnson (Kiera Madeira), Josh Johnson (Benjamin Flores), Samantha Fraser (Olivia Scott Welch) , Simon (Fred Hechinger) dan Kate (Julia Rehwald). Mereka telah diburu oleh sekumpulan pembunuh misteri (hantu) dan apabila diselidiki ianya merupakan mereka yang pernah mati berkali-kali dengan melakukan pembunuhan yang kejam.

Banyak scene yang seram terutama apabila Sam menyedari pembunuh hantu tersebut hanya mengejar beliau sahaja. Ini kerana kejadian kemalangan yang menyebabkan darah dari hidungnya terjatuh dan terkena pada rangka mayat ahli sihir Sarah Fier. Sam dihantui dengan adengan flashback vision yang berlaku pada tahun 1966, walaupun begitu scene tersebut kita tak nampak secara jelas apa yang berlaku.

Deena, Josh, dan geng Shadyside yang lain percaya bahawa satu-satunya cara untuk hentikan penyihir Sarah Fier ini adalah dengan membunuh Sam dan kemudian segera menghidupkannya Pada awalnya perancangan mereka berjalan lancar tetapi siapa sangka satu tragedi dan berlaku dan mereka menyedari cara yang dilakukan tidak dapat menyelalamtkan mereka.  

Untuk part One ini korang akan jumpa dengan pembunuh (hantu )yang menjadi lagenda di Shadyside. Mereka ini dikatakan telah dishir oleh penyihir tahun 1666. Antaranya seperti:-


Ryan Torres
Ryan Torres melakukan pembunuhannya pertama pada tahun 1994, yang korang  boleh nampak di  Fear Street One. Ryan bekerja di Shadyside Mall bersama dengan rakan baiknya Heather. Tetapi pada suatu malam ketika dia dan Heather menutup kedai mereka secara tiba-tiba Ryan menjadi gila.

Dengan memakai topeng tengkorak dan berbaju hitam, Ryan mengekori Heather dan membunuhnya dengan kejam. Ryan akhirnya ditembak di kepala oleh Sheriff.

Camp Nightwing Killer
Sebelum kejadian pembunuhan Ryan Torres telah berlaku satu pembunuhan beramai-ramai pada tahun  1978. Semasa musim panas di Camp Nightwing, salah seorang jurulatih di kem telah dirasuk. Kejadian berlaku  ketika acara 'Color War' di kem. Cara pembunuhan memang agak seram ini kerana pembunuh akan mnghayun kapak ke atas kepala mangsa. 

Korang akan dapat lihat dengan jelas tentang kejadian ini menerusi daripada Fear Street Part Two (1978)- kisah Camp Nightwing Killer.


Ruby Lane
Kisah Ruby Lane agak tragis. Seorang anak gadis yang baik secara tiba-tiba digemparkan dengan membunuh teman lelakinya dan beberapa orang lain. Kejadian ini berlaku pada tahun 1965. Cara membunuh adalah menggunakan pisau cukur. Kehadiran Ruby Lane di tempat kejadian kita akan sedari apabila kedengaran suaranya yang menyanyikan lagu "You Always Hurt The One You Love."

Harry Rooker
Harry Rooker adalah Milkman Murder, yang berlaku pada tahun 1950 atau 1953. Mangsa adalah pelanggannya sendiri dan kebanyakannya adalah suri rumah. Cara pembunuhannya adalah dengan menyembelih wanita tersebut denagn menggunakan pisau switchblade. Dan dikatakan beliau telah menyembelih 7 mangsa.

Humpty Dumpty Killer
Perincian mengenai Humpty Dumpty Killer sebenarnya tidak berapa jelas. Ini mungkin kerana penduduk Shadyside hanya mempunyai info yang terhad. Cuma ada babak dari Josh melalui keratan akhbar dari tahun 1935. Tajuk utama di suratkhabar tersebut adalah Body Parts Found: Humpty Dumpty Killer Strikes Again!”

Modus operasi agak pelik dan misteri, identiti dan jumlah pembunuhannya juga tidak direkodkan.Apa yang pasti mayat dijumpai berselerakan di kawasan bandar.

Billy Barker
Pembunuh bukan sahaja dikalangan orang dewasa sahaja ya guys!! Sebagai contoh Billy Barker hanyalah seorang anak kecil  yang telah membunuh orang-orang yang paling dekat dengannya. Caranya dengan memukul kepala mangsa menggunakan kayu besbol. Dan kejadian ini telah berlaku pada tahun 1922 dan kita boleh paparan di suratkhabar pada tahun tersebut dnegan tajuk utama “Deformed Boy Bashes Brothers’ Heads While They Sleep.”

The Grifter
Seperti Humpty Dumpty Killer, perincian mengenai pembunuh ini juga tidak berapa jelas. Cuma ada paparan di suratkhabar mengenai tajuk "Grifter Guts Girls." yang berlaku pada tahun 1904. Cara membunuh adalah dengan melemaskan mangsa di dalam sungai.

