Urutan Esklusif di Pusat Penyusuan dan Spa Bondahaven

BONDAHAVEN ~ Syurga buat bonda, pusat penyusuan dan spa khas buat ibu-ibu yang ingin mendapatkan pelbagai jenis urutan secara esklusif ada ditawarkan di sini. 

Bertempat di 

Bondahaven - Breastfeeding Specialist and Spa, 
Lot 2-3 (3rd floor), 
Jalan Puteri 2A/2, 
Bandar Puteri Bangi 
43000 Kajang, Selangor
+603-89122221


Jika dari highway Plus Utara-Selatan, outlet Bondahaven ini terletak juga berhampiran dengan pintu tol masuk/keluar dan pasaraya besar Tesco. Memang senang nak cari dan paling penting terdapat banyak parking yang berdekatan dengan premis Bondahaven.

Untuk pengetahuan semua, Pusat Penyusuan dan Spa Bondahaven dibuka setiap hari kecuali tutup pada hari Rabu bermula jam 10.00 pagi sehingga 6 petang. Untuk temujanji khas pada waktu malam perlulah dibuat booking temujanji terlebih dahulu.

Selain itu pelanggan juga digalakkan untuk membuat temujani terlebih dahulu sekurang-kurangnya 1 jam sebelum menerima rawatan. Ini bagi mengelakkan pertembungan dengan waktu rawatan  pelanggan yang lain. Jadi kita tidak perlu menunggu lama :-)

Selain daripada pelbagai pakej rawatan yang ditawarkan cukup menarik, saya juga sebenarnya sangat kagum dengan fasiliti dan kemudahan yang ada disediakan di Bondahaven. Secara jujurnya ini pertama kali saya menggunakan perkhidmatan spa yang begitu mesra keluarga.

Sepertimana yang kita ketahui dan lalui, sebagai ibu tugasnya memang tidak pernah berhenti. Namun yang demikian sekali-sekala memang kita sangat perlukan 'me time' ataupun masa untuk diri kita sendiri dengan melakukan aktiviti yang digemari seperti berSPA. Namun tidak dinafikan naluri ibu tetap ada, kadang-kadang hendak keluar pergi mana-manapun biarpun sekejap kita ingin bawa sekali anak terutama bayi yang sedang menyusu.

Bilik menyusu yang begitu selesa

Di Bondahaven ada disediakan bilik untuk menyusu, bilik menunggu khas ahli keluarga pelanggan yang datang bersama. Siap disediakan sekali televisyen dari saluran rancangan yang kita boleh tonton dari ifflix/nefflix, Begitu juga permainan yang disediakan sesuai untuk anak-anak seperti  permainan yang dapat mengasah skil permotoran dan sebagainya.

Bilik menunggu untuk seisi keluarga yang disediakan televisyen, sofa dan permainan untuk anak.

Di Bondahaven juga menawarkan beberapa produk bayi dan ibu daripada jenama yang cukup popular. Antaranya seperti jenama Buds yang cukup popular dikalangan ibu bapa. Produk minuman air sarang burung keluaran selebriti Fauziah Ghous juga boleh didapatkan di sini.

Selain itu terdapat juga essential oil, serbuk teh dan sebagainya ada ditawarkan di sini. Apa yang saya boleh katakan kebanyakan produk yang ditawarkan adalah barangan keperluan khas untuk ibu (sebagai terapi diri dan sebagainya).

Di satu sudut di ruang depan Pusat Penyusuan dan Spa Bondahaven. Cantikkan? Dekorasi seperti ini walaupun nampak simple tapi sebenarnya dapat memberi mood hebat kepada pelanggan yang datang.

Bilik air antara fasiliti yang disediakan di sini. Kemas dan bersih secara tidak langsung pelanggan pun berasa begitu selesa.

Kalau hendak berdandan sebelum atau selepas berSPA boleh juga ya! Begitu luas cermin disediakan buat pelanggan mereka.

Ini yang seronoknya bila kita pergi pusat SPA disediakan tempat solat khas untuk pelanggan. Dalam kita menjaga hubungan dengan manusia, tidak dilupakan menjaga hubungan kita dengan tuhan.

Kemudahan yang disediakan didalam surau di Bondahaven.

Selain daripada rak kasut, almari penyimpanan barangan juga penting dan perlu disediakan. Nah! Di Bondahaven memang ada menyediakannya.

Seperti yang saya maklumkan, Pusat Penyusuan dan SPA Bondahaven menyediakan pelbagai rawatan dan pakej. Jadi tidak hairanlah fasiliti untuk mengurut juga dipelbagaikan. Contohnya seperti katil mengurut ada yang didalam bilik khas, di atas lantai dan sebagainya.

Katil urutsan di atas lantai. Sesuai untuk mereka yang ingin mengurut bersama rakan yang turut berada bersebelahan.


