GALA MENGAMBIL ALIH BIG BAD WOLF BOOKS DAN MEMPERKENALKAN SERIGALA JAHAT

Mulai hari Jumaat, 11 Jun 2021, laman web e-dagang BIG BAD WOLF Books 
[ https://online.shopbigbadwolfbooks.com/ ] akan diambil alih oleh Si gala, seekor serigala
bibliophile yang licik dan pandai memujuk. Tawaran potongan harga sebanyak 95% dari harga asal
yang ditawarkan di Jualan Buku Online SERIGALA JAHAT akan memaparkan beribu-ribu buku
berbahasa Malaysia yang pasti akan menyeronokkan pencinta buku bagi semua peringkat umur di
negara Malaysia.


Bertujuan untuk memupuk niat membaca dan melahirkan perasaan riang ketika membaca sambil
meluaskan pasaran di penduduk luar bandar, jualan Buku ini “diambil alih” untuk keseronokkan dan
untuk memperkenalkan persona baharu. Dengan memberi tumpuan terhadap buku berbahasa
Malaysia, Si gala telah berjaya menghimpun beberapa penerbit tempatan terkenal seperti PTS
Media Group Sdn. Bhd., Penerbitan Pelangi, Penerbitan IMAN, dan Buku Fixi untuk menyertai
Jualan Buku Online SERIGALA JAHAT.

Apa yang peminat buku boleh harapkan dari Si gala di Jualan Buku Online SERIGALA JAHAT?
Baiklah, Si gala mempunyai tawaran promosi berikut: tawaran eksklusif buku Bahasa Malaysia terpilih yang bernilai dari RM1.00; dapatkan potongan diskaun tambahan sebanyak 10% [dibatasi
pada RM20 untuk setiap transaksi] apabila membelanjakan minimum RM200 dalam satu transaksi;
beli mana-mana dua (2) Buku Ajaib dengan harga RM15; dapatkan tiga (3) Buku Bergambar cerita
dongeng klasik dengan harga RM20 atau beli mana-mana tiga (3) Buku Berbunyi FUNTIME dengan
harga RM25 sahaja; penghantaran percuma di Semenanjung Malaysia dengan pembelian bersih
RM100; dan dapatkan potongan diskaun sebanyak 50% dari penghantaran untuk Malaysia Timur
tanpa perbelanjaan minimum.

Jadi, jom lah sertai Si Gala dan bersiap sedia untuk meneroka dan berbelanja di Jualan Buku Online
SERIGALA JAHAT untuk buku-buku Bahasa Malaysia yang berkualiti dengan harga yang berpatutan
dari keselamatan dan keselesaan rumah anda sepanjang tempoh PKP penuh ini.



“PERKARA YANG PALING PENTING DALAM KEHIDUPAN BUKANLAH KEMENANGAN TETAPI PERJUANGAN”

~ Pierre de Courbertin ~



GALA MENGAMBIL ALIH BIG BAD WOLF BOOKS DAN MEMPERKENALKAN SERIGALA JAHAT Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 13, 2021 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.