Bermain Board Game Math Ace Salah Satu Cara Dapat Meningkatkan Pemahaman Serta Penguasaan Matematik

Bermain Board Game Math Ace Salah Satu Cara Dapat Meningkatkan Pemahaman Serta Penguasaan Matematik- Apabila anak berada di rumah sepanjang masa memang kita perlu fikirkan apakah aktiviti yang boleh dilakukan oleh mereka sepanjang hari selain daripada menyertai kelas PDPR. Pastinya aktiviti yang dipilih perlulah seronok dan bermanfaat. Betulkan?? :-)



Jadi saya telah dapatkan Board Game Math Ace untuk anak-anak saya. Board game yang boleh dimainkan secara kumpulan sekurang-kurangnya 2 orang dengan menguji tahap permahaman tentang matematik.


Oh ya! Permainan ini boleh disertai oleh anak seawal usia 8 tahun. Dan permainan ini sesuai untuk anak-anak yang sudah berada di sekolah menengah juga. Senang atau mudah soalannya bukanlah isu utama. Apa yang lebih menjadi perhatian kita sebagai ibubapa adalah membantu anak dalam menajamkan lagi pemahaman tentang ilmu matematik.

Didalam set Board Game Math Ace didatangkan dengan board game bersama arahan diatasnya. Dadu, penanda, kertas markah (score sheet) dan kad soalan matematik.

board game

dadu dan penanda

kertas markah (score sheet)

Apa yang menarik didalam board game ini disediakan sebanyak 200 soalan yang berkaitan dengan subjek matematik daripada tahap paling senang sehingga yang paling sukar, Ini termasuklah soalan yang berkait dengan operasi tambah, tolak, darab, bahagi, decimal, geometri, penyelesaian matematik dan pelbagai lagi.


Setiap kali anak berjaya mendapatkan jawapan yang betul ada mata (markah) yang diperuntukkan. Nah! Memang mereka berlumba-lumba untuk mendapatkan mata yang terbaik. Walaupun tidak ada apa-apa ganjaran yang ditawarkan tetapi perasaan dapat mendahului pesaing yang lain merupakan satu cabaran buat mereka!


Tidak dinafikan permainan ini adalah bersama adik-beradik yang tidak sama usia. Jadi kefahaman tentang satu konsep matematik adalah tidak sama. Jadi pendekatan yang dapat dilakukan sekiranya adik mendapat soalan terlalu sukar iaitu untuk tahap dewasa, maka dibenarkan untuk 'skip' soalan tersebut dan memilih kad soalan yang lebih senang.  Untuk lebih seronok, ibubapa boleh sertai sekali bermain bersama anak mereka.

Antara contoh soalan, 





Menarikkan. Kita sebagai ibubapa juga boleh bermain sebenarnya. Setiap kad ada soalan dan markah yang diperuntukkan mengikut tahap kesukaran soalan tersebut.



Bagi saya sendiri permainan ini bukan sahaja membantu anak mengusai matematik. Ianya juga salah satu aktiviti yang menyeronokkan dan pada masa yang sama merapatkan hubungan dalam keluarga. Setiap soalan matematik yang diutarakan perlu dijawab pada masa yang ditetapkan dan disini kita akan dapat lihat anak-anak akan berusaha menyelesaikan masalah matematik dengan secara spontan.

Bermain Board Games Math Ace juga mendorong anak-anak saling berkomunikasi antara satu sama lain. Secara tidak langsung aktiviti ini membolehkan mereka belajar, bermain dan bekerja dalam satu kumpulan. Hahaha! memang kecoh dan gamat bila mereka bermain bersama :p

Serius korang! Daripada anak kita terus melekat di depan skrin dan obses dengan permainan atas talian. Adalah lebih baik kita memperkenalkan dengan permainan serta aktiviti yang dapat merangsangkan minda secara sihat. Pembelian yang sememangnya berbaloi untuk anak-anak yang sedang membesar.