Katil urutan biasa. Saya sangat sukakan konsep hiasan yang tersusun cantik diatas tilam tersebut.

Bagi mereka yang mengambil pakej berpantang, pakej bakal pengantin dan sebagainya. Biasanya akan dilakukan didalam bilik yang lebih esklusif. Ini memandangkan rawatan yang dilakukan perlu berendam dan menggunakan bilik air (untuk rawatan yang melibatkan mandian dan sebagainya).

Untuk bilik Hibiscus, ada kolam jakuzi disediakan. Ini khas bagi rawatan yang melibatkan rendaman aromatherapi dan sebagainya.

Terdapat juga bilik air disediakan didalam bilik ini.

Di bilik Lemongrass terdapat katil urutan dan juga bilik air didalamnya. Ini bagi mereka yang mengambil pakej body scrub dan sebagainya akan diadakan sesi rawatan di sini.

Namun ianya adalah bergantung kepada kekosongan bilik dan perkara lain yang berkaitan ya!

Untuk pengetahuan semua saya telah mengambil rawatan Bondahaven Breastfeeding Massage. Rawatan yang mengambil masa 1 jam 30 minit ini meliputi urutan seluruh badan dan juga di bahagian organ penyusuan. 

Sebab saya menyusukan Yara secara esklusif jadi rawatan ini memang sangat saya inginkan. Oh ya! Sebelum memulakan rawatan saya telah diberikan minuman air suam serai berhalia dengan daun pandan.

Ianya adalah minuman herba yang sangat elok dan disyorkan untuk wanita-wanita yang begitu mementingkan penjagaan diri luar dan dalam. Dengan kandungan 60% serai, 30% halia dan 10% oandan menjadikan kombinasi rasa teh ini enak dan meneygarkan. Kita juga boleh dapatkan campuran teh ini di sini jika berminat untuk membancuhnya di rumah. Harganya untuk satu botol ini adalah RM32.

Suasana di kawasan urutan kaki. Cantik dan kemas bukan. Persekitarannya juga sangat selesa apabila halwa telinga kita turut dihidangkan dengan muzik yang begitu menenangkan.

Seperti yang biasa dilakukan di ana-mana spa, sebelum rawatan urutsan dimulakan. Kaki pelanggan akan dibersihkan dan diberikan sedikit urutan lembut terutama di bahagian tapak kaki.

Campuran garam juga dikatakan mampu membuang sel-sel kulit mati terutama di bahagian tapak kaki.

Sepanjang proses ratwan urutan dilakukan. Saya tidaklah mengambil gambar kerana ianya bagi sata terlalu privasi dan esklusif. 

Namun apa yang saya boleh kongsikan adalah pengalaman sepanjang menerima rawatan Bondahaven Breastfeeding Massage memang best. Ianya unik dan berbeza daripada teknik urutan yang pernah saya pernah saya cuba sebelum ini.

Ianya bermula daripada kaki, urutan yang dapat merenggangkan segala kepenatan badan. Ini terutama penekanan kepada bahagian tapak kaki. Memang syok betul, kaki dipicit dengan kaedah urutan dan rawatan fisioterapi. Sepanjang urutan badan yang dimulakan dari kaki sehingga kepala, theraphist telah menggunakan losyen yang digabungkan dengan minyak EO lavender. 

Sepanjang proses pengurutan memang kita akan rasa tenang dan relaks. Segala keserabutan perkara pun akan hilang. Rawatan urutan di Pusat Penyusuan dan Spa Bondahaven ini dikendalikan oleh therapist yang sememangnya mempunyai latarbelakang pendidikan fisioterapi. Jadi tidak hairanlah segala kemahiran dan kaedah yang digunakan memang sangat membantu dalam mengurangkan rasa lenguh di badan terutama di bahagian-bahagian sendi yang sering bermasalah untuk kebanyakan wanita.

Disebabkan saya memang ambil pakej pengurutan penyusuan. Jadi therapist telah membuat urutan di bahagian tersebut menggunakan krim Buds khusus digunakan bahagian dada. Kenapa krim Buds, ini kerana produk ini sedia maklum sangat selamat selepas digunakan terutama sekiranya anak/bayi ingin menyusu terus sebaik jadi sesi pengurutan tamat. 

Rawatan Bondahaven Breastfeeding Massage sangat direkomenkan buat ibu-ibu yang masih menyusu anaknya. Samada mengalami masalah susu kurang, bengkak susu badan (tersumbat dan sebagainya), therapist disini akan membantu mengatasi masalah tersebut. Tidak dinafikan untuk ibu yang pernah mengalami masalah bengkak susu mereka akan mudah jatuh sakit seperti demam dan sakit kepala. Lebih menarik selepas urutan dibuat, saya dapati susu badan akan keluar lebih lancar dan banyak.

