Himalaya Menawarkan Formulasi 100% Herba | Produk Terbaik Penjagaan Muka

Himalaya Menawarkan Formulasi 100% Herba | Produk Terbaik Penjagaan Muka - Memilih yang terbaik dan sesuai dengan kulit muka adalah antara faktor penting sebelum saya membuat keputusan dalam setiap pembelian produk rutin penjagaan diri. Selain daripada jenama yang dipercayai, formulasi ramuan juga saya akan mengambil kira dan teliti secara terperinci.

Dan jenama Himalaya memenuhi kriteria yang saya inginkan. Ianya bukan sahaja sesuai untuk kegunaan sendiri bahkan boleh dikongsikan bersama ahli keluarga yang lain.

Kenapa Saya Memilih Produk Himalaya
Produk Himalaya diformulasi daripada 100% herba. Contohnya untuk siri penjagaan muka kali ini saya memilih ramuan dari daun semambu (neem). Jika kita baca daripada mana-mana penyelidikan yang telah dilaksanakan oleh pihak-pihak yang pakar, jelas membuktikan pokok semambu ini bagus kerana ianya mempunyai agen anti bakteria, anti parasit, anti kulat dan anti virus. Dikatakan juga daun ini juga sangat berkesan dalam melegakan penyakit kulit seperti ekzema, alahan kulit, ruam, gatal-gatal, kurap dan boleh merawat kecederaan kulit akibat terbakar.


Oh ya, selain bagus untuk kegunaan luaran, kajian juga membuktikan daun semambu juga selamat dimakan dan memberi banyak kebaikan. Antaranya digunakan untuk rawatan kencing manis. Untuk pengetahuan semua, di Afrika Timur tumbuhan semambu dikenali sebagai Mwarobaini (Swahili), yang bererti pokok 40, ke. Ianya dikaitkan dengan merawat 40 jenis penyakit. Manakala dikalangan masyarakat Melayu, untuk kurangkan rasa gatal akibat demam campak, daunnya sering diletakkan di bawah bantal atau dijadikan alas tilam. Selain daripada itu, daun  semambu boleh dicampur dalam air dan dijadikan air mandian khas untuk kanak-kanak yang menghidapi penyakit cacar air (chicken pox).

Memandangkan bukan setiap rumah ada tanam pokok semambu ini. Jadi alternatifnya kita dapatkan produk Himalaya. Jenama terkemuka ini yang sudah lama berada di pasaran iaitu dari tahun 1930 lagi.


Produk Himalaya Yang menjadi Kegemaran Saya

Disebabkan kulit wajah saya jenis kombinasi kering dan berminyak terutama di kawasan zon-T serta bahagian pipi, jadi mudah sahaja muka dinaiki jerawat halus. Untuk anak bujang saya memang jerawatnya agak besar juga, al-maklumlah zaman remaja. Hormon jerawat bermaharajalela.

Antara produk Himalaya yang sedang saya gunakan dan sangat rekomenkan pada korang semua, seperti:-

Purifying Neem Face Wash
Pencuci muka ini is a must item yang memang saya akan dapatkan setiap bulan. Ramuan utamanya adalah daun semambu dan kunyit. Pembungkusan dalam bentuk tube, memang praktikal. Senang dan hanya picit sahaja amaun yang dikehendaki.

See! Tekstur jernih dan likat. Letakkan sedikit di telapak tangan. Cara saya basahkan dengan sedikit air.

Cuci rata secara lembut di bahagian muka. Elak daripada terkena mata (Dah kenapa nak cuci sekali dengan matakan, hahahah). Seterusnya bilas dengan air.

Immediately wajah dirakamkan selepas muka dicuci. Port dalam tandas yer. Muka rasa lebih lembut ada lebih anjal-anjal gitu. The best feeling ever!!!

Purifying Neem Pack
Dan ini adalah masker muka. Diformulasi daripada daun semambu, kunyit dan fuller earth (sejenis tanah liat yang digunakan untuk rawatan dan pencerahan kulit).

