Antara Sekuel Filem The Conjuring, Mana Yang Paling Seram dan Best?

Saya dah tonton ketiga-tiga filem sekuel The Conjuring ini. Antara filem yang saya memang letak dalam senarai setiap kali ada yang terbaru. Apatah lagi katanya jalan cerita ada sedikit inspirasi daripada kejadian yang pernah berlaku. Tapi dalam hal ini saya tak dapat pastikan sebenarnya kesahihannya.


Ianya mengisahkan kisah pasangan suami isteri iaitu Ed dan Lorraine. Yang mana mengikut sumber dari google Ed Warren merupakan seorang veteran Perang Dunia II dan juga bekas pegawai polis yang kemudiannya menjadi ahli demonologi setelah mempelajari subjek itu sendiri. Manakala isterinya, Lorraine mempunyai kuasa psikik dan dipercayai boleh menjadi perantara yang mampu berkomunikasi dengan syaitan.

Ed mati pada tahun 2006 dan ketika perfileman The Conjuring yang pertama dalam pembikinan dikatakan telah mendapat kerjasama daripada Lorraine sebagai perunding.

Sehingga hari ini  (tahun 2021) terdapat 3 filem The Conjuring yang masih mengekalkan watak utama iaitu Vera Farmiga (Lorraine Warren) dan Patrick Wilson (ED Warren). Pelakon Vera dan Patrick ini banyak juga terlibat dalam  filem yang famous, contohnya Aquaman, Orphan dan pelbagai lagi.

Ringkasan daripada filem Conuring boleh diikuti di bawah. Saya cuba olah dalam ayat yang lebih mudah.

The Conjuring 3 : The Devil Made Me Do It

Kisah berlaku pada tahun 1981, di mana Ed dan Lorraine Warren telah melakukan proses exorcisme terhadap mangsa iaitu David Glatzel yang berusia 8 tahun di bandar Brookfield, Connecticut. 


Ketika proses rasukan, Ed telah diserang dan dalam usaha menyelamatkan keadaan yang huru-hara ketika itu Arne (pakwe kakak David) telah meminta iblis untuk merasuk tubuh David untuk mengambil tubuhnya sebagai ganti. Hanya Ed yang menyaksikan iblis berpindah dari David ke Arne sebelum beliau tidak sedar akibat serangan jantung.

Apabila Ed sedar di hospital beliau telah memberitahu Lorraine bahawa iblis tersebut masih ada cuma telah berpindah ke badan Arne. Dan Ed meminta Lorraine untuk menyelamatkan Arne. Tapi terlambat sebabnya Arne telah dirasuk dan tanpa niat telah membunuh tuan rumah yang disewanya, Bruno Sauls, dengan menikam sebanya 22 kali di bawah pengaruh iblis. 

Dengan sokongan Warrens, kesnya menjadi perbicaraan pembunuhan Amerika pertama yang mengaitkan dengan rasukan iblis. Sekaligus menyebabkan Ed dan Lorraine harus mencari bukti yang kukuh untuk membantu Arne. Pada masa yang sama Lorraine kerap mendapat bayangan tentang seorang wanita yang sedang melakukan sihir. Akhirnya membawa mereka untuk menyiasat kejadian bagaimana mula David dirasuk. Sehingga menemukan sesuatu yang tidak dijangka di rumah kelauraga David - patung sihir!

Untuk sekuel ini kita akan lihat penglibatan Warrens terhadap kes pembunuhan dan kehilangan dua sahabat baik di Danvers iaitu Katie dan Jessica. Di mana Jessica telah membunuh Katie dibawah pengaruh iblis, tetapi masalahnya selepas itu Jessica tidak ditemui.

Manakala Arne yang telah dirasuk teruk di sel penjara turut disaksi pekerja di situ dan paderi yang bertugas. Akhirnya siasatan Warrens membawa kepada paderi Kastner. Dan dari situ baru mereka tahu tentang kisah sebenar apa yang terjadi. Ianya berkait dengan pemujaan iblis dan sihir yang diamalkan oleh anak perempuan Kastner iaitu Isla.

