Review Drama Bersiri di Netflix : Lupin 2

Antara drama bersiri yang saya suka - Lupin. Start terjebak masa Lupin 1 dan kini dan ada yang terbaru Lupin 2. Cerita macam ini memerlukan kita banyak berfikir. Apakah strategi Assane Diop ini sebenarnya. Masa di Lupin 1, kita dibawa kembali kepada kenapa Assane (Omar Sy) terjebak dengan Hubert Pellegrini (Hervé Pierre). Ini berikutan dendam Assane terhadap Pellegrini yang menyebabkan ayahnya Babakar Diop (Fargass Assandé) telah dituduh mencuri, lalu dipenjarakan dan akhirnya membunuh diri.

Dengan mengambil inspirasi kisah dan pengembaraan Arsene Lupin “gentleman burglar”seorang pencuri yang hebat dalam skill mencuri barang kemas. Assane berjaya membuatkan hidup Pellegrini berada didalam kucar kacir. 

Didalam Lupin 1, kisahnya berakhir dengan anak Assane iaitu Raoul (Etan Simon) telah diculik. Sambungan pada musim terbaru Lupin 2, Assane telah menjejaki anaknya dengan bantuan (tanpa disengaja) anggota polis yang juga meminati kisah Lupin iaitu Guedira (Soufiane Guerrab).

Pelbagai rintangan yang perlu dilalui termasuk tuduhan membunuh seseorang yang telah dibunuh di kediamannya. Apatah lagi dengan keadaan Assane yang tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan anaknya Raoul oleh isterinya Claire (Ludivine Sagnier) yang kini sudah mempunyai teman lelaki yang baru.

Kelebihan Assane bukan sahaja kerana beliau seorang yang bijak, bahkan Assane juga sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Kiranya ada Plan A, B , C dan seterusnya. Paling best dia ada rakan baik (side kick) yang begitu setia dan memahami iaitu Benjamin Ferel (Antoine Gouy). Ben ini bagi saya sendiri bukan sahaja kawan tapi macam adik beradik dah dengan Assane.

Dalam Lupin 2 juga Assane mendapat bantuan daripada Philippe Courbet (Stefan Crepon) yang menyamar sebagai akauntan korup dan juga Juliette Pellegrini (Clotilde Hesme) anak tunggal musuhnya. Untuk musim 2 ni juga ada juga mempertengahkan isu taraf hidup dan racist.


Bila tengok siri ini, banyak scene yang kita akan berdebar-debar terutama ketika Assane melarikan diri daripada polis. Pernah tertangkap sekali dan berjaya memboloskan diri. Tapi sepertimana yang kita ketahui pejuangan Assane adalah untuk membersihkan nama ayahnya. Ending musim 2 memang best, cuma tak sabar nak tunggu musim ke-3!

Sesiapa yang minat cerita penyiasatan seperti Sherlock Holmes. Korang mesti suka juga dengan siri sekuel Lupin di Netflix.
Review Drama Bersiri di Netflix : Lupin 2 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 16, 2021 Rating: 5

10 comments:

  1. Bab cerita banyak berfikir ni memang I tak suka sangat filem macam ni. Hahaha....I suka yang boleh difahami. Selalu la bila kena berfikir ni selalu tak faham cerita dan selalu la hubby i yang kena explain balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni x dela fikir sangat. Tapi suka strategi dia heheh

      Delete
  2. Ohh.......Lupin! I haven't watch this drama yet. But I do read a lot of good review of it. Will check it out. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  3. ramai dok share kata movie ni best. tapi saya tak subscribe netflix hehe, nanti nak try cari kat net

    ReplyDelete
  4. Ramai kata best movie ni tapi kita belum berkesempatan nak nonton. Dah save dah..

    ReplyDelete
  5. lom tgk lagi drama ni, sis. nanti nak try tgk tapi kena start from lupin 1.
    aida minat drama gaya gini. sure best!
    drama ni memang sesuai la tgk sekarang, WFH. once da start keje, tak sempat la nak follow.

    ReplyDelete
  6. Kenapa kita xpernah tau pasal movie lupin ni... Hahhaa.. Nampak sangat memang kurang tengok movie... Tp mcm menarik nk share kt husband nti

    ReplyDelete
  7. Tengah tengok juga ni.. kesian dia kannn dia sedaya upaya nak jelaskan semua tapi tu laaa.. tak sabar tunggu kesudahannn

    ReplyDelete
  8. I watched Lupin 1 so going to continue Lupin 2 next month coz this month sangat busy with work

    ReplyDelete
  9. tak dpt nak tgk lagi cerita ni nanti ada free time boleh tgk :)

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.