Cyrus Miller
Cyrus Miller merupakan paderi di gereja Shadyside ketika Sarah Fier masih hidup. Beliau telah dihukum gantung mati.Berlaku pada tahun 1666 yang mana paderi ini telah membunuh sekumpulan anak-anak dan mengorek mata mereka. Kita akan mengetahui tragedi ini secara terperinci dalam kisah Fear Street Part Three (1666).


Fear Street Part Two 1978

Untuk Part Two ianya berlaku pada tahun 1978 di Camp Nightwing Shadyside. Masa ini kemunculan watak Ziggy (Sadie Sink- yang berlakon dalam cerita Stranger Things). Ziggy dalah seorang peserta kem yang selalu kena buli terutama dari kumpulan remaja dari Sunnyvale yang sombong. Mereka menggelarkan Ziggy sebagai ahli sihir. 

Lebih sadis, Ziggy tidak mendapat sokongan daripada kakaknya sendiri Cindy (Emily Rudd) yang merupakan salah seorang jurulatih di kem tersebut. Kakaknya sering berkongsi masalah bersama teman lelakinya Tommy (McCabe Slye) seorang lelaki yang sangat baik. Dan pada masa yang sama Cindy juga mempunyai masalah dengan rakan baiknya Alice (Ryan Simpkins).

Banyak kejadian yang berlaku dan paling tragis pada malam "Color War' iaitu pertempuran antara remaja dari Sunnyvale dan Shadyside. Ketika ini munculnya watak pembunuh "Camp Nightwing Killer" dan membunuh ramai peserta kem dengan kejam. Jadi siapa yang masih selamat? Bagaimana dengan nasib Ziggy dan juga lelaki yang meminatinya secara diam Nick Goode (Ted Sutherland).

Fear Street Part Three 1966

Antara 3 filem ini saya paling suka dengan sekuel yang ketiga. Serius 'mind blowing'. Di sini kita akan lihat kemunculan kawan baik Sarah seperti Hannah, Lizzie, Issac dan Abigail. Begitu juga bagaimana keadaan Sarah yang terpaksa hidup dengan bapanya George (asyik mabuk jer) dan Henry dalam keadaan sukar serta sering dipandang hina oleh ibu Hannah.

Bagaimana kisah terjadinya tangan terputus dari badannya. Begitu juga apakah punca beliau digantung hidup-hidup. Dan watak Solomon Good dalam cerita ini kali ini impaknya sangat besar. Adakah beliau benar-benar menyayangi Sarah Fier atau sebaliknya.

Lepas korang tengok sekuel yang ketiga. Baru korang akan faham apa yang sebenarnya terjadi sejak tahun 1666. Dan apakah sumpahan itu benar-benar berlaku. Dan adakah benar Sarah Fier itu sendiri sebenarnya seorang ahli sihir yang jahat.

p/s: Filem ini ada part hubungan lesbian dan sedikitlah aktiviti seks yang memang tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Tapi bagi saya sendiri jalan cerita best. Setiap plot memang kemas. Dan paling penting jalan cerita untuk 3 sekuel filem ini tidak tergantung. Ada permulaan, kesinambungan dan penamatnya.

Macam biasa korang boleh tontan kat Netflix, bereh!
Review Filem Di Netflix : Fear Street Part One (1994), Part Two (1978) dan Part Three (1666) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 22, 2021 Rating: 5

9 comments:

  1. Semalam nampak anak tengok, tapi tak habis gak, remote bertukar tangan kat bapak hahaha.. nanti bolehlah ajak anak tengok sesama.. bila ko kata tengok no 3 baru faham, terus rasa nak loncat no3 hahahaha

    ReplyDelete
  2. alah! huhuh tak suka tengok cerita suspen and thriller macam ni. tapi cukuplah baca review kat blog ayu untuk tau jalan cerita. hahaha.. tq ayu

    ReplyDelete
  3. Gigih ko nilai sorang2 pembunuh dia. Tapi memang best movie nie. Bestnya kalau dia teruskan lagi dan ada banyak lagi moviee gini kan

    ReplyDelete
  4. seram nak tengok movie macam ni. menarik juga review awak serius seram baca trivia pembunuh ni semua..

    ReplyDelete
  5. OMG! I don't think I will dare to watch those though! I am a scary-cat person. Apa pun takut, tapi thanks for sharing yo!

    ReplyDelete
  6. Huishh semua pembunuh kejam ye.. Yang kanak2 tu pun ada. Bestnyaa la.. Nak kene langgan netflix la jawabnya ni. Mahhaha

    ReplyDelete
  7. Citer lama ni saya dah tengokk!! Hahaha. Tak tido malam tau kalau tengok cerita camni. Saya kalau cerita takda melibatkan polis, saya kurang sikit. Kill kill kill je memang saya yang rasa nak tangkap pembunuh tu bg masuk tanjung rambutan. Hahaha.

    ReplyDelete
  8. part 1 pun saya belum tengok lagi. tapi dah masuk dalam list. pelakon semua tak kenal kecuali dua org from stranger things.

    ReplyDelete
  9. Kita dah tonton movie ni semua episod yang ada setakat ni hehehe ada lagi sambungan lepas no sebab banyak lagi hantu tak keluar lagi... Tak sabar nak tunggu....

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.