Memborong Pakaian 3 Plastik RM10 Di TaPauSab Jalan Jalan Japan


Happy me dengan hasil borongan di TaPauSab Jalan Jalan Japan :-)

Panik kejap bila sampai di Jalan Jalan Japan One City Subang USJ Skypark. Wow! Kebetulan datang pada hari Sabtu minggu terakhir ada acara TaPauSab. Memang giler-giler murah. Bayangkan kita boleh pilih pakaian yang ditawarkan, sumbat sebanyak mungkin didalam plastik yang disediakan.

Haruslah saya memborong! Alang-alang dah sampai di Jalan Jalan Japan.

Untuk 1 plastik harganya adalah RM5, tetapi lebih berbaloi 3 plastik kerana ditawarkan pada harga RM10 sahaja. Saya datang awal pagi jadinya pilihan pakaian masih banyak terutama untuk pakaian wanita dan kanak-kanak.

Saya datang bersama Yana dan Akid. Jadi seperti kerja berpasukan beramai-ramai mencari baju yang dikehendaki di situ. 


Untuk kali ini banyak koleksi pakaian sejuk wanita yang datang dalam pelbagai saiz dan rekaan. Bagi mereka yang mencari skirt pendek memang banyak betul pilihan. Cuma kita memang kena pandai pilih mengikut keperluan dan kesesuaian.


Begitu juga dengan koleksi baju kanak-kanak. Bagi saya sendiri lebih banyak pilihan. Samada untuk lelaki mahupun perempuan dan apa yang penting penting kita perlu rajin membuat carian. Seronokkan macam 'shopping spree'. kita pilih sahaja baju apa yang kita suka tanpa memikirkan harganya.


Lepas dah pilih baju yang dikehendaki. Lipat dan susun elok-elok, masukkan ke dalam plastik yang diberikan oleh staf jalan Jalan Japan. Muatkan sehingga penuh plastik.

Happy!!! Steerusnya sambung berjalan didalam Jalan Jalan Japan. Bnayak betul barangan dari Jepun yang masih cantik. Ada yang memang masih baru. Kena pandai memilih dan mencari.

Untuk outlet di One City Subang USJ Skypark, memang agak besar dan luas. Ianya adalah ruang 2 tingkat. Pelbagai pilihan barangan juga ditawarkan.

Favourite port untuk Akid. Sebagai peminat beanie, memang suka betul beliau mencari beanie yang masih cantik-cantik di sini.

Total 3 plastik yang mengandungi pakaian pilihan yang dipilih dari jualan TaPauSab.

Kaunter pembayaran yang mengikut SOP.  Ada penjarakkan antara pelanggan dan cashier.

Untuk kali ini saya banyak memilih pakaian yang tebal. Ini termasuklah jaket khas musim sejuk. Mana tahu ada rezeki untuk pergi bercuti lepas tamat tempoh PKP seluruh dunia. Jumlah pakaian yang berjaya saya perolehi semasa jualan Tapau Sab ini adalah 23 helai! Not bad kan. Pakaian anak paling banyak sebenarnya. Bolehlah saya buat sebagai pakaian basahan di rumah atau keluar jalan-jalan nanti. 

Antara pakaian yang dibeli semasa jualan TaPauSab :-)

Kemeja checkers sebenarnya ianya ada hoodie dibelakang :-)

Kain agak tebal tapi selesa.

Baju santai pergi jalan-jalan.

Selesa tapi baju ini kainnya agak tebal. Sesuai pakai ketika musim sejuk.

Warna merah darah yang terang, baju santai jalan waktu petang.

Baju ada ribbon dan bercorak kotak-kotak. Warna soft, cute sangat!

Shirt feveret Yara, Vontage Rocks!

Fabrik selesa biarpun lengan panjang.

Sweet kan. Baju santai duduk di rumah.

Sebenarnya ada banyak lagi baju. Tapi saya sempat OOTD dengan yang ini dahulu. So, korang jomlah shopping sempena jualan TaPauSab di Jalan Jalan Japan. Jualan ini hanya berlangsung setiap hari Sabtu minggu terahir pada setiap bulan. Bukan setiap hari Sabtu tau tapi hari Sabtu terakhir di bulan tersebut.

TaPauSab yang ditawarkan di Jalan Jalan Japan cuma di 3 cawangan iaitu di:-
  • One City Subang USJ Skypark
  • 1 Shamelin Mall Cheras
  • CenterPoint Seremban
Happy me with Yana and Akid

vlog : TaPauSab Jalan Jalan Japan One City Subang USJ Skypark

Untuk info mengenai promosi Jalan Jalan Japan boleh layari:-
https://www.instagram.com/jalanjalanjapanmalaysia/
Memborong Pakaian 3 Plastik RM10 Di TaPauSab Jalan Jalan Japan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 30, 2020 Rating: 5

16 comments:

  1. Jelesnya..sini tak de tempat macam ni..

    ReplyDelete
  2. Wahhh, kiranya 23 helai baju ni boleh muat dalam 3 plastic bag yang staff bagi tue? So total only RM10? Bestnya.. kena pergi serbu Jalan Jalan Japan la kalau macam tue... So berbaloi...

    ReplyDelete
  3. woow....always wanted , however missed the chance to join this RM10 tapau @ Jalan Jalan Japan, so much exciting fun :D cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  4. JJJ ni sekangkang kera jer dari rumah ai tapi jarang sangat pergi sebab kalau pergi habis diborongnya....bajet nak beli baju tapi nanti macam2 angkut bawak balik....hahahaha

    apapun JJJ kat sini memang best tau sebab banyak pilihan ....lagi kalau bawak anak2..tak monang tangan haaa...wajib seharian lepak kat situ pilih barang

    ReplyDelete
  5. Wah seronoknya memborong! Untung betul beli baju kat sini, especially yg winter wear tu. Bukannya murah kalau beli kat kedai biasa.

    ReplyDelete
  6. Alaaa bestnyaa, masa anak pergi tu dia dah cakap dah, semua barang dia best.. baju pun not bad, banyak saiz... bila nak hbs PKPB ni haaaaa nak pegi jugaaaa

    ReplyDelete
  7. Wow memang sesuai la dengan nama nya nampak gayanya Ayu tapau habis ni... terbaik bila murah kan?

    ReplyDelete
  8. Ni betul2 dia kasi tapau habis ni namanya kak oiii..hahah syiok laaa soping camni. Ok nak gi la JJJ

    ReplyDelete
  9. Ya ampun... Seronoknya! Murah giler
    Kena pandai susun laaa kannn dalam bag plastic tu. Cecantik Ayu pilih. Untung sangat!

    ReplyDelete
  10. Best ni. Saya pun nak pergi shopping sini nanti. Boleh beli banyak- banyak.

    ReplyDelete
  11. Woww banyaknye borong. Banyak baju yang berkenan dapat ye kak. Berbaloi RM10 dapat 3 bag plastik

    ReplyDelete
  12. This is so worth it which is why I love shopping at Jalan Jalan Japan mmg best tempat nie

    ReplyDelete
  13. Waaaahh bestnyaaa.
    Tak pernah lagi terjah sana.
    Kalau dapat terjah, memang habis habisan memborong juga ni..

    ReplyDelete
  14. Wow memang banyak barang boleh borong kat JJJ, nanti kita nak pergi juga.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.