Didatangkan dalam bentuk tube juga. Jadi apa yang kita perlukan, hanya picit amaun yang dikehendaki. Sapukan rata di bahagian wajah. Biarkan seketika. Sebaiknya ketika selesai meletakkan di muka, kita perlu rehatkan diri (me time) dalam beberapa minit sebelum kita bilas muka dengan air bersih.

Kebaikan produk ini ianya dapat mengawal lebihan minyak sekaligus membersihkan segala pori yang tersumbat. Best ke idok?? Haruslah best!!


Nourishing Skin Cream
Sudah cuci dan pakai masker, seterusnya kita perlu juga ada pelembap muka. Antara produk yang cukup popular dari jenama Himalaya adalah Nourishing Skin Cream. Produk ini sebenarnya sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang kering. Diformulasi daripada ekstrak Aloe Vera, Winter Cherry, Indian Kino Tree dan Pennywort India

Jika dilihat pada ramuannya memang kaya dengan khasiat terutamanya  Aloe Vera yang mempunyai agen melembap, merawat dan menyejukkan kulit. Begitu juga dengan Winter Cheery yang boleh membantu pertumbuhan semula sel kulit. Manakala Indian Keno Tree boleh meremajakan kulit dan Pennywort India bagus untuk merawat khasnya pada mereka yang mempunyai enzema. Ini kerana Pennywort India kaya dengan agen perawatan kulit secara semulajadi.

Hanya sapu rata di seluruh muka, selepas penggunaan toner. Ianya bagus untuk melembapkan muka sepanjang hari :-)


Lip Balm
Untuk bibir boleh gunakan Lip Balm Himalaya. Ianya bole membantu mengurangkan masalah bibir pecah dan kering. Produk ini diformulasikan daripada Wheatgerm Oil dan juga Carrot Seed Oil. Hanya guna bila perlu, terutama apabila kita dapat rasakan bibir terlalu kering. Boleh juga apply sebelum sapuan lipstik di bibir.

Acne-n-Pimple Cream
Bagi saya ini adalah remedi terbaik untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat. Acne-n-Pimple Cream dari Himalaya ini diformulasi daripada Barbados aloe, silk cotton tree dan five-leaved chaste tree.

Sebenarnya saya tertarik dengan ramuan five-leaved chaste tree. Gigih saya google tentang kebaikan pokok herba ini.
Ok, ini pokok five leaved chasted

Ianya adalah tanaman herba yang biasanya digunakan untuk mengurangkan benjolan (fibrocystic) pada payudara, mencegah keguguran pada wanita yang memiliki tingkat hormon progesteron rendah dan pelbagai lagi. Tumbuhan herba ini juga digunakan pada kulit untuk menyingkirkan parasit dan juga mencegah gigitan serta sengatan serangga.

Jerawat di bahagian pipi anak bujang, Akid.

Dengan ramuan hebat didatangkan bersama Acne-n-Pimple Cream Himalaya dapat membantu merawat jerawat dan infeksi yang berlaku pada kulit. Selain itu, ianya juga dapat memastikan kulit menjadi lembut pada masa yang sama. Produk ini sesuai digunakan khas buat mereka yang mempunyai lebihan minyak dan memerlukan rawatan infeksi serta inflammasi di bahagian muka.

Digunakan selepas muka dibersihkan. Hanya sapukan di bahagian muka yang mempunyai jerawat.

Skin Wellness
Suplemen ini kaya dengan kebaikan yang dihasilkan daripada daun semambu. Selain untuk muka, suplemen ini juga bagus untuk penjagaan rambut yang sihat. Serius!!!Bahkan suplemen ini juga dapat menghalang/membunuh bakteria yang menyebabkan pertumbuhan jerawat.  Ianya juga mempunyai detoks dan agen anti-oksida yang dapat menjadikan kulit kita lebih berseri-seri serta sihat.

