Tayangan Perdana Filem Terbesar Cartoon Network | We Bare Bears : The Movie

Tayangan Perdana Filem Terbesar Cartoon Network | We Bare Bears : The Movie- Yuhuu!! Adakah korang sudah bersedia untuk menonton tayangan filem perdana paling besar di Cartoon Network!

Saya!
Saya!

Jangan lupa save the date guys! Tayangan dijadualkan pada 11pagi, Sabtu, 12 September. Yerp! Beruang-beruang kegemaran ramai telah kembali dalam pengembaraan terhebat dengan filem televisyen pertama mereka, We Bare Bears: The Movie menerusi debut lintas-platform di Cartoon Network (Saluran Astro 615 HD / 635) dan saluran WarnerMedia yang lain seperti Boomerang, HBO, Warner TV, dan saluran hiburan Korea Oh!K, yang turut menayangkan MONSTA X tahun lalu, serta perkhidmatan penstriman HBO GO dan Cartoon Network Watch & Play.


Hidup sememangnya menyeronokkan buat trio yang disukai ramai ini namun apabila cinta mereka terhadap trak makanan dan video-video tular tidak terkawal, perkara itu menarik perhatian ancaman Ejen Trout dari Kawalan Hidupan Liar Nasional, yang berjanji untuk mengembalikan "keamanan semula jadi" dengan memisahkan mereka selama-lamanya. Apa yang menyedihkan mereka telah dihalau keluar dari rumah mereka dan menyebabkan Grizz memutuskan untuk berpindah ke Kanada!

Oh NO!!!

The Bears memulakan kembara jalanan dan menemui rakan-rakan baharu, menghadapi rintangan berbahaya dan menyertai pesta besar-besaran. Tetapi yang paling penting, perjalanan yang berbahaya itu memberikan pengalaman pertemuan kali pertama mereka dan bagaimana mereka menjadi saudara sekaligus membuatkan ikatan kekeluargaan mereka tidak berpisah.


Jom Tonton Episod Terbaik Bare Bears
Menjelang pelancaran filem ini, para peminat juga boleh menonton episod We Bare Bears terbaik dalam tayangan tiga minggu istimewa, iaitu pada 4 petang setiap hari bermula 24 Ogos sehingga 11 September, hanya di Cartoon Network (Saluran Astro 615 HD / 635). Setiap minggu akan mempertontonkan sorotan setiap satu Bear (beruang) dengan episod khusus untuk menceritakan tentang kisah unik dan asal usul setiap ahli trio We Bare Bears.

Grizz.png
Kisah Grizz bermula dari 24 hingga 28 Ogos, bersama dengan episod-episod yang mengingatkan momen-momen muzikal dan ‘sporty’ serta obsesi dan cinta Grizz terhadap makanan!

Panda.png
Seterusnya, dari 31 Ogos sehingga 4 September pula akan mengenang jalinan Panda terhadap manusia yang beliau anggap seperti keluarga, pengalaman dirinya menjadi sensasi di internet bersama Nom Nom dan juga penghormatan khas untuk anime dan K-pop!    

Ice Bear.png
Akhir sekali, Ice Bear konklusi semuanya , di mana episod istimewa ini adalah dari 7 hingga 11 September dengan meninjau kembali detik-detik paling bergaya dan paling teknologikal mereka, dengan mengimbas kembali pelbagai pertemuan antara Bears dengan Pigeon Cartel.

Kupasan Tentang We Bare Bears: The Movie
Filem ini membawakan pengembaraan dan persaudaraan kawanan beruang ke tahap yang baharu, Eric Edelstein, Demetri Martin dan Bobby Moynihan kembali sebagai beruang Grizz, Ice dan Panda yang disayangi ramai dalam We Bare Bears: The Movie.


Filem ini juga akan menampilkan bintang tamu berulang Cameron Esposito (sebagai Ranger Dana Tabes), Ellie Kemper (Lucy), Jason Lee (Charlie), Patton Oswalt (Nom Nom), Mel Rodriguez (Darrell Zaragosa), dan Charlyne Yi (Chloe Park), dan bintang tamu khas seperti Marc Evan Jackson (The Good Place) sebagai Ejen Trout dan Jimmy O. Yang (Silicon Valley) sebagai rakun terkenal internet, Joey Raccoon.

#CNWatchParty
Cartoon Network akan mengadakan #CNWatchParty secara maya buat pertama kalinya untuk tontonan Asia dengan Pesta bertemakan, Idea dan Aktiviti We Bare Bears.

Korang boleh tonton tayangan movie ini pada jan 11 pagi pada hari Sabtu, 12 September, dan siaran ulangannya pada jam 3 petang dan 7 malam. Jom sertai peminat di seluruh Asia dalam pesta menonton We Bare Bears: The Movie yang pertama kali seumpamanya di Cartoon Network. Jangan lupa untuk kongsi reaksi langsung semasa tayangan perdana filem dengan meletakkan tanda pagar #CNWatchParty dan #WeBareBears di media sosial korang.