Dalam The Conjuring 3 diselitkan juga adengan romantik flashback antara Ed dan Lorraine begitu juga dengan hubungan Arne dan teman wanitanya yang setia iaitu Debbie. Kalau tanya seram tak? Bagi saya masih seram..sebab ada rasuk, pemujaan  benda-benda yang boleh menyumbangkan rasa keseramaan.


The Conjuring 2
Kisah yang berlaku pada tahun 1977, penyiasat paranormal Ed (Patrick Wilson) dan Lorraine Warren telah ke pekan Enfield, sebuah wilayah di London utara. Di sana, mereka bertemu dengan Peggy Hodgson, seorang ibu tunggal yang mempunyai empat anak.

Menurut Peggy di rumahnya terdapat sesuatu kuasa yang jahat berada di rumahnya. Ramai yang tidak mempercayainya tetapi Ed dan Lorraine percaya apa yang diceritakan oleh Peggy. Ini kerana anak perempuan bongsu Peggy mula menunjukkan tanda-tanda dirasuk iblis. 


Ketika Warren (ed dan Lorraine) berusaha menolong keluarga tersebut. Ada part jelmaan Valak (hantu nun) muncul dan baru mereka sedar rupanya mereka juga menjadi sasaran semangat jahat yang seterusnya. 

Sekuel yang kedua ini seram juga, terutama apabila kita nampak hantu orang tua dekat kerusi, TV tertiba terbuka sendiri, tanda salib diterbalikkan dan kehadiran Valak (sebagai pelakon jemputan, hahahah). 


The Conjuring 1

Pada tahun 1971, Roger dan Carolyn Perron telah berpindah ke rumah lama di Harrisville, Rhode Island, bersama lima anak perempuan mereka, Andrea, Nancy, Christine, Cindy dan April.  Ketika sampai disana anjing mereka Sadie enggan memasuki rumah tersebut. Memang seram kalau lihat keadaan rumah besar dan buruk yang terletak berdekatan dengan tasik ini.

Kejadian paranormal berlaku dalam beberapa malam pertama: semua jam berhenti pada jam 3:07 pagi, burung hitam terbang dan langgar tingkap dan paling sadis anjing kesayangan mereka Sadie ditemui mati di halaman belakang rumah. Pada suatu malam, Carolyn mendengar bunyi orang tepuk tangan di lorong dan terperangkap di ruang bawah tanah.  Manakala Andrea dan Cindy diserang di bilik tidur mereka oleh roh yang jahat yang menakutkan.

Carolyn menghubungi ahli demonologi Ed dan Lorraine Warren, yang kebetulan tengah popular sedang menyiasat tentang anak patung yang bernama Annabelle. PAsangan Warren bersetuju untuk menyiasat rumah tersebut. Mereka melakukan siasatan awal dan menyimpulkan bahawa rumah itu mungkin memerlukan pengusiran setan, tetapi mereka memerlukan kebenaran dari Gereja Katolik dan bukti lebih lanjut sebelum mereka dapat meneruskannya. Ed dan Lorraine juga mendapati bahawa rumah itu juga pernah menjadi milik seorang ahli sihir iaitu Bathsheba Sherman (saudara dari Mary Towne Eastey), yang mengorbankan bayinya ketika berusia seminggu untuk iblis dan seterusnya  membunuh dirinya pada tahun 1863 pada jam 3:07 pagi. Serentak itu beliau juga telah bersumpah pada sesiapa sahaja  yang mengambil tanahnya.

Warren (Ed dan Lorraine) juga menemui laporan mengenai banyak kejadian samada pembunuhan dan bunuh diri bertahun-tahun di rumah yang dibina di atas hartanah ahli sihir tersebut. Untuk mengumpulkan bukti, mereka meletakkan kamera dan loceng di sekitar rumah tersebut dengan bantuan pembantu mereka Drew Thomas dan pegawai polis Brad Hamilton. Sehinggalah suatu pagi, roh Bathsheba muncul.

Banyak kejadian pelik dan menakutkan telah berlaku. Akhirnya keluarga Perron memutuskan untuk berlindung di sebuah motel sementara Ed dan Lorraine membawa bukti penyiasatan mereka kepada Pastor Gordon, penghubung antara Gereja Katolik. Pastor Gordon menjelaskan bahawa persetujuan untuk pengusiran setan harus datang  dari Vatikan, kerana keluarga Perron bukan anggota gereja. Anak perempuan Warrens iaitu Judy secara tiba-tiba diserang di rumah mereka sendiri oleh Bathsheba menggunakan patung Annabelle. Sementara itu, Carolyn yang telah dirasuk membawa Christine dan April kembali ke rumah untuk membunuh mereka berdua.

