Review Filem di Netflix : Blood Red Sky

Saya suka plot filem Jerman ini. Ada sedih dan suspen. Tapi yang menggembirakan tak ada pulak. Konflik yang dirangkum dalam satu story line. Berakhir pada satu tragedi jer. Ketika kapal terbang yang dinaiki kena hijacked. Filem Blood Red Sky mengisahkan tentang seorang ibu bernama Nadja yang ingin mendapatkan rawatan di New York dan beliau pergi bersama anaknya Elias.

Di airport Elias berkenalan dengan salah seorang penumpang kapal terbang yang baik hati dan prihatin, namanya  Farid. Siapa sangka kapal terbang yang mereka naiki sebenarnya telah ditawan oleh sekumpulan pengganas.


Sebenarnya misi pengganas ini ada berkait dengan saham dan pelbagai isu lagi. Tapi yang lagi nampak gempak, pada awal perancangan pengganas tu memang nak frame orang muslim yang menaiki kapal terbang tersebut bahawa mereka yang melakukannya.

Nak dipendekkan cerita dalam situasi yang panik, Nadja yang cuba mempertahankan keselamatan anaknya dan pada masa yang sama terpaksa melalui kesakitan disebabkan penyakitnya. Satu kejadian telah berlaku, Nadja telah ditembak berkali-kali oleh salah seorang pengganas sosiopathic yang dikenali sebagai Eightball.

Nadja yang mati tiba-tiba bangkit. Dan beliau bertukar menjadi vampire. Sebenarnya sepanjang cerita memang ada scene flashback di hari kejadian yang menyebabkan suaminya Nikolai mati dan bagaimana Nadja bertukar menjadi vampire. Masa scene flashback banyak juga part yang sedih. Bagaimana keadaan Nadja yang terpaksa mengharungi segalanya seorang diri dan pada yang sama cuba membesarkan anaknya Elias sebaik mungkin.

Selepas Nadja bertukar menjadi vampire. Keadaan mejadi lebih teruk apabila Eightball turut mengambil darah Nadja dah memasukkan didalam dirinya. Dan peperangan antara Vampire Nadja vs Vampire jahat vs Manusia.

Akhirnya kapal terbang tersebut berjaya landing dengan selamat. Tetapi masalahnya adakah semua penumpang didalam kapal terbang tersebut selamat. Bagaimana dengan nasib Elias, Farid dan juga Nadja sendiri.


Filem ini sebenarnya mendapat kritikan oleh pengkritik-pengkritik filem antarabangsa. Tetapi secara peribadi, saya rasa jalan cerita agak menarik dan lain daripada yang lain. Walaupun intipati kasih sayang seorang ibu tidak banyak tapi momen yang ditunjukkan memang sedih dan sampai ke jiwa. Banyak juga adengan suspen terutama bila vampire mula mengganas kerana dahagakan darah manusia.

Sekarang (26.7.2021) di Netflix, filem ini berada di dalam senarai top 10.

Review Filem di Netflix : Blood Red Sky Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 26, 2021 Rating: 5

3 comments:

  1. Bunyi macam violent giler movie nie. Rasa takut nak tengok. However, thank you for sharing your review with me.

    ReplyDelete
  2. Didn't know the story would unfold in such a way. Would love to watch it myself too later. :)

    ReplyDelete
  3. dari sehari ke sehari nak tengok..tp tak tertengok juga

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.