Untuk sertai peminat di Malaysia perlu memuat turun kit pesta We Bare Bears: The Movie dan menikmati aktiviti menghiburkan seperti video, permainan dan kuiz eksklusif menerusi https://cartoonnetworkasia.com/webarebearsthemovie.


*NOMBOR SALURAN TV WARNERMEDIA:

· Cartoon Network (Saluran Astro 615 HD / 635)
· Boomerang (Saluran UnifiTV 555)
· HBO (Saluran Astro 411 HD)
· Warner TV (Saluran Astro 712 HD / Saluran UnifiTV 451)
· Oh!K (Saluran Astro 394)
  
Tentang Cartoon Network Asia Pacific
Cartoon Network, saluran kanak-kanak nombor satu di Asia Pasifik, menawarkan kandungan animasi original terbaik termasuk hits global yang telah memenangi banyak anugerah seperti Ben 10The Powerpuff GirlsTeen Titans Go!OK K.O.! Let’s Be HeroesAdventure Time dan We Bare Bears;  serta animasi original Asia Pasifik termasuk Monster Beach dan Lamput yang pernah menerima pencalonan dalam Emmy Awards.

Cartoon Network tersedia dalam 14 bahasa dan di lebih daripada 135 juta kediaman TV berbayar di 29 negara di seluruh Asia Pasifik. Di peringkat antarabangsa, saluran ini telah ditonton di 192 buah negara dan lebih dari 400 juta isi rumah, dan merupakan peneraju industri dengan penawaran global yang terbaik hiburan animasi kanak-kanak dan keluarga berkelas pemenang anugerah.

Jenama ini dikenali dengan meletakkan para pengikutnya di tengah segalanya dengan menerapkan pemikiran kreatif dan inovasi di pelbagai platform. Cartoon Network juga sudah mencapai banyak lagi kejayaan iaitu menerusi laman web, permainan, platform rakan kongsi seperti HBO GO, dan aplikasi termasuk Cartoon Network Watch and Play. Cartoon Network, jenama pendamping kepada Boomerang dan POGO, dibuat dan diedarkan oleh WarnerMedia Entertainment Networks Asia Pasifik.

Tayangan Perdana Filem Terbesar Cartoon Network | We Bare Bears : The Movie Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 25, 2020 Rating: 5

18 comments:

  1. Suka tengok we bare bears tu. Comel. LH tengok dekat netflix siri diorang tu. Diorang kelakar

    ReplyDelete
  2. Kartun ni bukan anak2 je suka, kita yang tua ni pun selalu tumpang sekaki.
    Boleh la nanti join anak2 tengok.

    ReplyDelete
  3. Kartun ni bukan anak2 je suka, kita yang tua ni pun selalu tumpang sekaki.
    Boleh la nanti join anak2 tengok.

    ReplyDelete
  4. my friend mmg a big fan of diorg bertiga ni, kereta, bilik.. penuh 3 ekor ni!
    i have watched it before cuma maybe tak terlalu kanak2 la kartun ni

    ReplyDelete
  5. feberet citer kartun ni. kelakar dan comel. mula2 tengok macam blur sikit tapi lama2 best plak tengok

    ReplyDelete
  6. Nanti Sal remind anak² suh tengok. Atleast dapat tingkatkan english wording. Biasa kalau cartoon ni mudah nak hadam. Boleh ibu tumpang tengok ..

    ReplyDelete
  7. wah menarik ni, nak ajak anak2 tengok, diorang suka karektor comel bears tu

    ReplyDelete
  8. Memmag kene set date la nak tengok.. Ni anak2 suka ni.. Siap ad emovie dh ni.. Menarik.. Ehhehe.

    ReplyDelete
  9. Kalau anak-anak tahu ni, mesti diorang nak tengok.comel je bear ni.

    ReplyDelete
  10. Jangan kata anak ena, ibu die pon layan. Hahaha boleh la set date. Anak mesti suka.

    ReplyDelete
  11. Ni kalau tunjuk dekat anak mesti suka tgk cerita bear. Boleh set date utk untuk layan dgn family

    ReplyDelete
  12. wahhh dah ada dalam filem dah. bagusnya. suka dengan kartun nie. comel je semuanya. nanti nak tengok jugaklah tayangan perdana filem nie

    ReplyDelete
  13. Kartu comel gebu-gebu manja ni hehehe memang best lah tengok comel-comel belaka semuanya wakakaka geram lak kita tengok hehehehe

    ReplyDelete
  14. Anak saudara Rawlins memang suka bethul dengan BareBears nie - memang seronok la mereka nak tengok tayangan nie kelak

    ReplyDelete
  15. Suka bare bears! Nk tgk movie dia. Mesti best. Biasa tgk yg series je. Ni gara2 terjebak dgn anak buah la ni.

    ReplyDelete
  16. Comelnya kartun We Bare Bear ni. Selalu tengok kat CN. Tak sangka dah ada filem. Hehehe

    ReplyDelete
  17. Comelnya bare bear nie.. oeh menonton bersama2 anak2 hujung mggu nanti nie..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.