Review Movie di Netflix : Shutter Island

Salah satu filem lakonan Leonardo Caprio yang best. Memang saya rekomen untuk korang tonton. Bagi saya Leonardo seorang pelakon yang sangat versatil, bagilah watak jahat, misteri hatta lelaki baikpun memang sangat menjadi. Lakonan beliau memang mantap. Jalan cerita filem ini diangkat daripada novel Shutter Island (2003) penulisnya adalah Dennis Lehanne.

Saya baru sahaja menonton filem ini, Shutter Island. Sebenarnya filem ini telahpun ditayangkan pada tahun 2010. Ianya di bawah kategori genre psikologi-thriller.

Kisahnya mengenai penyiasat  US Marshal iaitu Edward Teddy Daniels (Leonardo) bersama rakan kerja barunya Chuck Aule (Mark Ruffalo) tiba di sebuah pulau iaitu Shutter Island di Boston Harbor bagi menyiasat penjenayah orang kurang siuman (criminal insane lebih kuranglah). Ianya adalah berkisar kepada kehilangan salah seorang pesakit iaitu Rachel Solando. Siapa itu Rachel Solando? Rachel pesakit kurang siuman yang telah membunuh 3 orang anaknya dengan cara melemaskan mereka.

Dan satu-satunya petunjuk yang ditinggalkan oleh Rachel dalam bentuk  satu nota iaitu: "The law of 4; who is 67?" Kebetulan ketika Teddy dan Chuck sampai di Pulau ini, ribut besar sedang melanda. Jadi macam diaorang stuck kat situ.

Sepanjang penyiasatan, Teddy dan Chuck perasan yang mereka tidak mendapat kerjasama yang baik dari kakitangan di Hospital Gila untuk Penjenayah di situ. Paling ketara apabila Ketua psikiatri Dr. John Cawley (Ben Kingsley) enggan menyerahkan rekod seperti yang diminta. Pada masa yang sama  doktor yang merawat Rachel Solando iaitu Dr. Lester Sheehan telah meninggalkan pulau itu untuk bercuti sebaik sahaja Rachel Solando menghilangkan diri. 

Teddy juga dapat tahu di kawasan tersebut ada 3 jenis wad iaitu Wad A untuk lelaki, Wad B untuk perempuan manakala Wad C disediakan untuk pesakit yang mengalami gangguan yang paling teruk dan dasyat. Lagi misteri dengan wujudnya rumah api yang dikatakan menyimpan satu rahsia yang besar tentang kegiatan telah dilakukan oleh doktor di Shutter Island.

Teddy, Chuck dan Dr John

Teddy mula mengalami sakit kepala (migrain) apabila melihat suasana hospital dan pada masa yang sama beliau dibayangi dengan pengalamannya sebagai askar Tentera A.S. semasa pembebasan Dachau. Selain itu Teddy juga kerap bermimpi dan berhalunisasi dengan kehadiran mendiang  isterinya, Dolores Chanal, yang terbunuh dalam kebakaran. Pelakunya merupakan Andrew Laeddis. Mendiang isterinya hadir dalam mimpi dan memberitahu Teddy bahawa Solando masih di pulau itu begitu juga dengan Laeddis.

Andrew Laeddis

Apabila Teddy mula menyiasat dan menyoal, semua pekerja di situ memberitahu tidak pernah wujud nama Laeddis sebagai pesakit.  Kini misi Teddy berubah, beliau memberitahu Chuck sebenarnya beliau mengambil kes ini kerana hendak mencari Laeddis penyebab isterinya mati.

Pada suatu hari, tanpa disangka blackout telah berlaku di pulau, menyebabkan Teddy dan Chuck dapat membolos masuk ke Wad C (wad ni sebenarnya tak ada orang boleh masuk, hanya orang tertentu).Teddy menemui George Noyce (seorang pesakit dalam kurungan sendirian) dan beliau memberitahu bahawa para doktor di pulau itu sedang bereksperimen pada pesakit. Kegiatan itu dilakukan di rumah api . Noyce memberi amaran kepada Teddy.

Bayangan Dalores

Ini membuatkan Teddy berasa lebih marah lagi dan ingin menyelesaikan masalah misteri tersebut. Sehinggalah suatu hari rakan kerjanya Chuck tiba-tiba hilang.

Misteri kematian 3 anak Rachel

Persoalannya, apakah sebenarnya yang terjadi di pulau tersebut. Apa kaitan Teddy dengan pulau tersebut. Cerita ni memang korang kena fokus tengok, dan percayalah ending kita memang tak sangka. Ada plot twist. Banyak scene yang suspen. Dan ada juga babak-babak flashback yang kita akan kenal tentang Teddy. Tapi ada juga scene sedih. Dah tengok korang kongsikan dengan saya hokeh.

Filem ini masih lagi ada ditayangkan di Netflix.

Review Movie di Netflix : Shutter Island Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 09, 2021 Rating: 5

9 comments:

  1. Saya pun dah layan movie ni, memang best! Ada plot twist yang dahsyat, so pada yang belum tengok, korang wajib tengok :)

    ReplyDelete
  2. Masa movie nie keluar, jadi ngeri nak layan sorang2 sebab takut kita pun layan fikiran sendiri2 kan. Tu yang bahaya tu.

    ReplyDelete
  3. Ayu semenjak dua menjak ni asyik review movie jer dah terpengaruh dengan Rawlins ker hehehe cerita ni mesti tak seramkan sebab tu boleh tengok hehehehe...

    ReplyDelete
  4. review macam best je, ok movie ni nak bookmark, nanti nak cari

    ReplyDelete
  5. Ooo plot twist dan suspen yang best ni.. tu yang nengok emosi bagai hahaha.. kot ada lagi boleh layan ni.. encemm ekk dia tuuuuuuuu

    ReplyDelete
  6. Kak Ayu kalau review kan rasa macam sekarang gak nak tengok. Leonardo tu dari dulu maintain je ye kak. Dia kalau berlakon memang menjiwai habis . Nak kalau part romantic !

    ReplyDelete
  7. wow citer lama! rajin akak tengok. kalau akak layan ni bebudak tu layan sekali ke? ke dorang buat kerja masing-masing? macam khai salu layan yang top10 takpun baca review org kata best

    ReplyDelete
  8. Suspennya jalan cerita filem ni... nak sangat tahu apa yang berlaku dalam lighthouse tue la... kena tengok ni...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.