“Tak Sabaq Nak Tonton Teater Zombie LaLaLa di Istana Budaya”

Hollaaa!!!
Meh reramai kita saksikan teater Zombie LaLaLa yang akan dipentaskan di Istana Budaya bermula dari13 hingga 21 Februari 2016. Teater yang mempertengahkan genre komedi seram membariskan pelakon-pelakon terkenal seperti Zulin Aziz, Amy Mastura, Amar Baharin, Janna Nick, Hafrezz Adam, Siti Saleha, Mei Fen dan ramai lagi. *Semuanya pelakon-pelakon hebak nojs!!!!

Teater ini diterbitkan oleh CTRA Production dan diarahkan oleh A.Aris Kadir dan Erma Fatima.

Sinopsis Teater Zombie LaLaLa

Sekumpulan ketua zombie dari China, Amerika Syarikat, Eropah, Indonesia, Mexico, Thailand dan Mesir telah belayar menaiki sebuah kapal ke Ibu kota Kuala Lumpur. Kononnya, mereka mendapat tahu bahawa formula untuk mengembalikan kecantikan dan ketampanan mereka telah ditemui di sana. Berita yang disebarkan oleh Miss-K iaitu Presiden Zombie Sedunia menyebabkan mereka ingin mengadakan pertemuan dan mencari formula tersebut bagi mengembalikan wajah dan tubuh mereka supaya kembali menjadi kacak dan jelita selepas terkena jangkitan virus perosak itu. Dalam masa yang sama mereka juga mahu melancong dan melihat keindahan Kuala Lumpur. Pelbagai insiden lucu muncul ketika mereka menceritakan bagaimana jangkitan virus itu berlaku dan bagaimana kehidupan mereka sengsara. Apakah formula itu? Apakah misi mereka untuk menjadi cantik dan tampan menjadi realiti?


********************

Meh-meh dapatkan Zombie LaLaLa yang berharga bermula dari RM37 hingga RM165 secara online di AirAsiaRedTix.com ataupun di kaunter tiket Istana Budaya.

Ikuti media sosial CTRA Production dan MohdZarin.com untuk mengetahui perkembangan terkini:

Facebook :

Instagram : 
“Tak Sabaq Nak Tonton Teater Zombie LaLaLa di Istana Budaya” Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on February 05, 2016 Rating: 5

2 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.