Saya juga diingatkan untuk terus tidak mandi sebaik sahaja proses rawatan urutan selesai. Sekurang-kurangnya untuk tempoh 2 jam lamanya. 

Antara pakej yang ditawarkan di Pusat Penyusuan dan Spa Bondahaven seperti gambar di bawah yang dikongsikan:-



Saya memang berminat dengan pakej yang ditawarkan di sini. Selain daripada harga yang ditawarkan agak berpatutan, servis yang diberikan juga cukup tip-top dari awal sehinggalah tamat rawatan. Terdapat juga diskaun istimewa 10% pada waktu Happy Hour iaitu untuk mereka yang menjalankan rawatan bermula dari jam 3 petang sehinggalah 6 petang.

Dan untuk tempoh sehingga 15 Julai 2018, urutan tradisi melayu selama 2 jam dicaj hanyalah pada harga RM149. Promosi untuk tempoh terhad jer ni tau. Cepat korang!

Sesuatu yang sangat istimewa , apabila rawatan yang diterima memang memenuhi citarasa dan capai kepuasan yang ingin kita inginkan. Selain daripada fasiliti yang disediakan memang mesra famili terutama mereka yang mempunyai anak kecil. Pusat Penyusuan dan Spa Bondahaven ini juga menawarkan pelbagai perkhimatan yang dapat memenuhi citarasa pelanggannya. Rawatan bukan hanya tertumpu kepada ibu sahaja bahkan untuk anak dara terutama yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan boleh juga mendapat rawatan tubuh sebelum menjelang hari-hari bahagia.

Untuk keterangan lanjut mengenai spa dan promosi, boleh layari :-

Urutan Esklusif di Pusat Penyusuan dan Spa Bondahaven Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 06, 2018 Rating: 5

13 comments:

  1. Reminds me about my massage session. Looks like I found a good place for my next massage.

    ReplyDelete
  2. terbaek :)

    Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    Entry terkini :
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/blogwalking-mood-karyaku-paridah-ishak.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/hindari-sifat-malas.html
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/5-julai-2018-bday-furqan.html

    ReplyDelete
  3. Mmg sangat family oriented tempat dia kan kak...elok semua fasilities dan sesuai la utk keluarga..bagunya ade spa yg khas utk ibu-ibu...lepas dah beranak, pergi spa boleh redakan kesakitan dan keletihan ibu-ibu semua..good effort!

    ReplyDelete
  4. Sekali sekala kena raikan kaum ibu yang bersusah-payah melahirkan zuriat kita kan..nampak jelas kebahagiaan di muka akak..

    ReplyDelete
  5. Macam best je ni..last SA bermassage2 last year kat Bukit Bintang...kali ni yang khas untuk wanita especially ibu2 dan bakal pengantin kan...lamanya tak manjakan badan..

    ReplyDelete
  6. Wah best yer ayue. First time dengar ada servis macam ni, ibu menyusu pasti suka kan. semoga perjalanan breastfeeding anak ayue di permudahkan.

    ReplyDelete
  7. yeaaa, sat lagi i pergi terjah kak ayu, tak sabar nya nak pergi heheheh
    nampak macam menarik... paling best ada tempat untuk kanak kanak stay tu boleh lah dorang bermain sambil mak mengurut..

    ReplyDelete
  8. So nice, great info for mothers to be and new mothers. They too need to pamper themselves, especially if these massages help them to overcome problems associated with new motherhood.

    ReplyDelete
  9. bagusnya ada massage centre khas untuk ibu-ibu penyusuan susu ibu. Memang sgt-sgt memerlukan, maklumlah sy pun breastfeeding dua2 ank sy jugak sampai mereka umur 1yo. https://mousemommytreats.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. Wow I want to try their massage. I want womb massage. Is good to maintain womb condition. Will recommend this to my friends that looking for traditional Urut.

    ReplyDelete
  11. Nampk tenng je tempat tu..syiok le dapat terima rawatan kat situ. Fikiran tenang n relax. Tempat mcm nilah sis cari. Nanti sis masuklan dlm senarai spa yg sis kena pergi..hehehe

    ReplyDelete
  12. Bonda haven tempatnya luar kuala kumpur kah?? Bagus benar nih tempatnya, lux. Bu ibu pasti enjoy berada di tempat ini buat hilangkan kepenatan dari aktivitas sehari hari. Oh ya? Bondahaven ini khusus untuk ibu ibu kan ya? Tak terima lelaki?

    ReplyDelete
  13. Seronoknya berurut. Kalau dah jadi mak mak ni. Memang betul lah saya tengok kat TV tu, bila dapat je pakej spa. Melompat seronok. Hahaha. Saya pun dah suka berurut. Tiap minggu ada tukang urut datang rumah. Anak kecik kak. Nak pi spa ni kena weekend je. Kalau weekend plak sentiasa full booking di spa. Rindunya bau spa. Bau aromatherapy mereka tu buat kita tenang.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.