Review Movie di Netflix : Tower Heist

Josh Kovaks (Ben Stiller ) adalah pengurus bangunan The Tower, sebuah kompleks pangsapuri kelas atasan di New York City yang juga didiami penyewa millionaire Wall Street Arthur Shaw (Alan Alda ). Pada suatu hari Shaw kena tahan di rumahnya oleh FBI kerana mendalangi skim Ponzi dengan menggelapkan duit sebanyak $ 2 bilion. Dan siapa sangka, rupanya hampir semua staff di The Tower telah melabur duit pencen mereka kepada Shaw.


Seorang ejen FBI yang sedang menyiasat kes Shaw iaitu Claire Denham (Téa Leoni) telah memberitahu Josh bahawa Shaw telah menyembunyikan $20 juta didalam simpananya. Dan didalam keadaan mabuk ketika itu, Claire mencadangkan Josh untuk mencurinya kembali. Josh yang telah dibuang kerja mengambil keputusan untuk mendapatkan kembali wang-wang bekas rakan kerjanya dengan mengikut apa yang dicadangkan oleh Claire. Dan Josh telah meminta bantuan daripada Charlie (lakonan Casey Affleck adik iparnya yang juga menjadi penyambut tetamu The Tower), Enrique (Michael Peña ,pengendali lif) dan juga bekas  penyewa The Tower iaitu Mr. Fitzhugh.(Matthew Broderick )


Josh juga telah meminta bantuan Slide (Eddie Murphy) yang biasa membuat kerja-kerja jenayah dan juga pembantu kerja pembersihan The Tower iaitu Odessa Montero (Gabourey Sidibe ) yang memang handal membuka peti besi. Dan mereka telah membuat satu plot rancangan mendapatkan duit yang telah dicuri pada semasa Perarakan Hari Kesyukuran.

Pelbagai kejadian lucu yang berlaku. Dan pada yang sama Slide dan Charlie mula berpaling tadah atas alasan mereka yang tersendiri. Berjayakah misi Josh untuk mendapatkan kembali wang $20 juta? Adakah peti simpanan yang dikatakan menyimpan $20 juta memang benar-benar wujud? Paling penting adakah mereka semua akan bersatu semula bagi meneruskan rancangan mencuri $20 juta dari Shawn.

Bagi saya sendiri jalan cerita agak mudah dan santai. Tidak ada babak yang menakutkan ataupun terlalu suspen sangat. Gabungan pelakon dalam filem ini boleh dikatakan semuanya hebat. Cumanya, bila ada gabungan Ben Stiller dan Eddie Murphy peminat seperti saya mengharapkan filem ini menjadi sangat kelakar. Tapi hampa jugaklah sebab kelakar-kelakar tahap biasa sahaja. Bagus untuk tontonan santai dan relaks. Sebab kita tidak perlu penat menangis marah atau ketawa, ahahahaha. Sesuai juga untuk tontonan seisi keluarga.

Review Movie di Netflix : Tower Heist Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 28, 2021 Rating: 5

1 comment:

  1. Fun heist movie for older kids and their families. Exciting heist film has action violence, profanity. Caper movie mixes clichés, brutal violence.
    Compare yandex browser vs google chrome using this comparison chart. Compare price, features, and reviews of the software side-by-side

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.