Filem ni banyak adengan yang menakutkan. Terutama masa diaorang main tepuk-tepuk dan cari, kejadian hantu lompat dari almari, Lorraine nampak wanita gantung bunuh diri kat pokok dan permainan corosel tu... Adoi. Yang tu boleh kejung terkejut penampakkan seseorang yang seram, hokeh.


Antara ketiga sekuel The Conjuring mana paling seram?

Bagi saya yang pertama sebabnya hantunya memang epik. Jenis rasuk pun ada, hantu tu menampakkan entitinya pun ya juga. Boleh nampak kelibatnya yang tiba-tiba. Tapi untuk The Conjuring 2 dan 3, dari segi seram not bad juga. Jalan cerita memang ada sedikit berlainan.

Katanya semua cerita ini adalah inspirasi dari kisah benar. Cuma saya difahamkan ada penambahan sikit bagi mencantikkan jalan cerita hantu The Conjuring. 

Antara Sekuel Filem The Conjuring, Mana Yang Paling Seram dan Best? Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 14, 2021 Rating: 5

16 comments:

  1. i tak suka tgk filem seram sbb rasa stress hahaha tp i dh peranh tgk conjuring yg 1st tu masa ditayangkan kat astro some time ago

    ReplyDelete
  2. Qeela dah tengok ketiga2 The Conjuring ni juga, for me, Conjuring 1 paling seram & best hehe, while yang latest ketiga ni tak seram, but yes story line dia nice juga.

    ReplyDelete
  3. Faiq suka tengok filem seram, tapi jarang la tengok filem seram inggeris ni sebab banyak jump scare kadang kadang. Tapi for me, The conjuring ni best..

    ReplyDelete
  4. the conjuring ni semua jalan cerita okay lah best jugak, tapi nak kata seram tu yang 1 tu paling seram kot

    ReplyDelete
  5. Paling ngeri adalah yang pertama - sebab masa kecil, selalu main sembunyi tepuk2 dengan my cousins. Now terfikir, adakah pernah sebenarnya tepukan masa kami main tu, bukan dari kami? Aduhai!

    ReplyDelete
  6. yes. mcm kisah benar semuanya. di ending setiap movie, mesti dipaparkan gambar kejadian sebenarnya. kalau aida x silap la.
    latest one ni tak menyeramkan sgt. sebab loraine ed byk berborak, diskus. not so hantu. yg sebelumnya tu, ok, menyeramkan menakutkan mengejutkan :(

    ReplyDelete
  7. Belum dapat tengok lagi ni.. feedback yang dah tengok semua kata tak berapa seram, iyee ekkk.. tapi yang pertama dulu lee bapak serammm sampai pejam mata dalam panggung hahahaha

    ReplyDelete
  8. Suka tengok cerita seram tapi taknak tengok. Nanti terngiang ngiang, tak boleh tido

    ReplyDelete
  9. Pergh ada yang ke tiga ya.. Yang oertama dna kedua pun dh seram. Ketiga mestila seram juga.. Best2.. Nanti boleh layan.. Kene tengok ramai2

    ReplyDelete
  10. Dulu masa cinema bukak, saya kerap sgt tengok horror movie, smpai dah tak ingat dah. Asyik tertukar between conjuring n insidious.

    ReplyDelete
  11. I ni memang penakut setakat baca pun dah rasa seram, tak tau lah kalau i watch this movie.

    ReplyDelete
  12. Wahh, Conjuring yang terbaru ni jer yang Nell tak tengok lagi.. yang first two tue memang tengok kat cinemas.. memang epic dan menakutkan series ni kan.. nak set time tengok all three la.. good refresher la entry ni.. :)

    ReplyDelete
  13. ika rasa ika tak tengok lagi apa apa cerita conjuring ni nanti nak tengok la sebab tgh hype kan hee

    ReplyDelete
  14. I have watched all and to be honest, nothing beats the first one as we have nothing to expect.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.