Pembukaan AEON Mall Shah Alam | Sedikit Pandangan Dari Saya

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj pada hari ini telah mencemar duli bagi merasmikan AEON Mall Shah Alam yang merupakan pusat membeli-belah ke-25 dan cawangan yang ke-31 di Malaysia.



Menawarkan pengalaman yang lebih daripada sekadar membeli-belah, AEON Mall Shah ALam berdiri megah dengan ciri-ciri seni binaannya yang pasti menimbulkan perasaan untuk bergambar dengan mercu ini.  Rekaan mercu terkini di Shah Alam ini adalah hasil inspirasi mercu tanda terkemuka komuniti setempat, iaitu Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz. Apa yang menarik tentang seni rekaan dalaman bangunan ini adalah gabungan konsep seni bina Islam dan Jepun, konsep unik empat musim yang diilhamkan daripada musim-musim yang ada di Jepun iaitu musim panas (natsu), musim luruh (aki), musim sejuk (fuyu) dan musim bunga (haru).

Dato’ Abdullah Mohd Yusof, Pengerusi AEON CO. (M) BHD dalam ucapannya tentang AEON Mall Shah Alam berkata, “Di AEON, kami mempunyai matlamat untuk menjadi bukan sekadar tempat untuk membeli-belah. Sejajar dengan kempen ‘Do Mall’ yang telah dilancarkan pada tahun lalu, kami berhasrat untuk meningkatkan pengalaman pelanggan kami dan ia tertumpu kepada 5 tunjang utama iaitu ‘Do Yummy, Do Style, Do Together, Do Exciting dan Do Fun. Setiapnya menawarkan hanya yang terbaik daripada segi makanan, fesyen, aktiviti komuniti, pengalaman membeli-belah dan hiburan. Kami ingin menjadikan AEON Mall Shah Alam sebagai pusat membeli-belah gaya hidup bagi 650,000 warga Shah Alam.”

Bagi memenuhi matlamat ‘Do Mall’, “Pusat Membeli-Belah Destinasi Budaya” seluas 1.5 juta kaki persegi ini menawarkan sejumlah 160 jenis perniagaan dengan jenama-jenama antarabangsa seperti H&M, Uniqlo dan cawangan kedua Index Living Mall di Malaysia. Bercakap tentang makanan pula, pengunjung mempunyai pilihan yang pelbagai di kawasan Gourmet Table atau medan selera, di mana terdapat pelbagai jenis hidangan termasuklah sajian antarabangsa dan bakeri.
Kemudahan pengunjung turut diutamakan dengan perkhidmatan lokar simpanan sejuk percuma di mana pengunjung kini boleh terus meluangkan masa di pusat membeli-belah tanpa perlu risau tentang brangan sejuk beku yang telah dibeli.

Kemudahan lain termasuklah 2,500 ruang parker, lokar troli membeli-belah, bilik solat untuk pengunjung Islam, tandas khas untuk kanak-kanak dan juga “Kidzoona” Fantasy Train yang pasti menjadi tarikan pengunjung kanak-kanak.

Didorong oleh falsafah “Mengutamakan Pelanggan”, kami sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik agar pelanggan mendapat pengalaman yang menyenangkan. Menurut YBhg Dato’ Abdullah, AEON telah memastikan bahawa setiap kaki tangan peniaga menjalani latihan dalaman yang ketat untuk meningkatkan kemahiran mereka.

Sempena pembukaannya, AEON Mall Shah Alam telah menganjurkan aktiviti-aktiviti kebudayaan Jepun dan tempatan sehingga 10 April ini. Pengunjung boleh menantikan pertunjukan dram Waidako, kimono, ‘cosplay’ Jepun dan demonstrasi pembuatan anak patung Jepun. Sepanjang tempoh ini, pengunjung juga berpeluang untuk menikmati promosi daripada peniaga-peniaga di sini.

*******************
Review personal dari saya tentang Aeon Mall ini...

Saya menjadi warga Shah Alam sejak 3 tahun yang lepas. Jika sebelum ini, sekiranya saya mahu berbelanja di AEON, saya akan terjah cawangan AEON di Bukit Raja, Sunway Piramid atau One Utama, Namun bila sudah ada AEON Mall di Shah Alam sendiri, menjadikan saya antara warga Shah Alam yang begitu teruja dan gembira. Ini kerana saya memang pembeli tegar Aeon :)


Terletak berdekatan dengan Tesco Extra dan Stadium Shah Alam, sememangnya kedudukan AEON Mall agak strategik di Bandar Shah Alam. Bagi mereka yang bukan dari Shah Alam, Federal Highway dan NKVE antara akses yang digunakan untuk ke AEON Mall ini.

Apa yang menarik tentang AEON Mall ialah keluasannya (sangat luas). Samada premis didalam mahupun parking di luar. Dan saya perhatikan terdapat banyak sangat pilihan kedai makan. Ianya bagaikan satu pusat sehenti untuk keluarga terutamanya bila waktu outing bersama  ~ada tempat makan dan window shopping!

 Apa yang menarik tentang Mall ini, ianya membawa sepenuh konsep negara Jepun. Dan yang lebih menarik, dekorasi hiasan dalam Mall juga akan bertukar mengikut 4 jenis musim di Jepun iaitu musim panas (natsu), musim luruh (aki), musim sejuk (fuyu) dan musim bunga (haru).

So, sekarang tengah musim bunga. Maka kita akan lihat sekitar Mall penuh dengan dekorasi bunga-bunga sakura (bunga famous dekat Jepun)


 Dan banyak sangat kawasan-kawasan yang kita boleh berada di situ semata untuk bergambar. Keunikkan bunga bonsai, taing-tiang batu menjadikan AEON Mall antara pusat membeli-belah yang sangat cantik pada pandangan mata kasar saya.

Aksi gaya duduk bersimpuh pun boleh dilakukan di sini ya :)

Jika kita mahu mencari barangan-barangan Jepun seperti makanan, perkakasan dan sebagainya, di AEON Mall Shah Alam menawarkan banyak pilihan kedai di sini. Kita juga dapat lihat bagaimana, interior dalamannya  mempertengahkan konsep street shop ala di negara Jepun. Dan jika kita hendak membeli pre-booking tiket ke Disneyland ataupun membuat servey tentang pakej pelancongan di negara Jepun, terdapat terdapat kaunter penjualan di AEON Mall Shah Alam yang menawarkan perkhidmatannya.


Memang best :
Pembukaan AEON Mall Shah Alam | Sedikit Pandangan Dari Saya Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 25, 2016 Rating: 5

6 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.