vivo Meraikan Hari Merdeka Dengan Menghasilkan Filem Web "KITA" Menggunakan Teknologi vivo X50 Pro


Bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan negara yang ke-63, vivo Malaysia telah menghasilkan satu filem web yang berjudul KITA yang didukungi oleh pelakon pelbagai bangsa di Malaysia. Filem web pendek ini diarahkan oleh Mr Ho Yuang, Netflix Malaysia Director dengan menggunakan sepenuhnya teknologi telefon pintar vivo X50 Pro.

Filem web yang berdurasi selama 9 minit ini mempertengahkan kisah persahabatan diantara pelajar sekolah yang berbilang kaum. Bagaimana mereka ini saling menyokong, memahami dan menghormati antara satu sama lain biarpun berlainan bangsa.

Menonton filem ini juga sebenarnya dapat mengimbas kembali zaman persekolahan kita satu masa dahulu. Ada kisah sedih, ada kisah gembira, pendek kata pelbagai rasa. Tapi saya suka sangat dengan dengan satu dialog yang dilontarkan iaitu "Don't Destroy People's Work If You Can't Do It. What Have You Done For Others?".

Jika kita tidak boleh melakukan, jangan binasakan usaha orang lain yang boleh lakukannya. Dan untuk kita sendiri, apa yang kita telah lakukan kebaikan kepada orang lain?

Unity among the people is what makes Malaysia strong and unique. Despite ethic and cultural differences, we bond together as Malaysians, we pull together our strength, knowledge and expertise to overcome the ups and downs.
Mr. Mike Xu, Chief Executive Officer of vivo Malaysia


Filem ini menggunakan sepenuhnya teknologi vivo X50 Pro yang mana seperti kita sedia maklum antara ciri hebat didatangkan bersama peranti hebat ini adalah Gimbal Camera System yang membolehkan video dirakamkan lebih jelas (tanpa gegaran) biarpun ianya adalah dalam bentuk aksi berlari, melompat dan sebagainya.

Selain itu vivo X50 Pro juga didatangkan dengan kualiti hebat untuk pengambilan shoot di waktu malam dengan adanya Extreme Night Vision (Super Night Mode), begitu juga untuk pemfokusan imej sehingga 60x Hyper Zoom. Gambar memang terserlah cantik dan sangat 'sharp'.

Begitu juga dengan ciri lain seperti Profesional Potrait, Super Wide Angle, Super Macro Functions dan pelbagai lagi. Semua ini sangat membantu bagi menghasilkan gambar dan video bertaraf kualiti profesional.


Web Filem KITA

Korang juga boleh saksikan web filem KITA dari YouTube channel vivo Malaysia. Oh ya! Untuk lagu tema filem ini berjudul KITA telah dinyanyikan oleh Sheila Amzah, penyanyi yang cukup tersohor bukan sahaja di Malaysia bahkan di negara China.


Keterangan lanjut mengenai vivo X50 Pro boleh layari;

vivo Meraikan Hari Merdeka Dengan Menghasilkan Filem Web "KITA" Menggunakan Teknologi vivo X50 Pro Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 28, 2020 Rating: 5

1 comment:

  1. kak ayu ada ke semalam?
    tak perasan pula.
    apa-apun menarik kan filem nih.
    kualiti rakaman pakai vivo X50 Pro memang cantik

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.