Tesco Kini Mempunyai Kedai Rasmi di Shopee

Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd telah meningkatkan penawaran di kedai rasminya di Shopee sebanyak 200 item, menjadikan bilangan keseluruhan produknya berjumlah lebih daripada 3,000 barangan. Ini merupakan sebuah inisiatif ekoran usaha Kerajaan dalam menggalakkan orang ramai untuk kekal di rumah, di mana kebanyakan rakyat Malaysia sedang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Tiada siapa yang berusaha lebih keras untuk para pelanggan daripada kami di Tesco. Kami telah melihat permintaan untuk barangan runcit dan keperluan rumah yang lain meningkat sejak bermulanya pandemik ini dan dengan keadaan yang semakin berlanjutan, ini adalah kebiasaan baharu pada masa sekarang, meningkatkan penawaran di kedai kami di Shopee, pelanggan kami kini dapat membeli barangan keperluan harian dan banyak lagi, secara selamat dari rumah dengan yakin dan mudah dalam waktu yang tidak menentu ini.
Pengarah Produk Tesco, Kenneth Chuah.

Kami juga berbesar hati bekerjasama dengan Shopee kerana ini bukan sahaja memberi lebih banyak kemudahan kepada pelanggan kami, malah juga membolehkan kami untuk menawarkan yang terbaik dari Tesco kepada para pelanggan di Sabah dan Sarawak, di mana kami belum mempunyai kehadiran secara fizikal.
tambah Chuah.

200 item paling popular yang ditambah di kedai rasmi Tesco di Shopee ditentukan melalui data pengguna dan trend pembelian daripada rangkaian 62 cawangan fizikalnya di seluruh negara. Barangan ini merangkumi makanan dan minuman; mainan dan lampin bayi; produk penjagaan dan kesihatan diri; peralatan storan rumah; perabot kecil dan banyak lagi.

Terutama sekali, Tesco juga telah mempertingkatkan penawaran elektroniknya dengan membawa masuk beberapa jenis model Microsoft Surface Go 2 dan Microsoft Surface Pro 7, dengan harga selepas diskaun masing-masing bermula daripada sekitar RM2,899 dan RM4,149. Memandangkan telefon pintar merupakan keperluan penting bagi orang ramai, Tesco juga menambah penawaran di kedai rasminya di Shopee dengan pelbagai jenis gajet Samsung seperti Samsung Galaxy A31, Samsung Galaxy S10 Lite, Samsung Galaxy S20+, Samsung Galaxy Fold dan banyak lagi pada harga yang berpatutan.

Selain daripada kepelbagaian barangan yang ditawarkan, Tesco juga akan menawarkan diskaun hingga 50 peratus di kedainya di Shopee semasa 12.12 Jualan Ulang Tahun platform e-dagang tersebut yang sedang berlangsung hingga 12 Disember 2020. Rakyat Malaysia akan dapat menikmati penjimatan yang lebih besar bagi Barangan Berjenama Tesco yang berpatutan dan digemari ramai yang juga merangkumi rangkaian barangan keperluan bayi terlaris, Fred & Flo dan barangan keperluan lain sambil menikmati penghantaran percuma di seluruh kedai.

Untuk pembayaran yang lebih lancar sepanjang kempen, para pengguna boleh menambah nilai
akaun ShopeePay mereka agar tidak terlepas tawaran atau produk terhad yang cepat terjual. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran Tesco, kunjungi https://shopee.com.my/tesco.fbs

Tesco Kini Mempunyai Kedai Rasmi di Shopee Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 02, 2020 Rating: 5

1 comment:

  1. Macam ni baru best.boleh beli barang tesco di shopee. sebelum ni kalau nk beli barang tesco online jenuh booking tarikh tapi dah penuh.leceh sangat..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.