Nour's Chickin | Snek Kulit Ayam Yang Rare dan Sedap, Sekali Rasa Confirm Terchickin!

Nour's Chickin | Snek Kulit Ayam Yang Rare dan Sedap, Sekali Rasa Confirm Terchickin! - Kudapan sihat dan mengenyangkan yang pastinya ramuan utamanya sangat 'rare' untuk dijadikan snek.. Ahah! Saya sendiri begitu teruja apabila pertama kali mencubanya. Bayangkan kulit ayam yang diproses menjadi kerepek ranggup. Memang padu rasanya. Apatah lagi ditambah dengan rasa kepedasan yang sememangnya sinonim dengan kegemaran masyarakat Malaysia yang begitu menggemari hidangan yang punyai rasa 'kick' pedas :-)

Kenalkan Snek Kulit Ayam Chickin yang dikeluarkan oleh usahawan bumiputera Nours Venture Sdn Bhd. Snek kulit ayam yang mempunyai kualiti dan standard yang tersendiri. Dihasilkan mengikut prosedur tertentu dan teliti bagi memastikan snek yang dihasilkan tidak langsung mengandungi lemak ayam. .


Bahkan penghasilan snek ini juga melalui pelbagai peringkat saringan bagi memastikan kualiti snek, pembungkusan serta penlabelan menepati SOP bagi memberi jaminan kepuasan kepada pelanggan. Snek ringgan yang bukan sahaja lazat bahkan juga kaya dengan khasiatnya yang tersendiri



Dalam satu kenyataan dari pakar kesihatan Universiti Harvaed turut menyokong bahawa kulit ayam mengandungi banyak asid lemak Omega-6 berbanding dengan Omega-3. Ianya juga bukan dari lemak trans serta bagus untuk kesihatan jantung.

Pengasas Snek Kulit Ayam Chickin
Kenalkan pengasas snek kulit ayam Chickin iaitu Encik Faiz Hilmy bersama rakan niaganya Puan Syaira Sadle.Usahawan muda yang mempunyai misi untuk membantu lebih ramai orang terutama buat mereka yang terkesan akibat kehilangan pekerjaan ketika musim PKP baru-baru ini.

Apa yang menarik, pihak Nours menawarkan peluamg perniagaan kepada agen baru pada harga serendah RM85 sahaja. Memang sangat berbaloi. Peluang ini khas untuk mereka yang ingin menambah pendapatan melalui penjualan produk Chickin.

Kalau korang berminat boleh klik pada pautan ini :-


Pra- Pelancaran Snek Kulit Ayam Chickin
Satu majlis pra-pelancaran telah diadakan di Lepaking 1.0 Jalan Gombak pada 15 Ogos 2020 dengan dihadiri oleh 4 instafamous yang cukup popular, blogger dan juga pengamal media tempatan. Pelbagai acara disediakan kepada pengunjung yang mana wang tunai sebanyak RM200 ditawarkan untuk pemenang dalam setiap cabaran.

Apa yang menarik untuk setiap cabaran, hidangan yang disediakan adalah tajaan dari vendor makanan di Lepaking. Memang semua makanannya nampak sedap dan menarik. Walaupun cabaran, ada syarat dan masa yang perlu ditetapkan. Namun makanan yang dihidangkan memang mengujakana saya. Semua hidangan adalah antara yang terbaik dan sentiasa menjadi pilihan pengunjung Lepaking.

1st Challenge : King of eat alert! x Nur Hamirah

Dua pencabar bersaing dengan instafamous Nur Hamirah. Di mana cabaran ini mereka perlu menghabiskan makanan didalam pinggan dalam masa 3 minit.

Nasi goreng kampung dari @aroi.thai.lepaking bersama ayam goreng enak dari @ayofriedchicken.
Pemenang cabaran :-) Memang hebat abang ini. Walaupun bermula agak 'slow' tercekik nasi, hahaha. Tapi slow and steady dapat menghabiskan kurang dari masa yang ditetapkan. Portion nasi agak banyak ya! Saya tengok pun takut, hahahah.


2nd Challenge : Spicy Rush Challenge x Roy Cari Makan

Cabaran ini bagi saya agak menakutkan, hahahaha. Di mana Roy Cari Makan akan bersaing dengan dua pencabar yang keduanya memang penggemar makanan pedas. Syaratnya perlu habiskan makanan pedas dalam masa 5 minit tanpa minum sebarang air.

Hidangannya merupakan spicy pasta dari @ladevole dengan level kepedasan 5.5. Perghhhh..

Dan ini adalah pemenangnya Shafwan. Hebat betul. Makan betul-betul sampai licin pinggan.


3rd Challenge : The flash Challenge x Syafiq Naser

Syafiq Naser dan dua pencabarnya perlu makan paling laju. Produk yang digunakan adalah Nour's Chickin. Saya difahamkan produk Nour's Chickin ditambah lagi level kepedasan untuk cabaran ini. Mereka perlu menghabiskan satu balang Nour's Chickin dalam masa 30 saat. Sedap kot Nour’s Chickin Crispy Chicken Skin. Tengok mereka berlumba makan memang membuatkan saya jadi terliur, hahaha.

Strategi abang ini memang menjadi dan beliau berjaya dinobatkan sebagai juara untuk cabaran ini.

4th Challenge : Guess Me! X Kelly Sunshine

Untuk acara ini saya volunteer untuk menyertai sama. Selain Kelly terdapat sorang lagi 'bro' yang menyertai cabaran ini. Kami telah ditutupkan mata dengan kain hitam. Seterusnya ada 3 hidangan untuk kami rasa dan siapa paling cepat meneka akan mendapat poin.

