MAJLIS PRA PEMBUKAAN PUTRADE ALLSUITES AT ROYAL PERAK GOLF CLUB


Putrade Allsuites at RPGC menerima kehadiran 18 tetamu pertama pada hari pembukaannya hari ini. Terletak di lokasi strategik yang berhampiran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah serta berlatarkan Gunung Lang dan Gunung Bilike, Putrade Allsuites at RPGC dilengkapi dengan prasarana yang serba lengkap. Kelebihan-kelebihan ini telah menjadikan Putrade Allsuites di Royal Perak Golf Club (RPGC) menjadi pilihan utama pelancong dalam dan luar negeri Perak terutama sekali di kalangan penggemar sukan golf tempatan.

Terdapat 36 buah unit Suites Apartment yang dilengkapi dengan segala kemudahan yang sofistikated diyakini mampu menjamin keselesaan tetamu yang menginap di sini. Antara kemudahan yang disediakan di dalam setiap Suite termasuklah jaringan internet tanpa had, peti keselamatan elektronik, sistem kad berkunci, penghawa dingin, mini bar, perkhidmatan makan di dalam suite, IDD telefon, televisyen satelit, katil tambahan, dan banyak lagi. Selain itu juga, Putrade Allsuite at RPGC turut menyediakan perkhidmatan concierge dan kawalan keselamatan selama 24 jam, perkhidmatan penghantaran / pengambilan ke lapangan terbang Sultan Azlan Shah, perkhidmatan dobi dan ruang letak kederaan.


Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shamsul Kamar Ahmad berkata, Putrade Allsuite at RPGC menawarkan tiga jenis bilik iaitu 2 unit apartment 3 bilik dengan keluasan 1208.87 kaki persegi, 12 unit apartment 2 bilik dengan keluasan 906.55 kaki persegi dan 20 unit apartment 1 bilik dengan keluasan 604.44 kaki persegi. Kadar bayaran untuk Pakej Penginapan Peribadi satu malam dengan sarapan adalah minimum sebanyak RM390 dan maksimum sebanyak 590 untuk apartment 3 bilik.

Tahniah diucapkan buat Encik Mazlan, tetamu pertama yang menginap di Putrade Allsuites Royal Perak Golf Resort

Selain itu, pelbagai pakej menarik telah disediakan oleh pihak Putrade Allsuites at RPGC bagi memenuhi kehendak pelbagai kategori tetamu. Antaranya ialah pakej penginapan seminar untuk dua hari satu malam turut disediakan di sini dengan kadar bayaran sebanyak RM220nett seorang dengan syarat minimum penyertaan sebanyak 40 orang pada sesuatu masa. Pakej ini disediakan bersesuaian dengan keperluan dan kehendak semasa syarikatsyarikat korporat, organisasi kerajaan dan bukan kerajaan yang acapkali menganjurkan bengkel, kursus dan latihan untuk kakitangan masing-masing.

Antara VIP yang hadir bergambar kenangan bersama Encik Mazlan.

Tetamu yang menginap di Putrade Allsuites at RPGC juga boleh beriadah dan bersukan di sini. Kemudahan seperti 18 Hole Championship Golf Course, Driving Range, Gelanggang Tenis, Gelanggang Squash, Kolam Renang beserta Jakuzi, gymnasium dan banyak lagi kemudahan lain turut disediakan di sini untuk memberikan jaminan pengalaman yang terbaik kepada para tetamu yang menginap di sini.

Selain daripada penginapan apartment, para tetamu juga boleh menikmati pelbagai jenis makanan yang menyelerakan di Fairway Restaurant yang terletak di Aras 1, bangunan utama Kelab Golf DiRaja Perak. Restoran ini menyajikan makanan yang dijamin 100% halal dan bukan sahaja menyediakan selera makanan tempatan malahan juga makanan antarabangsa. Chef yang berpengalaman telah ditugaskan khas untuk memastikan makanan yang disediakan di Fairway Restaurant ini mampu memenuhi citarasa tetamu yang berkunjung.


Dewan yang cukup luas dan cantik

Kemudan dewan acara untuk pelbagai aktiviti dan majlis juga turut disediakan. Dewan yang boleh menampung 700 orang tetamu pada satu masa ini dilengkapi dengan kemudahan dekorasi dan penataan cahaya yang pastinya mampu memikat hati tetamu yang datang. Dewan ini sesuai untuk dijadikan sebagai tempat majlis perkahwinan, persidangan dan acara acara besar yang lain.


Dengan inovasi dekorasi baharu dan fasiliti yang terkini, Putrade Allsuites at RPGC mampu menjadi salah satu daya tarikan baru dan menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi masyarakat setempatnya khususnya di negeri Perak.


Antara media yang hadir ke majlis pra pelancaran

Untuk tujuan tempahan, sila hubungi:-

Putrade Allsuites 
RPGC c/o Royal Perak Golf Club 
Jalan Sultan Azlan Shah 
31400 Ipoh, Perak
 Tel: +605-238 0022 
 Fax: +605-238 0021 
inquiry@putradeallsuites.com

Dan boleh juga membuat tempahan atas talian melalui wakil agen atas talian; Agoda, Expedia dan Traveloka.