Untuk yang bermasalah dengan kulit disarankan mengambil; 2 kapsul (sehari dua kali) secara  konsisten 3 sehingga 5 hari.  Dan seterusnya 1 kapsul dua kali sehari. Bila ambil suplemen seperti ini memang kita disarankan mengambil minuman air secukupnya. Kena juga kurangkan makanan berminyak, bergoreng dan juga pedas. Halamak, hahaha

Kesimpulan....
Paling penting kita kena jaga diri , mengambil kira kecantikan secara menyeluruh dengan menggunakan produk yang betul khasiatnya waima cara pemakanan pun kena jaga sama. Inside and outside, beautifully. Achgitewww.

Dan saya memang puas hati sebagai pengguna produk Himalaya. Terbukti banyak perubahan dapat dirasai dan paling penting ianya selamat digunakan tanpa rasa was-was.

Boleh dapatkan semua produk Himalaya ini samada dari outlet Himalaya, ataupun di farmasi fizikal dan atas talian serta pasaraya yang berdekatan.

Keterangan lanjut mengenai produk boleh layari:-
https://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia
https://www.instagram.com/himalayamalaysia/

#KulitSihatBebasJerawat
#HimalayaMalaysia
#NeemPower
#HimalayaNeem
#HimalayaNeemViral

Himalaya Menawarkan Formulasi 100% Herba | Produk Terbaik Penjagaan Muka Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 05, 2020 Rating: 5

14 comments:

  1. produk himalaya ni dah lama so memang boleh dipercayai. suka guna scrub die..nanti boleh la try produk yg lain pula

    ReplyDelete
  2. himalaya's losyen is my favorite

    ReplyDelete
  3. Daun neem memang bagus dan femes di india. Ena penah guna balm dari daun neem. Bagus btol ntk kulit anak. Apa lg kulit org dewasa. Mesti lg lembut kan

    ReplyDelete
  4. Wah bvusnya satu set macam ni.. Menarik.. Nad pun ad emslh minyak dan kering.. Nanti boleh tegok dekat himalaya.. Kot ade nak beli.. Hehe

    ReplyDelete
  5. Makin helok la kejadian seorang Ayu selepas nie. Letups2 la job pasni - jadi Beauty Blogger ye. Tapi Himalaya nie memang bagus dan sesuai dengan kulit sensitif Rawlins

    ReplyDelete
  6. Banyak juga produk yang dikeluarkan oleh Himalaya ni.
    Kalau harga berpatutan dan berkualiti, pasti ramai akan guna.

    ReplyDelete
  7. Banyak juga produk Himalaya ni. Kalau harga berpatutan dan berkualiti, pasti ramai akan guna

    ReplyDelete
  8. Kan kan walaupun harga produk Himalaya ni mahal, tapi berbaloi kalau dah selalu guna, kesannya akan nampak pada tubuh dan wajah kulit kita... Sis pun pakai pencuci muka tu...

    ReplyDelete
  9. Produk Himalaya memang best. Senang pula tu nak cari. Ada di farmasi dan kedai Himalaya sendiri. Kalau anak ada chicken pox. Memang cari sabun Neem mereka aje. Amat membantu.

    ReplyDelete
  10. produk himalaya sememangnya sangat berkualiti. keluarga saya pun dah lama gunakan produk2 daripada himalaya sebab ternyata berkesan. :)

    ReplyDelete
  11. Produk himalaya memang terbaik dan kualiti. Lia dah pernah Cuba beberapa produk himalaya macam syampoo, conditioner dgn cleanser. Serious memang best

    ReplyDelete
  12. Macam terkejut je muka Ayu... boleh jadi pelakon ni pandai acting.

    ReplyDelete
  13. This is really a good and reliable brand for people who are looking to cleanse their skin.

    ReplyDelete
  14. I tried their face and body care before but supplements belum lagi, their neem facial wash memang popular.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.