Boleh dapatkan Board Game Math Ace ini daripada https://www.aceadvancegames.com. Masukkan kod voucher :  AYU . Anda akan dapat 10% diskaun + Kos Penghantaran adalah PERCUMA. Promo ini sehingga 31 Ogos 2021 okies.

T&C for Voucher :
Discount not applicable for timetable card

Saya juga sangat rekomen Times Table Memory Card ini. Kad kecil yang bersaiz tapak tangan sangat praktikal untuk dibawa ke mana sahaja.

Semudah daripada sifir 1 yang dapat mengajar anak-anak seawal usia 6 tahun untuk menghafal sifir. Saya suka dengan kualiti kertas yang digunakan dan ianya sangat kalerful.

Untuk pembelian dan keterangan lanjut boleh layari:-

TikTok                : https://www.tiktok.com/@aceadvancegames
Facebook            : https://ww.facebook.com/aceadvancegames
Instagram           : https://www.instagram.com/aceadvancegames

#MathAce #AceAdvanceGames #Educational #BoardGames

Bermain Board Game Math Ace Salah Satu Cara Dapat Meningkatkan Pemahaman Serta Penguasaan Matematik Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 19, 2021 Rating: 5

15 comments:

  1. Menariknya board game ni lain dari kebiasaan yang snake and ladder, monopoly ni. Ni kena jawab soalan Matematik pulak. Boleh tajamkan skill Matematik anak kita ni.

    ReplyDelete
  2. Nie kalau kita yang dewasa, mau gaduh gak nak selesaikan masalah maths nie. Almaklum lama dah tak belajar kan haha

    ReplyDelete
  3. Bagus juga mainan ni, 2 in , sambil bermain sambil belajar . At least tak buang masa dengan benda2 yg tak berfaedah . Rasa macam nk beli juga la untuk anak buah

    ReplyDelete
  4. bestnya dapat main board game ni. sambil belajar sambil bermain, takdelah budak2 rasa bosan duduk rumah lama2 :)

    ReplyDelete
  5. wah... i also feel like playing this with my nephew and niece... i can't wait to buy and try with them

    ReplyDelete
  6. Bagus game board camni. Menjana minda. Hehehe. Anak saya suka game ular. Dia macam ni juga. Akan ada soalan dan aktivit kena buat. Kena nyanyi la, cium ibu ayah la dan lain-lain. Boleh la mengisi masa lapang mereka selain fokus PdPR. Hahaha. Selamat Hari Raya AidlAdha kak Ayu

    ReplyDelete
  7. board games is great for the kids to play at home now. gonna check this out

    ReplyDelete
  8. wow menarik game ni. rasa nak beli lah. anak2 huda memang suka math. berbaloi ni beli dan spend family time

    ReplyDelete
  9. Wah game ni asah minda anak-anak dalam matematik! Menarik! Nanti Marsha nak usulkan kat husband. Boleh sesambil asah minda anak-anak

    ReplyDelete
  10. Seronoknya! Bukan budak2 je, org dewasa pun suka. Dah lama tak main board game sbb dah tak boleh berkumpul ramai2.

    ReplyDelete
  11. Menarik lah board game ni, kalau saya stay dengan adik beradik, memang akan beli sebab naj lumba matematik dengan deorang haha

    ReplyDelete
  12. Mcam menarik pulakkk.. tapi kalau Sis main dengan anak sedara ni, silap-silap Sis kalah ni hahaha.. oak dah tua nak hafal sifir ni hahaha

    ReplyDelete
  13. Menariknyaaaaaaaaaaaaaaaaaa. ni kalau rumah ni ada semua adik beradik main benda ni mesti cool

    ReplyDelete
  14. tengok game ni teringat monopoly yang beli last year. awal-awal je semangat pastu semua tak nak main dah sebab kite main gn org dah besar. kalau budak2 ni confirm best

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.