Pengalaman Menerima Suntikan Pertama Vaksin AZ di IDCC Shah Alam

Pada 31 Mei 2021 yang lepas saya selesai mengambil suntikan untuk Dos 1 Vaksin AZ di IDCC Shah Alam. Sebenarnya saya memang agak teruja nak dapatkan vaksin ini. Walaupun terdapat banyak info yang kira baik dan bagus juga dibaca mengenai kesan setelah pengambilan vaksin. Namun saya tetap bersungguh nak dapatkan vaksin untuk diri, begitu juga dengan ahli keluarga yang lain.


Waktu temujanji diletakkan pada jam 12.30 petang tetapi disebabkan saya keluar agak lewat dari rumah (settlekan makanan tengahari untuk anak-anak) menyebabkan saya tiba di lokasi lebih kurang jam 12.10 tengahari. Bertambah kelam-kebut apabila kesilapan saya ke bangunan KWSP yang sebenarnya ianya bertentangan. Namun berjaya juga saya tiba sebelum jam 12.30 tengahari. 

Tiba dalam keadaan termengah-mengah. #Tips bagi mereka yang ingin dapatkan vaksin di IDCC Shah Alam, sila parking terus di tingkat 6, hanya ikut tunjuk arah yang disediakan. Tiada caj parking yang dikenakan.

Keadaan lokasi di IDCC lengang dan tenang. Mungkin juga kerana waktu temujanji saya 12.30 tengahari menghampiri waktu makan tengahari.

Sebab saya datang dari aras bawah jadi saya perlu melalui beberapa kali pemeriksaan polis rela di setiap level (tingkat). Jenuh. Jadinya korang yang datang bawa kereta terus parking di tingkat 5 atau 6. Dekat sedikit dengan level 7.

Nombor bertuah saya adalah 1010, heheh.

Untuk wanita berhijab seperti saya adalah disarankan memakai pakaian yang longgar dan selesa. Cadangan pakai t-shirt lengan pendek di bahagian dalam dan cardigan disarungkan di bahagian luar. Apabila berada di dalam dewan memang kita berasa selesa sangat. Sebab keadaan dewan yang fully berhawa dingin dan keadaan tidak sesak.

Pastikan telefon mempunyai kuota internet yang mencukupi. Sebabnya beberapa kali anda perlu menunjukkan status mySejahtera tentang temujanji.. Dalam kes saya dari tingkat bawah lagi saya perlu tunjuk status temujanji di MySejahtera saya. Selain itu memang kita kena klik link setelah tiba di lokasi dan setelah ambil suntikan. Untuk perkara ini perlulah dilakukan setelah mendapat arahan di kaunter tertentu.

Borang yang perlu diisni ada dua salinan. Pastikan anda membawa pen sendiri. Bagi memudahkan urusan.

Ini untuk kaunter pengesahan kehadiran. Di sini perlu ditunjukkan kad pengenalan diri. Untuk pengambilan vaksin di IDCC, sistem nombor elektronik disediakan bagi melancarkan semua urusan.

Ada banyak kaunter yang perlu dilalui termasukalah kaunter yang perlu bertemu dengan doktor/pengamal perubatan bagi penerangan dan sedikit temuramah tentang status kesihatan. Sekiranya doktor berpuas hati barulah diteruskan ke ruangan pengambilan vaksin.


Doktor akan menujukkan terlebih dahulu amaun vaksin yang digunakan didalam picagari. Setelah disuntik doktor akan tunjuk sekali lagi keadaan picagari yang sudah kosong. Ini salah satu cara membuktikan permberian vaksin dilakuakn secara telus.

Selepas divaksin, ke kaunter untuk pengambilan kad temujani vaksin AZ. Dan kad ini perlu dibawa untuk temujanji dos ke-2. Lebih kurang 3 bulan dari sekarang. Selain itu, kita juga perlu menunggu lebih kurang 10-15 minit untuk pemerhatian, sekiranya ada masalah kesihatan selepas divaksin

Bagi yang telah divaksin bolehlah ambil goodies yang disediakan oleh pihak penganjur iaitu Nestle Malaysia.

Macam-macam produk keluaran Nestle ada. Dan semuanya best!!

Selain saya yang telah divaksin, pada hari yang sama Dedet dan Yana juga hadir untuk menerima suntikan pertama Dos AZ.

Cuma waktu kami sahaja yang berlainan. Ok, kesan selepas menerima suntikan untuk saya dan Dedet setakat ini entri ini ditulis kami tidak mengalami apa-apa masalah kesihatan seperti demam dan sebagainya. Tapi Yana, katanya sakit kepala sedikit.

Selesai sudah vaksin AZ untuk dos 1, moga kami baik-baik sahaja dan akan kembali lagi untuk menerima suntikan vaksin AZ dos ke 2.

Tempat korang amik vaksin ok tak? Hiks

Pengalaman Menerima Suntikan Pertama Vaksin AZ di IDCC Shah Alam Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 01, 2021 Rating: 5

17 comments:

  1. Lepas baca entri ni rasa tak sabar pulak nak vaksin... hehehe

    ReplyDelete
  2. Nampak macam tempat kat sini tenang je u berbanding PWTC. Ok la alhamdulilah...i terpilih kat sini.

    ReplyDelete
  3. Tahniah akak! Yayy dah vaksin dose pertama. Bila akak post ni, rasa semangat saya nak pergi 13 June ni. Hehehe. Doakan saya pula ya.

    ReplyDelete
  4. Tahniah. Ternyata sis bukan Anti-Vaxx. Dah check ada magnet tak? Hehehe
    Moga tindakan kita ini membantu menurunkan lengkungan jangkitan di negara kita

    ReplyDelete
  5. Tahniah kak... Saya masih tertunggu2 lagi turn saya utk divaksin kan

    ReplyDelete
  6. Yana demam the next day... but nothing serious

    ReplyDelete
  7. Tahniah Ayu kerana telah dapat vaccine pertama. Saya dan family Jumaat nie, 4 June, di PWTC. Doakan kami ya. Take care.

    ReplyDelete
  8. Tahniah..rezeki dapat vaksin saya belum ada rezeki lagi nak dapat..stay safe ya

    ReplyDelete
  9. Tahniah dah dapat vaksin. Kawan2 saya pun ramai yg dah dapat. Saya je terlepas nk register aritu. Takpe la, tunggu next round.

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah..settled 1 dos kan... moga yg baik2 saja yer.. in sya Allah.

    ReplyDelete
  11. Tahniah dah baksin. Alhamdulillah. saya pun dah vaksin dos 1. Tapi jenis lain la. setakat ni pun tiada simptom cuma lenguh2 masa awal kena cucuk.

    ReplyDelete
  12. Seronok baca pengalaman kengkawan semua amik vaksin, bagusss semua positif menerimanya..
    Sis belum ada rezeki lagi nak dapat, anak nanti 5/6 ni cucuk di shah alam.. harap bebaik aja laa..

    ReplyDelete
  13. Tahniah kak ayu.. Alhamdulilkah semua berjalan dengan lancar ye.. Bukan rezeki nad lagi nak dpt vaksin.. Harap vaksin ni dpt diberi kepada smeua orang

    ReplyDelete
  14. Wahh, congratulation kak and sekeluarga! dah dapat suntikan dos pertama.. Nell pulak bakal menyusul.. 2 minggu dari skrg.. excited pun ada, takut pun ada.. :)

    ReplyDelete
  15. Tq atas tips. Part parking level 6 tu penting, sbb nnt xla tercari2. Tq

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.