Mula-mula adalah hidangan Chicken Korea dari Chick n Cone. Pedasnya memang padu. Berair mata saya biarpun mencuba satu bahagian sahaja. Tetapi rasa tetap maintain sedap. Seterusnya sizzling mee bersama ayam dari Joe’s King Sizzling. Sedap juga. Ikut hati nak makan habis satu pinggan ketika sedang mencuba masakan tersebut, Tapi sebab nervous jadi dapat rasa sedikit pun jadilah, hahaha. Dan akhir sekali hidangan Bread Pudding dari Dessert Heaven, Puding Raja. Penutup hidangan yang terbaik. Memang sedap, cukup rasa dari segi manis dan juga lemak-lemak susu.

Serius!!!! Memang sedap-sedap makanan yang saya rasa dan cuba teka. Rasanya saya kena repeat balik datang ke Lepaking untuk makan semula makanan yang pernah dirasa. Baru puas hati, hehehe.

Muka bahagia semuanya sebab dapat habuan RM200. Sertai secara suka-suka siapa sangka dapat duit belanja :-)

Jom Sertai Gaji Setahun - Beli & Menang

Apabila korang dah beli Nour's Chickin jangan lupa untuk imbas barkod di botol. Korang akan dapat lihat penerangan terperinci bagaimana nak sertai peraduan Gaji Setahun - Beli & Menang.

Ada seorang pemenang bertuah akan dipilih. Dan tarikh akhir untuk menghantar penyertaan adalah pada 20 September 2020. Jangan lupa serrtai. Sambil membeli, kita sertai peraduan. Mana tahu ada rezeki dapat hadiah wang tunai setiap bulan selama setahun.


#nourschickin
#dahrasaconfirmterchickin
#noursvengers
#noursxlepaking
Nour's Chickin | Snek Kulit Ayam Yang Rare dan Sedap, Sekali Rasa Confirm Terchickin! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 16, 2020 Rating: 5

20 comments:

  1. Ada pertandingan gak? Kena try nie. Kat Sarawak selalu gak makan kerepek kulit ayam hehe

    ReplyDelete
  2. memang rare kerepek kulit ayam ni, baru nak tanya sis tak join ke contest? tengok-tengok dah menang cash haha

    ReplyDelete
  3. First time dengar kerepek kulit ayam ni. Nampak sedap. Kelly pun ada sekali wah.

    ReplyDelete
  4. wow tak sangka ada yang buat kulit ayam sebagai snek! Macam syok je kalau join jadi agent kekeke

    ReplyDelete
  5. tu dia aihhh dah jadi komersil pulak kulit ayam ni yerrr,kalau dulu orang buang2 jer sekarang dah jadi rebutan,memang sedap kan kulit ayamyang crispy nihh...nanti nak try gakkk

    ReplyDelete
  6. Kita pernah makan ada kulit ikan tak pernah cuba lagi yang kulit ayam ni hehehe nampaknya kena cuba juga lah ni wakakakaka best menarik ni hurmmm..... Rasa kulit ayam siapa tak suka kan

    ReplyDelete
  7. 1st time dengar snek kulit ayam ni. Teruja nak cuba sebab dari penceritaan kak ayu serious macam sedap je. Tertelan air liur tau..hehhe

    ReplyDelete
  8. aduiii...masih tak boleh move on dengan tagline dia tu...sekali rasa confirm terchickin..hahahah!

    ReplyDelete
  9. Sis memang suka makan kulit ayam goreng weyyy, tak sangka plak kulit ayam boleh komersil sampai macam ni sekali hehehehe..nak cari gak le nak cuba...

    ReplyDelete
  10. Haaa nak masuk peraduan ni la. Kulit ayam tu sedap kalau rangup-rangup. Tahniah akak. Nanti Qiss nak beli dan join peraduan ni.

    ReplyDelete
  11. Dah lama perhati produk ni. Kegemaran rakyat Malaysia kot kulit ayam haha. Boleh la cuba mana tahu jadi fevret. Nak menang gaji setahun tu jgk

    ReplyDelete
  12. Macam sedap je produk ni.. Kulit ayam erk.. Boleh cuba ni.. Tahniah dapat 200 hehee.. Hebat la kak ayu.. Ada pulak hadiah gaji setahun

    ReplyDelete
  13. Yeahh. Dh beli jugak nour chickin ni. Sedap jugak n rangup. Nak join contest gaji setahun rm100 tiap bulan jugak la nanti. Kena buat video je kan?

    ReplyDelete
  14. Tak boleh bayangkan rasanya sebab goreng mcmtu pon dah sedap berebut makan. Tahniah sis menang rm200 rezeki malam tu

    ReplyDelete
  15. uuu menariknyaaa. fav sgt la kulit ayam hehe selalu mmg tak kasi kulit ayam kalau makan kepci hehe.

    ReplyDelete
  16. Belum pernah rasa dan baru tau kulit ayam dah jd snek kudapan. Sedap ke?

    ReplyDelete
  17. Wah macam rare je dengar snek kulit ayam. Tengok macam menarik nak juga cuba sendiri makan kat rumah.

    ReplyDelete
  18. Wow ada pertandingan dapat hadiah duit.. Bestnya.. Nak rasa la kudapan ni.. Kulit ayam ranggup pulak.. Husband mesti suka

    ReplyDelete
  19. memang ramai je suka kulit ayam kan, termasuklah saya. nanti boleh cuba

    ReplyDelete
  20. Selalu kalu beli ayam mmg asingkan kulit buat goreng kunyit.. Wahh.. Sekarang dah jadi snack ye kulit ayam nie.. Boleh la AM cuba nanti..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.