MAJLIS PRA PEMBUKAAN PUTRADE ALLSUITES AT ROYAL PERAK GOLF CLUB Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 18, 2018 Rating: 5

22 comments:


  1. شركة التميز المثالي للخدمات المنزلية وتنظيف المنازل والشقق والفلل بالدمام والخبر والقطيف والجبيل
    قسم خاص لتسليك المجاري بالضغط ومكافحة الحشرات وتنظيف للمجالس والسجاد والموكيت وتنظيف الخزانات
    نقدم افضل الخدمات المنزلية بالمنطق الشرقية 0551844053

    شركة تسليك مجاري بالدمام
    شركة تنظيف منازل بالدمام
    شركة مكافحة حشرات بالدمام
    شركة تنظيف منازل بالجبيل
    شركة مكافحة حشرات بالجبيل
    شركة تنظيف سجاد بالجبيل
    شركة تسليك مجاري بالخبر
    شركة تنظيف منازل بالخبر
    شركة تركيب وصيانة الكهرباء بالدمام والخبر
    شركة المثالية للتنظيف بالجبيل

    ReplyDelete
  2. Macam best je kalau nak gi bercuti kat sini. Harga pun not bad, tak terlampau mahal. Lagipun dekat dengan airport kan? Nanti boleh suggest kat member-member dari indonesia in case dorang cari accommodation

    ReplyDelete
  3. Harga dia boleh tahan la...reasonable..masih ok lagi...boleh la SA suggest kat kawan2 atau client company kalau ada yang tanya

    ReplyDelete
  4. Menarik juga percutian kat sini. Harga masih ok bagi I. Dewan pun dihias cantik. Perak kaluuuu I balik kampung la sekali. Hehe. Boleh try usha percutian kat sini pulak. Terletak kat Lapangan Terbang tu memang lokasi strategik.

    ReplyDelete
  5. Not bad harga tu..tapi tengokkan fasiliti kat sini, kiranya berbaloi la kan..boleh try nanti ni

    ReplyDelete
  6. Another options kalau ke Perak ni. Harga pun menarik gak. Fasilitis pun mesti masih baru lagi. I love new places.

    ReplyDelete
  7. Wah.. kalau buat Mesyuarat Agung ke atau Kursus ke memang sesuai tempat ni kan.. luas pun luas.. lengkap dengan bermacam-macam kemudahan.. kalau TB masih bekerja di pejabat lama dulu mesti dah cadangkan Putrade Allsuites ni..

    ReplyDelete
  8. Kalau buat family day ni best kan..boleh sewa dewan utk aktiviti2 semua kt dalam tu..harga utk penginapan pun not bad

    ReplyDelete
  9. Alamak nak komen bahasa Arab tak pandai lah hehehehe.. Tapi jauhnya pergi sampai ke Perak tu tempat menarik dan besar boleh lah buat open house kat sini hehehehe giler jauh sampai Perak huhuhuhu...

    ReplyDelete
  10. Menarik tempat dia. banyak kemudahan, besar pun ye. Bolehla suggest dekat kawan-kawan yang nak buat aktiviti apa-apa..tengok boleh muat ramai orang ni

    ReplyDelete
  11. Harga not bad lah kan..kemudhn pun berbaloilah gan harga.
    Nanti boleh suggestkn kat kengkawan yg dok sana atau nak ke sana buat aktiviti.

    ReplyDelete
  12. nama tempat ni bunyinya macam tempat orang kaya. hehe.. tapi bagus la kalau lengkap dnegan segala kemudahan.

    ReplyDelete
  13. Harga yg ditawarkan berbaloi dgn apa yg bakal diterima. Mmg sesuai betul dijadikan loksi utk majlis2 di dewan tu. Nampak cantik dan selesa betul. Boleh lah consider tmpt nie majlis kahwin nanti. Eh

    ReplyDelete
  14. This golf club looks great and nice... there's a saying golf is for rich people.. but this price is worthy!

    ReplyDelete
  15. cantik dewan tu, next time kat sana boleh book kat hotel ni kan. Rugi tak dapat turut dalam majlis ni sebab ada hal keluarga kalau tak dapat info untuk ajak en suami ke sini..hehe

    ReplyDelete
  16. First time dgr royal perak golf club ni.. Sbb kita xpenah lagi jejak kaki ke perak ... Tapi tmpt dia nmpk menariklah.. Nak buat meeting ke dinner 0on boleh kt kat sini? Banyak juga kemudah2an yg ada kan?

    ReplyDelete
  17. Do you get to try the place? How is the room? It seems attractive place to stay and suitable for family gateway as they offers apartment.

    ReplyDelete
  18. Ada pernah dengar pasal Royal Perak golf Club ni tapi tak sampai lagi sana. Hope 1 day dapat tengok sendiri tempat ni. Banyak kemudahan kat sini sesuai untuk buat event kat sini.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.