Saluran "DUNIA SINEMA" Menawarkan Filem Hebat 24 Jam di Unifi TV

Bertempat di Fiesta Unifi Alamanda pada 30 Jun 2018 yang lepas, Unifi TV telah melancarkan saluran terbaru mereka iaitu Dunia Sinema (saluran 128). Saluran ini merupakan saluran pertama di Malaysia seumpamanya yang menawarkan tayangan selama 24 jam filem-filem tempatan dan negara Asia.

Pelbagai genre ditawarkan antaranya seperti romantik, seram, aksi, komedi dan banyak lagi. Pastinya semua filem yang ditayangkan adalah hasil daripada penerbitan terbaik dan telah mendapat tempat di hati masyarakat tempatan.

 Dengan slogan "Imaginasi Tanpa Henti", Dunia Sinema ini boleh dilanggani menerusi Pek Aneka dan Pek Ultimate ataupun secara ala-carte dengan harga yang ditawarkan cukup rendah iaitu RM9 sahaja sebulan.

Antara artis dan penerbit tempatan yang datang menghadiri majlis pelancaran ini. Terdapat banyak filem yang bakal mewarnai saluran Dunia Sinema seperti Pekak, Ophilia, Adnan Sempit, Wawa Semput, Dendan Berahi, Mat Moto dan banyak lagi. Manakala filem Asia terkenal seperti Ghost Ship, Suddely 20, May Who? Make Me Shudder 2 dan banyak lagi. Memang best-best semua filem yang bakal ditayangkan uollls~

 Dan sekiranya pelanggan sudah mempunyai akaun Unifi, mereka boleh melanggan melalui alat kawalan jauh Unifi TV. Sekiranya tidak mempunyai Unifi TV, bolehlah mendaftarnya di cawangan TMpoint yang berdekatan. Sepertimana yang kita ketahui unifi menawarkan perkhidmatan konvengens yang menggabungkan perkhidmatan akses internet dan juga hiburan semuanya didalam satu pakej!

 Fiesta Unifi yang diadakan di Alamanda cukup meriah. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan selain daripada menawarkan pelbagai promosi menarik perkhimdtaan Unifi termasuklah unifi HOME, unifi Wifi, unifi Mobile dan unifi TV.

Kehadiran artis popular seperti AC Mizal, Sufian Suhaimi dan ramai lagi memeriahkan lagi acara yang diadakan. Di Fiesta unifi juga telah berlangsungnya konsert mini yang menampilkan ramai artis yang cukup popular termasuklah Sufian Suhaimi yang telah menyampaikan 2 lagu popular dari single terkininya.

Paling seronok ada aktiviti bergambar dari bidikina photographer profesional yang mana kita akan diberikan foto yang diambil secara percuma, seni khat dan banyak lagi.

Sedikit update mengenai unifi tv yang kini telah menawarkan kepada pelanggan 115 saluran secara keseluruhan dengan 67 saluran definisi tinggi (HD) - terdiri daripada 62 saluran premium, 26 saluran percuma, 2 saluran radio, 7 saluran Video-On-Demand (VOD) dan 18 saluran interaktif dalam pelbagai pakej yang berpatutan ataupun boleh didapatkan secara ala-carte. Bermula pada bulan April 2018, pek-pek Aneka Pus, ruby Plus dan Varnam Plus ditambahkan senarai pilihan pakej dengan 20 saluran tambahan yang merangkumi saluran kanak-kanak, hiburan umum dan gaya hidup (lifestyle) telah dipertingkatkan kepada para pelanggan. Untuk menonton saluran kegemaran di mana sahaja, korang boleh muat turan aplikasi unifi PlayTV melalui Apple Store dan PlayStore.
Saluran "DUNIA SINEMA" Menawarkan Filem Hebat 24 Jam di Unifi TV Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 03, 2018 Rating: 5

12 comments:

  1. Tak pernah try unifi tv. Saluran pakej ni pun nampak variety juga. Next time kena try ni.

    ReplyDelete
  2. Menarik jugak ye Unifi TV ni. Rate pun murah. Nanti boleh try. Mana tau boleh ganti astro hehe

    ReplyDelete
  3. little fellow to spend time as part of your family. I imagine it will take time for everyone to adjust. Hugs to you. best double jogging stroller

    ReplyDelete
  4. mmg dah lama guna unifi cuma x pernah guna kecuali untuk tengok drama online dan yang best ni kalau ada unifi dan smart tv boleh guna wifi jer..

    ReplyDelete
  5. aida masih tidak beralih kpd unifi. masih astro and Streamyx.
    servis so so lah. tapi malas nak ubah.
    just menjeling aje the awesomeness of unifi ni.
    Ramai member yg da berubah.
    Dgn ada nyer channel ni,lwbih awesome lah.

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak tengok David Teo buat filem dalam DS ni semua filem baru ker hehehe tak apa kita ada juga kat rumah Hypptv ni nanti kita subscribe ok..

    ReplyDelete
  7. Unifi tv ni sekali dgn hypptv ke? Kami ada hypptv tp kesiaaaannnn tak tgk pun. On saje gitu. Sbb kat rmh pun ada astro. Tak pernah nak explore hypptv. Nanti nak try tgk apa yang menariknya di unifitv tu. :)

    www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  8. Wow, Unifi TV is something to me and it looks like Netflix to me. Planning to install Unifi so will also include Unifi TV. Hope the package they offer is cheap.

    ReplyDelete
  9. I've not try out unifitv but it looks like something I'll explore, will check it out.

    ReplyDelete
  10. Ohhh.. TB ada Unifi .. boleh la tengok unifi TV ni... kena download dulu la remote kat playstore senang sikit nak tekan2.. huhuhu.. ada macam-macam filem menarik nak tengok ni

    ReplyDelete
  11. tak sanggup to have this at home.. gonna ve wild in front of tv without doing work.. and look at the tv channel that give 24 hours non stop program. how not watching it!!.. goosh.. i love this but i know i will get lazy then... hahahaha...

    ReplyDelete
  12. Saye try subcribe Dunia Senima di smartphone tapi tak dapat.. knape ye? Ade sape boleh tolong tak?

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.